Monday 8 August 2011

PUASA

Minggu lepas bos ako ada bagi info mengenai jenis2 puasa. Jenis2 puasa yang diceritakan oleh bos ako bukanlah jenis yang sangat detail. Cuma tahap puasa seseorang manusia sekarang ni. Nak cerita panjang pon payah, jadi pilihlah jenis atau tahap mana seseorang itu berpuasa.


Tahap 1 - Jenis yang faham, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek hidung, tak boleh kentut dalam air, tak boleh korek telinga, tak boleh muntah. Semua benda itu tak boleh dilakukan di siang hari. Malam hari boleh.


Tahap 2 - Jenis puasa semua, puasa makan, minum, mulut, telinga, mata, dan pancaindera yang lain. Tidak melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa, mengumpat ka, menipu ka, melihat benda yang tak sepatutnya ka, mendengar benda2 yang tak elok ka, kira macam tu lah. Nak detail sangat pon tak reti. Ok?


Tahap 3- Jenis puasa yang bersungguh. Meraikan ramadhan, dengan berniat untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Bersungguh2 melakukan ibadat dengan penuh ikhlas untuk diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T.


Jadi berpandukan tahap2 puasa diatas, dimanakah tahap anda ? kah kah. Itu soalan yang ditanya oleh bos ako kepada semua pegawai. Tadak la dia pergi tanya seorang2. Gila apa, banyak lagi kerja yang dia boleh buat. Jangan munafik sangat. Maksudnya, tepuk dada tanya selera.


Pendapat bos ako, kita sebagai manusia yang sudah baligh dan yang dah boleh berfikir dengan baik, seharusnya berpuasa di tahap yang ke 2. Kita tak sepatutnya berpuasa di tahap 1, kerana tahap 1 adalah hanya untuk kanak2 yang baru belajar berpuasa. Itu yang bos ako cakap la.


Tapi betol juga, takkan la kita yang sihat dan yang dah boleh jadi ayah dan ibu ni, nak berpuasa ditahap 1 lagi. Ye dok ?? Sepatutnya tahap 1 ni untuk anak2 kecil atau pun budak2 sekolah rendah. Tapi waktu ako kecil dulu, darjah 1 pun dah kena puasa. Mana ada boleh tinggal2. Tapi tatau la budak2 sekarang macam mana. kah kah.


Sekiranya kita boleh capai tahap 3, bermakna, Alhamdulillah. Bagus. Ye la, sendiri buat sendiri dapat, takkan la kita buat orang lain dapat. Kan ? huh. Malas nak taip dah.


Tahap manakah kita ??

No comments:

Post a Comment