Thursday 6 October 2011

PMR

Pagi semalam, semasa dalam perjalanan ke pejabat, awek ako pasang radio Hot.fm. Fara fauzana ada bercakap selamat menjawab kepada semua pelajar2 sekolah yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, PMR. Teringat pulak zaman2 ako sekolah dulu. keh keh.

Tingkatan 1, ako masih termanggu2 mencari rakan di sekolah, pasal bapak ako transfer ako dari sekolah kat kampung, ke sekolah kat pekan. Pekan tak besar mana pon, pekan taiping tu ja lah. Ako teringin nak masuk dan belajar di SMKE, tapi bapak ako tak bagi, pasal dia kata kat sekolah tu banyak pondan. Dia takut nanti ako kawan dengan pondan.huh.

Tingkatan 2, ako dah ramai kawan, jadi bila dah ramai kawan niat nak belajar tu memang hilang entah ke mana. Tahun ni, ako baru mula belajar bermain komputer. Gila lambat, pasal komputer kat sekolah apa pon tak buleh. Harapkan game kurung bola bodoh tu ja, dakpon game susun kad. Jadah apa. Waktu ni ako mula berjinak2 dengan CC.

Tiap2 hari balik sekolah mesti singgah. Masa tu sejam 2 ringgit. Pedulik hapa mahal ka murah, janji dapat main. Ruangan sembang paling power masa tu Mirc dengan Yahoo Messenger, game pulak,Fifa 97, Red Alert, Counter Strike, Halflife dan banyak lah lagi. Tak ingat dah.

Oleh kerana ako seorang yang sangat kuat bermain game, bak kata orang Gamers. Ako telah menjadikan CC tu sekolah ke2 ako. kah kah. Bayangkan kalau dalam setahun tu ada 300 kehadiran ke sekolah. Ako cuma hadir ke sekolah 150 hari ja. Gila gampang punya ponteng, tempat ako kat  CC ja lah. Hackers nama cc tu. Dah R.I.P dah pon cc tu. Dengan kehadiran ako yang sangat pelaq tu, buku latihan ako nipis2 ja yang diruangan menulis. Buku orang lain tebal2, siap lekat sampai 2 buku, 3 buku. kah kah.

Tingkatan 3 ako jadi lagi power, pasal baru belajar main gitar. Dia punya kehadiran ke sekolah lagi tahap dewa2 punya. Cikgu2 banyak tak kenal ako, pasal seminggu kadang2, dua hari ja ako ada kat sekolah. Semangat belajar main gitar ni lain macam, hari2 nak kena pasang cd, dengar lagu dan cari. Baru buleh jadi terer macam Kirk hammert. Fuh.

Kerja kursus ?? apa benda semua tu mana pedulik, janji lepas puas main game. Sudahnya time Periksa apa pon tak ble jawab. Jawab dengan berpandukan ilmu yang cikgu ajar bila ako ada kat sekolah. kah kah. Orang lain jawab berjela2. Ako jawab 2,3 kerat ja. Selebihnya tidoq.kah kah.

Bila keluar result, tengok slip. C,D,C,D,C,D,C,D. kah kah kah. Gila bangang tahap apa nih. Dalam hati, mampus ako, balik karang mesti kena jek dengan bapak ako nih. Balik dari ambil result, singgah dulu CC, pekena game sepam dua baru balik. Slip simpan dalam beg.

Sampai rumah buat muka dekk ja. Mak tanya, senyum, adik tanya senyum, tapi bila bapak tanya, muka ketat. Keluar slip bagi kat bapak. Bapak geleng kepala, dia cakap " Tengok anak hang ni ton, dapat CD CD CD CD, tu lah, dok rajin dengaq cd, main gitar,belajaq tamau, esok besaq nak jadi apa?, taktau lah. lantak lah kat dia"..kehkeh.. Slamber je bapak ako sound macam tu. Adik ako gelak tebahak2, mak ako geleng kepala.

Haih, dulu orang suruh belajar, main2. Takmao dengar cakap langsung. Ha, sekarang ?? padan muka, tanggung sendiri. Orang lain kerja hebat2, hang kerja la kerani. Jangan merungut, Orang nasihat takmao dengar. kan. ??

No comments:

Post a Comment