Tuesday 31 December 2013

END of 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kalian semua !

Tahun lepas raya sorang (disamping keluarga).

Tahun ni raya berdua.

Tahun depan raya bertiga(keluarga sendiri). kehkeh.

Itu je nak kabo !

Semoga amalan dan usaha kita sepanjang tahun 2013 ini sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T. Amin.





Monday 23 December 2013

"CLICHE"

Salam 1 Malaysia & Salam Sejahtera,

Sari berita utama hari ini. Sukan Sea !

Bola sepak malaysia gagal pertahankan "ibu emas" !!!

Macam mana nak pertahannya !!!

Bergaduh nombor 1 !

Sibuk nak betumbuk dari main bola !

Dengan pengadil pon nak betumbuk !

K. Reuben boleh pergi jahanam !

OKS sayang Tamil Arasu !

1st Ball macam budak darjah 1 !

Training sampai slovakia sana , main macam taik !



Tengok hoki lagi bagus..





Wednesday 18 December 2013

RUMORS

Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Rumors. Tahu tak rumors ? Tak tahu ?

Khabar angin ? Tak tahu jugak. Boleh terjun sungai amazon. Kalau rasa jauh sangat, pergi jahanam sendiri. Bukan susah sangat pon.

Aku tak faham betol jenis yang suka buat khabar angin tak tentu hala ni. Bukan orang lain pon. Kalangan2 ahli keluarga jugak. Santau satgi naya ja.

Elok2 sikit la perangai tu pakcik, awak tu dah berumur. Ni dok canang cerita macam2 kat ahli keluarga nun jauh disana.

Tak faham betul aku. Keluarga mertua aku rilek2 ja kat sini, tak kacau langsung pon keluarga nun jauh disana ? yang sibuk tak tentu hala tu pasai apa pakcik. Lantak lah nak makan banyak mana, nak gemok macam mana. Adoih !

Sikap pakcik tu macam kanak2 sekolah rendah la pakcik. Tak patut betul !

Betul la orang kata, bukan orang lain pon yang selalu nak jahanamkan kita. Kalangan ahli2 keluarga jugak.

Semoga pakcik kena panah petir !


Wednesday 11 December 2013

SABAR

Kemanakah perginya keperihatinan masyarakat yang dikatakan sangat majmuk.

Sedang hamba2 lain berusaha untuk menahan emosi dan mental menghadapi ujian.

Bukan sehari dua musibah berlaku, sudah lebih seminggu.

Tapi,

Mereka masih sibuk dengan perhimpunan yang pada aku hanyalah lebih kepada cakap kuat2 dan menunjuk.
 
Katanya perlu diteruskan.

Bukan untuk mengutuk, tapi perlukah begitu !

Sudah2 lah. Sampai bila mahu begitu.

Kepada mangsa2, aku doakan kalian tabah menghadapi ujian dan dugaan.

Terima kasih kepada mereka yang menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Semoga usaha kalian diberkati oleh Allah S.W.T



Tuesday 3 December 2013

WELCOME

Pengantin kata boleh rasmi. Kehkeh.

Selamat Pengantin Baru Syafiq & Ayu Hafiza

Keahlian tetap O'Nuddin

Outdoor Taman Tasik

Outdoor Kilang Arang

BRIAN O CONNOR


Mamat ni adalah cerita Fast And Furious. Aktor utama disamping Van Diesel.

Pasai No1, 2, 4, 5, 6, dan yang nak datang nombo 7 pun dia ada. Tapi rasanya sikit ja kot lakonan dia.

Tapi sabtu lepas dia dah mati. Eksiden langgaq pokok, kereta tebakaq, driver dengan dia sekali semua pei.

Tiada lagi Brian O Connor (PAUL WALKER) didalam Fast & Furious Series.

"Andai kata aku mati dalam mode kelajuan, janganlah kalian bersedih, kerana aku sudah gembira dengan apa yang aku lakukan" - Paul Walker (alih bahasa).






Thursday 28 November 2013

RAYA 2013


Ayahnda dan Bonda Tercinta


Aku dan Isteri


Siblings


The whole family.

Punyalah lambat nak up gambaq raya..kehkeh.

Tema warna pink. Tahun depan raya belah Pahang. Kita tengok warna ape ye.

Sekian terima kasih.

Wednesday 27 November 2013

ENTAH

Kadang-kadang aku tak faham dengan orang melayu kita ni.

Suka jaga tepi kain orang.

Yang wartawan sibuk cari cerita nak bagi laku jualan masing-masing.

Selalunya fitnah lah, berselindung di sebalik "orang kata" dan "peminat nak tahu".

Dah lama aku tunggu satu hari nanti, ada orang berani tumbuk wartawan yang dok tanya soalan membabi buta tanpa berfikir ni.

Tunggu...

Thursday 21 November 2013

USAHA

...Kamarulnizam masih terpaku di depan televisyen yang menyiarkan siaran ulangan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Bahrain untuk kelayakan piala Asia. Hanya sepatah perkataan yang mampu dikeluarkan dari kotak suaranya,"Taik". Mungkin masih kecewa dengan permainan Malaysia yang menendang bola hanya sekali dua, selebihnya mengejar bontot pasukan lawan.

Nescafe panas yang masih suam dihirup sekali dua. Walaupun macam taik, tetapi matanya masih meneruskan usaha untuk melihat perlawanan tersebut dengan harapan pasukan yang dikenali harimau malaya itu mampu melakukan kejutan. Sesekali matanya diarahkan ke dinding melihat waktu.

"Awal lagi' benak hatinya.

Gollllll ! jerit pengulas sukan dengan kuat menyebabkan Kamarulnizam tersentak tatkala matanya hampir terlelap. Gol dijaringkan oleh pasukan bahrain pada separuh masa pertama.

"Babi". Hatinya berbisik untuk menyebut binatang yang haram dimakan oleh orang islam sedunia. Matanya masih melihat kearah jam seperti sedang menunggu sesuatu.


.....


Wednesday 13 November 2013

AMANAH

Syukur kepada Allah S.W.T yang maha pengasih dan penyayang. Dengan pemberian amanah oleh Allah S.W.T ini, akan hambamu jaga dan usaha dengan sebaik mungkin supaya menjadi manusia yang sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T. Amin



Tidoq macam orang dewasa dah haih.



Mesti lah gambaq dengan Ayah 


Semoga anak ayah menjadi anak yg solehah dan sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T.

Wednesday 30 October 2013

DEMAM

1. Demam kena hujan lepas tengok ceramah ustaz kazim Elias kat rumah mak mertua. Feberet ustaz all the time.



2. Demam KPOP. kahkah. Sekarang dengaq lagu korea je. Boleh tahan jugak la sedapnye. kehkeh.







Friday 11 October 2013

THROWBACK 2


Gig kat melaka. Tahun bila ntah. Ya ! Rambut panjang itu ialah aku ! 



Gig terakhir bersama arwah rasanya. Ya ! Kurus sekejap !



Kenduri kahwin Ahli O'Nuddin yang pertama. Pengantin takdok ! 
( Sebulan sebelum masuk gomen )



507 (SMDB-2003)
Askar ada, JPJ ada, Kerani ada, Polis ada, Manager 99speedmart ada, Pelumba jalanan ada, Player bola ada, Penipu besaq pon ada. hahaha 

BUDAYA

1.   Mat rempit
2.   Kondem orang
3.   Talam dua muka
4.   Sibuk hal orang lain
5.   Gosip
6.   Buang sampah merata
7.   Buang anak
8.   Keluaq simpang ikut suka hati
9.   Datang lambat, balik awal
10. Kuat mengelat
11. Belagak kaya
12. Cakap belakang
13. Santau



Banyak lagi lah. Macam2 budaya ada. Tapi tak semua orang kat malaysia ni macam tu. Segelintir sahaja. Ye dok !

Tuesday 8 October 2013

KEBIMBANGAN 2

continue..

Berbalik kepada persoalan yang diajukan kepada ustaz2. So ? macam mana sekarang ni ustaz. Kalau kita kerja 8 jam, tapi kerja yang kita kena buat tu dah boleh siap dalam masa 6 jam. Yang lagi 2 jam tu dikira macam mana ustaz ?. Gaji yang dibayar tetap sama, tak kira lah kerja siap dalam berapa jam pon. Macam mana pulak yang menipu dalam waktu kerja ? main game, minum pagi petang, lepak2, sembang ? Macam mana nak kira tu ustaz ? Takut aku bila difikirkan dengan sangat mendalam. Kita ni manusia, tak sempurna. Kadang2 terlencong juga dari landasannya

Dengan mengambil kira perkiraan semua tadi tu ustaz. Adakah halal gaji yang kita terima ? Dan dengan gaji tadi, kita semua beli barangan keperluan terutama makanan. Halalkah jugak makanan kita tu ustaz ? Pening dah nak pikir ustaz oi.

Taip panjang2 pon bukan ada orang nak baca kat sini ye dok.

Harapan aku hanya kepada Allah S.W.T. Semoga Allah S.W.T memberkati rezeki yang diberikannya kepada kita. Amin.

Thursday 3 October 2013

KEBIMBANGAN

Semakin hari, semakin pelik kelakuan manusia zaman sekarang. Biadab tidak mengenal erti usia, tempat, dan waktu. Baru2 ni aku tengok video budak mencuri dalam masjid. Bukannya aku tak terkejut, pasal sebelum2 ni pernah jugak aku dengar orang curi tabung masjid. Ya ! bukan duit ja, dengan tabung2 masjid pun dia angkat. Punyalah hina akhlak dia, orang ramai sedekah kat masjid, boleh pulak dia rembat duit tu.

Sambung pasal video tu, aku tengok budak ni berani betul. Sebelum2 ni nak curi masuk time orang takda. Ini mencuri time orang tengah sembahyang. Nauzubillah. Kesian makcik yang kehilangan barang berharga. Tak khusyuk sembahyang makcik tu. Sebelum sujud beg ada depan mata, bangun dari sujud, beg dah tak ada. Berani sungguh, sedih aku tengok budak2 zaman sekarang. Aku doakan budak tu insaf ja, sebab Allah akan balas balik perbuatan dia tu, cuma lambat atau cepat.

Kadang2 terpikir, dari mana punca manusia2 yang mempunyai akhlak yg sebegitu rupa. Salah siapa ? . Wardina Safiah pernah cakap masa rumah dia kena rompak. Semua manusia pernah jadi bayi. Bersih, comel, suci, wangi, ibarat kain putih yang kosong. Mungkin kekurangan kasih sayang menyebabkan insan yang merompak rumahnya menjadi begitu.

Mungkin juga datang dari sumber yang lain. Banyak ceramah dari Ustaz2 dan ilmuan berkata, yang paling penting sekali sumbernya. Adakah Halal atau Haram. Aku cukup goyang bila bincang bab Halal Haram ni. Kita kat malaysia ni punggah. Halal dan Haram aku tengok, lebih pada makanan ja. Bila sebut babi, gelabah mak bedah. Budak cina pos gambar makan sup babi ucap selamat berbuka puasa, kemain lagi. Tangkap lah, mahkamah lah, nak bunuh lah, apa lah itu lah. Hina islam katanya. Tapi ? Bila masuk bab artis luar negara datang seksi2, tayang tetek, tayang jubur, gesek sana gesek sini, eh.. tak haram pulak. Senyap sunyi, semua buat dono ja. Yelah, bukan senang nak tengok benda2 dari luar ye dok. PUIH !

Bukan pasal babi aku nak cerita. Benda yang aku tengah fikir sekarang ni, halalkah sumber pendapatan kita selama kita hidup sampailah saat ni. Aku cakap sumber pendapatan sebab zaman sekarang ni banyak guna duit. Ya ! Duit. Nak dapat duit ni, kena usaha. Kerja ! Kerja Kerja !. Bukan curi duit tabung masjid !. Kita risau nak beli sesuatu makanan dan bimbang, takut halal ka haram ka. Ustaz2 cakap, hati yang bersih dari makanan yang halal. Ya Ustaz, saya tahu itu, tapi ustaz, tapi kalau duit yang kita guna beli makanan tu, kita tak pasti halal atau haram. Halalkah makanan kita tadi tu ustaz ?


to be continue..

Wednesday 25 September 2013

THROWBACK



Semalam belek2 gambaq, terjumpa gambaq sekolah dolu2, kahkah. Kurus kering habaq hang. Rindu zaman sekolah haih. Gambaq ni pon hat form 6 punya.

Kawan2 pon majoriti dah berjaya, seorang mekanik proton, sorang kerani, sorang manager coca-coal, sorang polis, sorang cikgu, sorang fotografer, sorang kerja RTM, sorang medical assistance, sorang askar, sorang KTM, Alhamdulillah. 

Rindu kawan2, rindu cikgu, rindu kantin sekolah, dan rindu kolam yang dah RIP.

Thursday 19 September 2013

KEMBALI

2007

Awal bulan lepas lepak dengan fizi kat jalan alor. Dia bawak pitt grey @ earl hickey datang dengan awek. Minum neskefe o ais kena sampai 32 ringgit..kahkah.  Sembang2 katanya sangap nak jam dan buat band balik. 

Nak buat band apanya, memang dah ada band dah. Cuma keluar material dan lagu2 yg cantik sikit. Pengalaman tak banyak mana . Main gig bodo ja pon. Lagu pon ganas. kahkah.

Katanya barang dah complete. Nak rakam riff2 yg ada, nak susun lagu boleh datang rumah dia. Sekarang kerja pon dah ok, cantik sangat la tu.

Aku dari dulu lagi semangat flake poison ni tak hilang. Cuma sepi dari pandangan. Almaklumlah dah berumahtangga.

Sembang punya sembang, katanya nak buat balik. Cun. Aku takda masalah, dia takda masalah, Lapis senang ja, kat KL. Cakap nak jam memang boleh datang punya. Yang masalahnya sekarang ni Mat tangan basah ni. Susah sikit pasai jauh kat taiping nun.

Semangat sudah kembali membara, katanya ada 2,3 lagu. Aku ada 2 lagu, saja taknak bagitau dia. Biarkan rahsia. ahaha.

Semoga perjalanan FLAKE POISON di jalan yang benar. kahkah



Friday 19 July 2013

RISAU

Bukak posa makan nasik,

Sahur makan nasik,

Lepas tarawikh pon makan nasik.

Bahaya !!!.

Friday 12 July 2013

PINDAH

Selamat tinggal  Taman Minang Ria batu 9 Cheras.

Selamat datang Fasa 5A Presint 9 Putrajaya.

5 hari angkut barang sikit2.

Penat la hoi, barang wanita ni bukan main bnyk lagi.

Tak faham aku haih.

Insya Allah hari senayan 15/7/2013 akan pergi kerja dari rumah baru.

kehkehkeh..


Tuesday 9 July 2013

RAMADHAN

Makan jangan hardcore (Time berbuka)

Eksesais boleh hardcore.

Ibadah kena lebih hardcore.

Yang lain2.

Pandai2 sendiri lah.

Dah beso.


Nak jadi ayah dah pon.

eheh..

Bai de wei,

Tadi scan. Tapi tak nampak. Dr kata dia tutup. Hai lahh anak ayah. Nak suprise jugak ka.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak !

Mohon ampun dan maaf.

Wednesday 26 June 2013

TAHNIAH

Februari 2013 - 78 KG

June 2013 - 69 KG

Tahniah diatas usaha sendiri.


Thursday 20 June 2013

SUKAN

BMI FC (2013)

BK FC (2012)

BK FC (2011)

BK FC (2010)

DREAM TEAM FC (2009 - 2011)

MAMPAI FC (2005 - present)

MAMPAI FC (2005 - present)

Thursday 6 June 2013

PELUANG

Semenjak isteri kesayangan disahkan mengandung, 3 bulan awal dia memang teruk.

Muntah, tak lalu makan, berat badan turun. Makan ape pon semua keluar balik.

Kesian beno la kat die dengan baby ha. Nasib baik lah makan buah tak keluar balik.

Kesimpulannya, bila dia injured tak larat, penat, letih, dia tak boleh masak. Sebab dia selalu masak malam.
Dah lewat malam baru makan, pastu makan nasik pulak tu.

So, sekarang dalam masa 3 bulan dia tak masak tu, aku ambil lah peluang untuk diet dan senaman balik.

Memandangkan perut makin beso, naik tangga pon dah penat.  Ye dok.

Gambo 3 bulan before and after pon dah ada.

Tunggu.


Monday 29 April 2013

SUSAH


Sangat merindui FLAKE POISON,

Merindui aksi2 bersama dia atas stage mahupun di depan stage,

Merindui arwah Busop,

Merindui gelak tawa ketika beraksi,

Tetapi kini, hanya mampu memetik gitar dirumah,

Agak susah untuk menjadi seperti dulu,

Takkala masing2 sibuk dengan urusan kehidupan,

Susah juga untuk mengecapi impian dan perancangan terdahulu,

Kerana masing2 masih lagi di takuk yang lama.

Pemikiran, Usaha, Pengorbanan.

SUSAH

Tuesday 9 April 2013

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah , Syukur kepada Allah S.W.T.

Diberikan peluang dan amanah untuk mempunyai zuriat.

Isteri disahkan mengandung.

2 bulan lebih dah.

Nak jadi ayah dah.

Terbukti.

Yahaha.

Sekian !

Tuesday 26 March 2013

TANGGUNG

Rupa-rupanya dari dulu lagi memang gua idamkan badan ketak-ketak ni. 

Dah berapa banyak post dah pasal badan ketak-ketak ni.

Tapi itulah, melayu mudah lupa. 

Lupa dengan segala tanggungjawab dan disiplin pada diri sendiri. 

Sekarang tanggung lah akibatnya. 

78Kg. 

Padan muka.