Wednesday, 25 January 2017

AZAM

Azam di tahun baru masih sama.

Makan sampai gemuk, tengkuk tidak kelihatan, perut buncit, jalan tonggek,

Naik tangga 1 tingkat, mengah !

Sekian.

Monday, 15 August 2016

BAHANA

Dah install ? 

Yer ! Pokemon Go tu..

Game yang popular tu. Satu dunia dia dapat tengok.

YA ! Dia dapat tengok ! Hangpa apa tahu. Tahu nak cari pokemon ja !

DUNGU !


Dah la grafik huduh, nak kena jalan-jalan pulak cari pokemon.

Nak bukak gps lagi, camera kena on lagi.

Aku install , tangkap pokemon seekor. Dapat la bulbasor.

2 minit lepas tu aku uninstall. 

Apa yang seronok entah.

Bahana betoi !



Wednesday, 1 June 2016

GAME

Malam tadi bos mesej, suruh pergi ganti tempat PA timbalan pengarah yang cuti tanpa gaji. Suruh jaga bos "besor" sebelum dia tukar keluar. Bugima betul ! 

Tahu pulak kerja kerja PA ni. Wanita punya la ramai, aku juga yang dipilih. Nak main game kot. Dia tak tahu yang aku ni gamer kaww.. tunggu dan lihat.

Let the game begin !


ps : Celcom sohai dah jadi sohai macam maxis. Kemungkinan akan tukar pegi Digi pulak ! Setan !!!

Friday, 1 April 2016

BURUNG HANTU


Post sebelum ni ada cerita tentang Magic Sim ni. Ni nak cerita lebih detail. Sebelum ni aku pengguna tegar Maxis. Aku beli nombor Maxis ni dari aku tingkatan 5. Lama !

Hilang handphone sekali ja, tapi pergi Maxis beli balik nombor sama. Aku beli masa tu harga Simkad RM78 ringgit. Ya ! aku ingat, pasal simpan duit sendiri, belanja sekolah wo. Sayang nak tukar, sebab ramai yang save nombor aku. Apa-apa hal, bior deme yang kontek aku, bukan aku yang kontek deme. 

Tentang Magic Sim ni, aku tak tahu, sebab ianya Celcom. Aku tahu pasal adik aku yang bagitahu. Dia dah pakai lama, lagipun dia pakai sebab handphone dia 2 simkad.

Oleh kerana aku dah beli handphone yang ada 2 simkad. Jadinya aku pegi beli Celcom Magic Sim. Beli kat alamanda , RM5. Musibat punya lambat, nak beli nombor kena beratur macam kat klinik gomen. Jimbet !

Aku ni seorang pendownload tegar, lagu, movie, video, segala macam benda aku download. Jadinya adik aku rekemen pakai Magic Sim ni.

Aku tak minat postpaid, aku lebih kepada prepaid. Bila habis, padan muka. Kalau pakai postpaid, tak tahu bila habis. Aku buat perbandingan sikit.

Maxis    -  RM30 , Data Internet sebulan , 1.5 GIG / Percuma 1.5 GIG (12AM - 7AM)

Celcom -  RM30, Data Internet sebulan, 1.5 GIG / Percuma Unlimited Data (1AM - 7AM),                    Percuma Yonder music, Percuma 70 minit masa panggilan, Percuma 70 sms .

Itu yang selalu aku beli, masing-masing ada banyak lagi plan data. Ikut kemahuan, nak yang seminggu, sebulan, terpulang.

Aku kerap update handphone, jadinya aku kerap guna data yang banyak, memang ngam sangat la dengan magic sim ni. Habis handphone bini aku, tab anak aku, semua aku update. Tapi memang kena tunggu tengah malam la, itu ja.

Sekarang aku guna Maxis untuk panggilan, dan Celcom untuk internet. Bila aku wassap tetap keluar nombo Maxis. Cumanya data guna Celcom. Sebab handphone yang baru beli boleh masuk 2 simkad. Jadinya bolehlah setting macam tu. Ada paham !?


#thpkhg