Sunday 17 April 2011

FLAKE POISON 2

Dextromethorphan. Tau tak apa menatang tu?. Haha. Ni la nama asal band ako sebelum bertukar menjadi Flake Poison.


Sebelum bertukar menjadi Flake Poison, kami menggunakan nama dextromethorphan ni. Nama  ni pun kami dapat setelah ako dengan fendi (bassist) bincang pasal siaran tv Majalah 3. Episod pada malam tu ada melibatkan tajuk pasal sejenis ubat batuk kering. Ubat ni banyak disalahgunakan oleh remaja2 masa kini. Sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak, seseorang itu akan berdengung. kah kah kah. Tau tak berdengung?? pening2 macam orang mabuk tu. haha.


1st gig yang kami main ialah di taiping. Masa tu gig yang dianjurkan oleh kawan kami juga bertempat di studio wan renjong yang terletak di kamunting sebelah dengan A&W yang lama. Tapi sekarang ni studio tu dah arwah, sama la dengan A&W tu pun. kah kah. Tempat A&W tu sekarang menjadi tempat menjual kereta.


Waktu gig ni lah ako dan lineup Flake Poison yang lain merasakan nama asal band kami ni panjang sangat. Pasal sebelum kami perform tu, pengacara untuk gig itu tidak tahu untuk menyebut nama band kami. kah kah kah. Last2 dia cakap Dextro ja, pasal susah sangat nak sebut. Siap bagitau lagi "Apasal la hangpa ni bubuh nama band panjang2, lepas tu susah pulak nak sebut ". Kah kah kah. Daripada kejadian itu, ako memikirkan untuk menukar nama band kami kepada yang lebih pendek dan senang disebut. ahaha.. lawak2.


Ada 1 malam tu, tengah lepak2 kat warung assalamualaikum. Kami 1 band dengan ramai budak2 assam kumbang rancak dok sembang2 pasal muzik dan gosip2 semasa. Dalam geng kami ni, ada lagi 1 side nak buat band juga. Band ganas katanya, Sidek dengan Zul penang pelopornya. Depa ni seronok2 ja buat band ni pun, tidak lah seserius seperti band kami yang mahu berjaya di dalam industri underground di malaysia ni.


Tengah2 dok rancak sembang tu, sidek bersuara.


"Kita kena letak nama band kita ni ganas sikit, aa.a.a...korn dah ada. Jadi kita bubuh Flake. Kira ok la tu..kira macam cornflake. Kita ambil flake sudah."


"Nak lagi ganas kita letak poison kat belakang. Macam mana??, sedap sikit. FLAKE POISON. baru ganas." Zul penang memberi idea kepada sidek.


Selepas 2 @ 3 gig kami main. Ako memutuskan untuk menggunakan nama FLAKE POISON. Dan perbincangan diadakan dengan Sidek serta Zul penang. Pasal nama band tu depa yang punya. Akhirnya mereka bersetuju untuk membenarkan kami menggunakan nama FLAKE POISON sampailah sekarang.


"Pakai ja, haha kami bukan serius pun. Nanti dah famous nanti jangan lupa pengasas nama FLAKE POISON sudah. kah kah kah" kata2 sidek kepada ako.











No comments:

Post a Comment