Thursday 2 June 2011

SURAT

Zaman kanak2 dulu pernah tak ponteng sekolah. Tapi ponteng yang bersebab dan berlesen lah. Tahu ponteng tak, ponteng ada banyak lagi gelaran, contohnya, kong, tuang, bom dan banyak lagilah. Pasal gelaran ini dia ikut negeri masing2. Kalau kat tempat ako dulu, kong sekolah yang popular pon. ha. Faham tak??kalau tak faham, lantak kat hangpa lah. 


Berbalik kepada cerita asal, yang berlesen tu maksudnya disetujui oleh pihak penjaga yakni ibu-bapa atau penjaga. Sebab2 yang tidak dapat dielakkan, contohnya, ada kematian, kenduri, ataupun perlu kemana2 sahaja asalkan dipersetujui oleh penjaga. 


Tapi keadaan yang terjadi lebih kepada waktu sekolah rendah. Bila dah masuk sekolah menengah tu, dah berlagak sikit, lantak lah ponteng berapa hari pun. kah kah. Nanti ako cerita lain pasal ponteng time ako sekolah menengah. 


Tadi ako ada baca 1 blog, cerita pasal dia ada hal nak diselesaikan dan sengaja nak bawa anak dia ikut sekali. Ako terpikir, macam mana dia nak maklumkan kepada pihak sekolah yang mengatakan dia ada hal yang penting sehingga menyebabkan anak dia ponteng sekolah. Faham tak?? Kalau tak faham ulang baca sampai faham. kah kah kah.


Kalau zaman dulu, ako tahu lah macam mana. Bila difikirkan balik, lawak pon ada. Kalau ako dulu, bila ponteng sekolah, penjaga ako akan buat surat untuk beritahu kat pihak sekolah sebab2 kenapa ako tak pergi sekolah. Mestilah penjaga ako yang tulis surat itu, pasal tulisan dia cantik sikit kalau nak dibandingkan seni tulisan ako masa kanak2 tu. huh. Dah tentu2 cikgu akan cakap cubaan untuk menipu cikgu, kan? tapi kalau tulisan cantik, cikgu akan terima pasal tak mungkin ako yang tulis surat macam tu.


Bila teringat2 balik, banyak kali juga penjaga ako menulis surat kepada pihak sekolah. kah kah kah. Sampai satu tahap, penjaga ako malas nak tulis surat, sebab ako cuti sendiri banyak sangat. kah kah kah. Ala, habis kuat pon denda, berdiri kat depan time perhimpunan. Apa la sangatn time tu, mana ada awek comel2 lagi. Time tu ramai dok beringuih lagi. Ako tak tergolong dalam orang macam tu. Ako seorang pembersih ok. kah kah kah.


Itu zaman ako dulu, tapi zaman sekarang macam mana ibu bapa atau penjaga sekarang beritahu kepada pihak sekolah agaknye ye? Mungkin melalui internet je kot. Yelah, cikgu2 sekarang semua ada laman sosial masing2. Twitter lah, Facebook lah, Myspace boleh ka?Email lagi, kalau yang kuno sikit, guna Friendster. kah kah kah.
















p/s  : Ako dijaga dan dibela oleh datuk ako, tapi ako tak panggil atuk. Tok lelaki ako panggil "TOK AKI", manakala nenek ako, ako panggil "TOK". Gelaran panggilan kebanyakkannya mengikut kawasan dan tempat. Ikut masing2 la, huh. Ada yang panggil nyang, tokwan, ish..banyak lagi lah.


p/s I : Rasa macam nak pergi sekolah balik, jumpa cikgu2 semua. Agak2 cikgu ako dulu mengajar lagi tak kat sekolah tu. Rindu Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Felda Ijok, Selama, PERAK DARUL RIDZUAN.



No comments:

Post a Comment