Thursday, 6 October 2011

PMR

Pagi semalam, semasa dalam perjalanan ke pejabat, awek ako pasang radio Hot.fm. Fara fauzana ada bercakap selamat menjawab kepada semua pelajar2 sekolah yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, PMR. Teringat pulak zaman2 ako sekolah dulu. keh keh.

Tingkatan 1, ako masih termanggu2 mencari rakan di sekolah, pasal bapak ako transfer ako dari sekolah kat kampung, ke sekolah kat pekan. Pekan tak besar mana pon, pekan taiping tu ja lah. Ako teringin nak masuk dan belajar di SMKE, tapi bapak ako tak bagi, pasal dia kata kat sekolah tu banyak pondan. Dia takut nanti ako kawan dengan pondan.huh.

Tingkatan 2, ako dah ramai kawan, jadi bila dah ramai kawan niat nak belajar tu memang hilang entah ke mana. Tahun ni, ako baru mula belajar bermain komputer. Gila lambat, pasal komputer kat sekolah apa pon tak buleh. Harapkan game kurung bola bodoh tu ja, dakpon game susun kad. Jadah apa. Waktu ni ako mula berjinak2 dengan CC.

Tiap2 hari balik sekolah mesti singgah. Masa tu sejam 2 ringgit. Pedulik hapa mahal ka murah, janji dapat main. Ruangan sembang paling power masa tu Mirc dengan Yahoo Messenger, game pulak,Fifa 97, Red Alert, Counter Strike, Halflife dan banyak lah lagi. Tak ingat dah.

Oleh kerana ako seorang yang sangat kuat bermain game, bak kata orang Gamers. Ako telah menjadikan CC tu sekolah ke2 ako. kah kah. Bayangkan kalau dalam setahun tu ada 300 kehadiran ke sekolah. Ako cuma hadir ke sekolah 150 hari ja. Gila gampang punya ponteng, tempat ako kat  CC ja lah. Hackers nama cc tu. Dah R.I.P dah pon cc tu. Dengan kehadiran ako yang sangat pelaq tu, buku latihan ako nipis2 ja yang diruangan menulis. Buku orang lain tebal2, siap lekat sampai 2 buku, 3 buku. kah kah.

Tingkatan 3 ako jadi lagi power, pasal baru belajar main gitar. Dia punya kehadiran ke sekolah lagi tahap dewa2 punya. Cikgu2 banyak tak kenal ako, pasal seminggu kadang2, dua hari ja ako ada kat sekolah. Semangat belajar main gitar ni lain macam, hari2 nak kena pasang cd, dengar lagu dan cari. Baru buleh jadi terer macam Kirk hammert. Fuh.

Kerja kursus ?? apa benda semua tu mana pedulik, janji lepas puas main game. Sudahnya time Periksa apa pon tak ble jawab. Jawab dengan berpandukan ilmu yang cikgu ajar bila ako ada kat sekolah. kah kah. Orang lain jawab berjela2. Ako jawab 2,3 kerat ja. Selebihnya tidoq.kah kah.

Bila keluar result, tengok slip. C,D,C,D,C,D,C,D. kah kah kah. Gila bangang tahap apa nih. Dalam hati, mampus ako, balik karang mesti kena jek dengan bapak ako nih. Balik dari ambil result, singgah dulu CC, pekena game sepam dua baru balik. Slip simpan dalam beg.

Sampai rumah buat muka dekk ja. Mak tanya, senyum, adik tanya senyum, tapi bila bapak tanya, muka ketat. Keluar slip bagi kat bapak. Bapak geleng kepala, dia cakap " Tengok anak hang ni ton, dapat CD CD CD CD, tu lah, dok rajin dengaq cd, main gitar,belajaq tamau, esok besaq nak jadi apa?, taktau lah. lantak lah kat dia"..kehkeh.. Slamber je bapak ako sound macam tu. Adik ako gelak tebahak2, mak ako geleng kepala.

Haih, dulu orang suruh belajar, main2. Takmao dengar cakap langsung. Ha, sekarang ?? padan muka, tanggung sendiri. Orang lain kerja hebat2, hang kerja la kerani. Jangan merungut, Orang nasihat takmao dengar. kan. ??

Tuesday, 4 October 2011

DIET

Mulai hari ini, ako akan cuba tidak makan nasi. Buleh ka ?? Sebelum2 ni buleh ja, tadak hal lah. Benda kecik ja.

Ada ka patut, nak bet dengan ako, kalau sapa kurus dulu, dia menang. Jadi yang kalah kena bayar RM300. Macam mana ? Set ? Dia ingat ako apa. Come on la. Ni bandaq lah.

Dah pernah turun berat badan, ini nak turun lagi. Tadak hal lah. Small the pieces.

So, mulai hari ini, makan kuih muih ja. Dakpon makan bihun2 atau kuey tiaw2 atau apa sahaja. Selain Nasi. keh keh.

YAKIN BOLEH..

MALAYSIA BOLEH !!!

SATUUUUU !!!! (Buat mulut Pak najib)




p/s : Semoga impian badan ketak2 tercapai.

Monday, 3 October 2011

FAST 5


1.  Jalan cerita ok.

2. Dia kumpul semua balik, dari Fast And Furious 1 sampai nmbor 4.

3. Tak banyak race, ada pon 1 ja.

4. Dah macam cerita The Italian Job. Banyak cari idea nak merompak.

5. Van Diesel dah gemuk, jadi macam dah tak smart.

6. Ako tak tengok kat wayang, pasal macam2 jenis kekangan. Jadi dowload ja. Hail to the thief. keh keh.

7. Macam nak ada sambungan lagi ja. Rasa2 sampai nombor 10 kot. keh keh.







p/s : Download yang Bluray la. Mana main yang Dvd2 ni. Come on !!!

BAJET 2012

1. Kecoh dah kata nak buat sistem baru. Nak naikkan gaji kakitangan kerajaan.

2. Orang swasta dengki, macam2 dah dicakap. Itu ini, kerja kerajaan goyang kaki.

3. Nak selaraskan gaji pasal, negara Malaysia negara maju.


Buat masa ni, 3 ni ja yang ako tahu. Yang lain malas ambil port.


1. Kalau ada, Alhamdulillah. Buleh simpan duit sikit. Almaklumlah nak membina masjid. kehkeh.

2. Bengang !! Malas nak cerita panjang dengan perangai2 Typical Melayu nih..puii..

3. Memang patut, pasal gaji pekerja kedai mamak lagi tinggi dari gaji ako. Mana buleh macam ni.



p/s : Kesimpulan semua benda ni, yang kaya akan semakin kaya. Yang miskin tekais2 untuk meneruskan perjuangan hidup. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Semuanya, Hak ALLAH S.W.T.