Wednesday, 2 April 2014

PERIHAL INSURANS

.....( vibrate phone ring tone lagu Fall Out Boy - Beat It ). Nombor naik +03 27** ****.

aku  : Yellllowww !

op   : Hai selamat pagi encik. Boleh saye bercakap sebentar dengan encik ?

aku  : Sapa ni ?

op   : Betulkah ini encik muhammad faizal shah bin azman shah ?

aku  : Ye saye ! sapa ni ??

op   : Saye aishah dari syarikat insurans bla bla bla bla..boleh tak encik bercakap sebentar. 10 minit je !

aku  : ( Insurans ? )..aaaa..a..a... boleh cik. Tapi sekarang saye dalam gym ni. tengah bench press. Rugi masa walaupun 10 minit. Ini pun dah rugi 1 minit lebih cakap dengan cik. Lagipun saye tengah hold bar ni sebelah tangan. Sebelah lagi jawab call cik. Kang tak pasal2 muscle saye besar sebelah. Mana boleh cik, saye nak taff kedua2 belah lengan. Buruk la kalau besar sebelah je.Tak hemsem la raya nanti. Nak kena tempah baju raya lengah besar sebelah je. Buruk la kalau bergambar raya dengan keluarga. Dah la tahun ni saye beraya sebelah isteri saye. susah cik....

op   : Takpe la encik. Terima kasih.




* op - operator


Wednesday, 12 March 2014

MISTERI

3, 4 hari ini, kecoh satu dunia dengan kehilangan kapal terbang milik Malaysia Airline #MH370. Macam2 pendapat dan ulasan dok ada. Yang buat lawak, yang copy paste ayat Al-Quran merata (entah betul entah tidak), yang buat dek pon ada, macam2 sungguh.
Misteri kehilangan masih belum terungkai. Ada kata jatuh dalam laut, ada kata unsur rampasan, ada kata kena sorok di alam bunian, ada yg kata sampai mongolia sana, ada yg kata patah balik sampai indonesia. Haish.

Bomoh pon datang tolong juga. Siap guna teropong hikmat. kahkah. Power pakcik teropong ni ! Haish.

Kesian kepada ahli keluarga mangsa. Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada kita semua. Dan mungkin juga ini dugaan Allah S.W.T untuk kita fikirkan. Kenapa ? Bagaimana ? Siapa ? Di mana ?. 

Sama2 kita doakan keselamatan penumpang MH370.



* Mural hasil seni anak taiping. Lokasi pintu belakang zoo taiping. Power !

Thursday, 27 February 2014

JANGAN MENYESAL

Berikut adalah senarai tertinggi perkara2 yang mungkin menyebabkan orang ramai menyesal untuk tidak melakukannya. Mungkin ! Faham tak ?.

1. Kurang melancong dan berjalan-jalan dikala masa terluang. Usia semakin meninggalkan kita. Kesibukan mengejar keutamaan selalu menjadi punca. Rajin2 lah mencari peluang untuk melancong.

2. Tidak belajar bahasa lain selain bahasa ibunda. Kadang2 rasa rugi bila kita dengar orang cina dan india bersembang sesama sendiri. Kita sepatah haram tak faham. Bila kita cakap, mereka besar kemungkinan akan faham.

3. Takut untuk mencuba sesuatu. Takut boleh merencat kebolehan atau keinginan kita. Jangan biarkan ia menjadi barah dalam diri kita.

4. Gagal menjadikan kesihatan sebagai kepentingan utama dalam kehidupan seharian. Nanti bila dah tua, baru sedar yang menjaga kesihatan sangat penting.

5. Mencari rezeki dalam keadaan terpaksa. Ya mungkin banyak tanggungjawab. Sewa, hutang, makan minum, bil itu ini, tapi kalau sanggup mungkin boleh teruskan. Ataupun mungkin boleh usaha dengan cara lain.

6. Tidak bersungguh2 masa zaman sekolah. Gred sangat penting. Tapi yang lebih penting ialah bagaimana cara nak applikasikannya dalam kehidupan selepas habis belajar.

7. Tidak sedar kecantikan dalam diri sendiri. Banyak definasi dalam kecantikan, tidak semestinya luaran sahaja.

8. Takut untuk mengucapkan "Saya sayang awak". Menyangi adalah pemberian yang sangat bermakna dalam diri kita, walaupun tidak dibalas.

9. Kurang mendengar nasihat dari orang lebih tua dari kita terutamanya ibu bapa.
 Mereka sudah semestinya banyak pengalaman. Rajin2 lah belajar dan mendengar nasihat mereka.

10. Membuang masa di zaman remaja dengan benda yang tak berfaedah. Ramai remaja yang tidak tahu diluar sana banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada membuang masa dengan benda2 yang tidak memberi manafaat.

11. Selalu sibuk dengan fikiran orang lain. Selalu sangat takut dengan kutukan orang lain. Yang ini selalunya orang perempuan. Heran sangat dia kalau orang tengok dia pakai tudung sama yg minggu lepas punya. !

12. Lambat membuat keputusan. Jangan takut untuk membuat keputusan. Nanti menyesal tak sudah.

13. Takut untuk berdiri diatas kaki sendiri. Jangan takut untuk menegakkan prinsip hidup sendiri.

14. Kurang menjaga gigi. Berus gigi selalu. Jangan menyesal bila kita kehilangan gigi akibat kecuaian sendiri.

15. Kerja dengan berlebihan. Sampai bawa balik ke rumah. Jangan sampai mengganggu kehidupan dirumah. 

16. Tidak belajar memasak dengan baik. Malas !

Elok sangat tu. Malas dah nak taip. Panjang sangat.




Wednesday, 5 February 2014

"OBELISK"

Washington Obelisk

Merata dunia ada tiang ni.

Apa maksud tiang ni ?