Tuesday, 30 November 2021

UJIAN



 Assalamualaikum Dan Salamm Sejahtera

Kehidupan di dunia, kita akan sentiasa menerima ujian dari اَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى . Terpulang pada diri kita untuk redha dan tawakal dengan sebarang bentuk ujian. Walaupun ujian bukan ke atas diri kita, mungkin kepada keluarga kita, kita kena bersabar dan juga redha dengan ujian tersebut. Fuhhh.

Ni ada hal nak cerita sikit, pada bulan November 2020, aku diuji oleh اَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى dengan ujian tentang kesihatan yang agak berat. Ujian tersebut ialah KANSER PANGKAL HIDUNG. Pada awal ujian dan keputusan doktor, Kanser berada di stage 3. Tapi selepas berjumpa dengan pakar di Institusi Kanser Negara, Putrajaya, pakar mengesahkan STAGE 4B. Allahuakbar. Allahuakbar.

Setelah disahkan doktor, pada awal agak sedih dan menangis, Kanser kot. Bukan demam biasa atau selesema ka apa. Tapi lama² fikir dan tenangkan hati, aku redha dan sedia terima sebarang rawatan dan terima sebarang kemungkinan kesan ke atas badan selepas rawatan. Nanti aku akan listkan kesan dan juga rawatan yg aku lalui. 

May 2020 - Nov 2020 : Selesema heavy yang tidak berjangkit langsung. Tidak berjangkit sedangkan ada anak dan isteri di rumah.

Ogs 2020 - Nov 2020 : Hidung start bleeding. Tapi tak sakit, cuma fikiran masih ingat bleeding sebab badan panas. Dan yang paling terkesan hidung terus tersumbat. Sumbat di lubang hidung kiri shingga tak boleh bernafas.

Nov 2020 : Sample sumbat hidung diambil dan 2 minggu selepas ambil, doktor sahkan itu ialah sampel Kanser. Allahuakbar. Sedih dan redha.

Jan 2021 - Mac 2021 : Persiapan untuk rawatan, dinasihatkan doktor yang uruskan persiapan aku untuk menerima rawatan. Ambil darah, masuk ubat, siapkan mask, tetapkan lokasi rawatan, cabut gigi. Redha dengan semua persiapan.

Mac 2021 : Doktor sahkan aku akan dikenakan KIMOTERAPI 3 CYCLE, RADIOTERAPI 35 Kali, Cabut gigi geram dan gigi yang berlubang.

Mac 2021 - Mei 2021 : Rawatan dimulakan dan aku diletakkan di wad untuk rawatan yg memerlukan stay di wad. اَلْحَمْدُلِلَّهِ urusan dipermudahkan dengan doa doa kenalan. Start RADIOTERAPI aku hilang banyak kebolehan dan rutin harian sebagai manusia. Sedih tu sedih tapi tetap kena redha.

KESAN SELEPAS RAWATAN

- Tiada air liur

- Hilang berat badan 40 kg

- Hilang deria rasa, hanya tinggal 10/15% saja

- Hilang deria bau, hanya tinggal 10/15% juga

- Tak boleh makan pedas

- Tak boleh makan benda crispy

- Hanya minum susu, dan makanan yg berair

- Muka kebas sebelah

- Hidung still berair

Aku redha dan tawakal dan terima seadanya dengan ujian yg اَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berikan. Kita ni manusia. Hanya perlu terima dan tabah. 

Kepada yang mengenali, mohon doakan aku sihat untuk teruskan niat untuk beribadah dan membesarkan anak dan mendidik anak sehingga akhir hayat mereka.

إِنْ شَاءَ اللّٰهُ aku usahakan yang terbaik dengan peluang yg اَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berikan. Mohon doa dari Kalian. Penat dah nak taip. Haha

Monday, 30 December 2019

WISHLIST 2020

Selamat Tinggal 2019.
Selamat Datang 2020.

0. Pergi Umrah (Bawak skali dengan baby)
1. Berkhemah bersama keluarga yang sesuai dengan baby (Tido dalam khemah)
2. Ride Motor pergi tempat makan semata (Walaupun tadak moto beso dan geng moto)
3. Bercuti sekali lagi ke Lanjut Golf And Beach Resort. (Rekemended)
4. Chekin hotel ada kolam sendiri. Private Pool. (Lama dah mengidam)
5. Badan fit macam safawi rasid. (kahkah)
6. Bercuti keluar negara. (Disneyland skali lagi kot)
7. Pergi mancing ikot orang. (Walaupun tak minat mancing)
8. Control makan, control makan, control makan, control makan (Semoga tabah)
9. Beli rumah
10.Setel Hutang (pening pening, kepala pening)


Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Thursday, 26 December 2019

AZAM

Azam sebelum ni ditulis. Selain mencari kawan lebih yang bernama azam. Azam kalini kita letak gambar. Semoga istiqomah. Kahkah

2020. Gambar raya perut melengkung kedalam, bukan keluar. Sekian.



Thursday, 22 August 2019

HIATUS

Rasanya, dah boleh rehat untuk sementara waktu berfikir mengenai Flake Poison. Terlalu banyak halangan dan kekangan untuk meneruskan minat. Haha. Buat masa sekarang, tiada sebarang instrumen berada dirumah. Hanya tinggal efek gitar seketul. Gitar pertama dan amp pertama dalam hidup sudah diletgo. Mungkin akan mencari kibod untuk anak-anak.

Sekarang komitmen untuk keluarga perlu diutamakan. Tahun depan kakak dah masuk Tahun 1. Faqeeh dah nak jadi abang. Dengan kedatangan ahli baru, masa memang akan jadi sangat padat. Fokus perlu diutamakan kepada anak-anak. Semoga dipermudahkan.


Hobi ni boleh diisi sekiranya ada waktu senggang. Buat masa ni, memang takda masa senggang. Tunggulah nanti ada masa senggang. Mungkin boleh start menulis lagu. 


Hem..