Tuesday 31 May 2011

LAWAK

Awal bulan mei hari tu ako ada balik kampung. Cuti hari Pekerja jatuh pada hari ahad, maknanya cuti hari ahad itu dibawa kepada hari isnin. Ako telah memohon cuti untuk hari selasa kerana malas nak menghadap jalan jam.

Saja nak balik kampung cuti2 ni, lama sangat dah tak jumpa keluarga dan kawan dikampung halaman.

Tengah syiok dok lepak2 dengan membe2 kat kedai mamak, ada seorang member ako ni buka cerita pasal FREE MASON. Hangpa tau tak pasal free mason nih. Dulu ako tak berapa ambil kisah sangat pasal free mason ni. Ako tahu sikit2 ja pon. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila Google yah. Tapi tak pasti lah yang kat google tu betul ka atau tidak.

Bila seorang bercerita pasal benda2 macam ni, ako dengar aje lah. Bukan apa, pasal sebelum ni kawan2 ako ada jugak yang agak menyimpang dari laluan , sebabt terlalu taksub sangat dengan benda2 macam ni. Mana taknya, belajar agama takmau, dok tengok dan baca kat blog. Mana boleh macam tu, kita nak belajar bab2 agama ni kena belajar dengan ustaz2 atau orang yang lebih arif.

Jangan sesuka hati mempercayai apa benda yang ditulis dalam blog atau dimana2 pun. Takut nanti kita menyimpang dari ajaran agama kita.

Dah seronok dengar2 cerita member2 ako ni, ako rajin2 la jugak melayari internet untuk mencari maklumat tentang FREE MASON ni, dan ajaran2 yang dibawa mereka untuk menyesatkan umat Islam seluruh dunia.

Baru2 ni ako suka nak baca tentang Imam Mahdi, Khalifah yang akan membantu Nabi Isa A.S menghancurkan keturunan dan kaum yahudi di muka bumi ini. Dan akan memimpin umat islam akhir zaman. Ako tahu la juga serba sedikit tentang Imam Mahdi ni.

Tengah syok2 dok baca kat blog, ako terbuka 1 blog ni. Punyalah lawak dia punya fahaman. Maklumat dan cerita yang dia tulis tu dah terang2 salah, dan macam haram jadah. Ako gelak sorang2 baca artikel yang dia tulis tu. Dia semangat nak cerita pasal Imam Mahdi ini, tapi tatau dengan sapa dia dapat maklumat, atau dengan sapa dia belajaq, tapi yang pastinya dia bodoh. kah kah kah.

Kalau ako jumpa siapa yang tulis blog tu, memang ako tendang pusat dia. BODOH. Hangpa nak baca?? hangpa jangan percaya pulak, benda2 macam ni hangpa kena rujuk kepada orang yang lebih pakar. Baca ja, jangan PERCAYA. OK??..Serius lawak. !!!


Diulangi. Serius lawak. BODOH !!!

Sunday 29 May 2011

ANGSI TANPA SANGSI II


                        Kejayaan Menakluki Gunung Angsi


Minggu lepas group orbit sekali lagi menganjurkan acara untuk mendaki gunung angsi. Pendakian kali ini lebih untuk membalas dendam setelah pendakian sebelum ni tidak berjaya. Sila klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut.


Ekspidisi pendakian kali ini agak ramai berbanding yang kali pertama. Seramai 21 orang telah bersedia untuk mendaki termasuk ako. Ada juga peserta2 baru, manakala peserta yang sebelum ini ramai yang tidak hadir. Mungkin ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin juga dah malas nak pergi. kah kah kah.


Seperti biasa ako menaiki kenderaan yang sama, dan driver yang sama dengan ditambah seorang ahli baru yang ingin menyertai ekspidisi kali ini. 


Dan seperti biasa jugalah, kalau dah nama melayu tu, PUNCTUAL itu amat susah untuk ditepati. Benda2 macam ni yang boleh merosakkan bangsa nih. haih. Lagi 1 tabiat nak menunggu orang ni. Seronok juga duduk kat tepi highway nak tunggu2 orang ni. Rasa macam hemsem semacam ja dok kat tepi highway.


Sama seperti sebelum ini, pendakian bermula pada pukul 10. kah kah kah. Kalau orang2 yang selalu mendaki dengaq, mesti depa gelak. Mana ada orang mendaki gunung ka bukit ka pukul 10 pagi, selalunya pukul 10 tu orang dah ada kat puncak, dakpon standby nak turun dah. Ini baru nak naik, nak jadi apa. kan?


Tapi takpa lah, pasal ako ikut group ni, ikut ajelah time table nye, kang tak merasa pula nak mendaki gunung ni.


Pendakian bermula pukul 10, dan sampai ke puncak lebih kurang dalam pukul 3. Gila gampang punya lama. Biasalah, dengan pelbagai karenah dan kesakitan yang diterima oleh peserta, agak susah untuk bergerak dengan cepat. Tapi takpa, janji sampai kat puncak. Kepuasan dapat dilihat pada setiap orang yang berjaya capai ke puncak gunung angsi. Agak kecewa sikit pasal, kat puncak tu tak berapa nak best sangat keadaannya. haih.


Setelah hampir sejam lebih berada di puncak tok ketua memberi arahan untuk bersiap untuk turun. Selepas sesi bergambar dan makan2 semua, semua bergerak untuk turun ke kaki gunung.


Lebih kurang dalam pukul 430 semua ahli bergerak untuk turun. Dalam pukul 515 grup pertama sampai ke checkpoint. Time turun ni best sikit, boleh jalan laju sikit. Pasal tok ketua cakap, takpa, kalau lambat sangat jalan ja dulu, tapi jangan jalan sorang2.


Selalunya kalau dari kaki bukit untuk sampai ke checkpoint tangga batu tu, mengambil masa sejam. Tapi time balik, ambil masa 30 minit ja. kah kah kah. Dah malas nak tunggu2 orang dah. Lantak lah.


Pukul 6 lebih sampai ke kaki bukit. Simpan barang apa dulu, kemudian berendam. kah kah kah. Best wo..stim ja kena air sungai yang sejuk.


Selepas semua siap2 dan solat, lebih kurang dalam pukul 8 lebih, semua bergerak untuk pulang.


Singgah kedai makan yang sama, makan menu yang sama. Jumpa orang gila yang sama. Duduk meja sorang2, lepas tu marah2, padahal takda sapa pon kat sebelah dia. kah kah kah.


Pukul 10 lebih bergerak balik ke putrajaya, dan sampai ke rumah tepat pukul 1130. Lepas tu tidoq la. 


Kroh krohhh.








p/s : Kali ni E kena sengat dengan lebah pulak. kah kah kah. Lawak lah.

TERIMA KASIH

Hari ini telah menjadi sejarah buat kereta myvi ako.


Bulan ini genap setahun kereta ako dan ako bakal menyambut aniversary kereta ako dengan membayar insuran jalan raya yang dianggarkan seribu lebih.


Tapi apakan daya, nampaknya angka seribu lebih itu akan meningkat lagi.


Bulan ini juga adalah tarikh untuk ako servis kereta ako. Nasib baik ini servis kali yang ke3. Orang2 yang ako kenali cakap, kalau servis kali yang ke3, tak mahal sangat.


Akibat dari orang yang tidak bertanggungjawab. Bumper depan kereta ako kemek. 


Gampang mana yang langgar kereta ako, lepas tu hilang. Prihatin la sikit, tinggal nombor telefon ka, kupon makan pizza ka, apa2 lah. Tanggungjawab la sikit.


Dengan penat dan letih yang tak hilang, selepas semangat berjoging. Bila sampai kat kereta ako ja, tengok lain macam ja bonet depan. Awat tenggelam kedalam?. Tengok2 dah kena langgaq. Gampang betul.


Ako try gak usha2 kereta2 yang ada kat situ. Kot2 ada yang kemek jugak.


Ini mesti kes tadak lesen kereta, ataupun bawak kereta sedan, bajet naik kereta yang pendek.
Gampang la. Nak reverse tu, tengok2 la pundek oi.


Dah hudoh kereta ako. Dah la tak basuh lagi, malas pasal musim hujan. Dengan bumper kemek,  dah macam hapa lagi. Tak smart dah kereta ako. haih..


TERIMA KASIH yah kepada sesiapa2 yang melanggar kereta ako. Berjuta2 dan jutaan TERIMA KASIH ako tuturkan dan diakhiri dengan GAMPANG !!!

Haduih, mana nak cari ongkos nak repair ni..adeh. Gaji lambat lagi. Tolong. !!!



"Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit" kawan ako cakap, bukan ako. !!!

Friday 27 May 2011

PART TIME

Siapa2 ada kawan2, jiran2, makcik2, sedara2 atau pun sesiapa saja yang dikenali yang ingin mencari pekerja untuk buat part time. Tolong hubungi saya di talian 012-5709805.

Bukan nak memilih, cuma saya lebih berminat kerja2 catering, kedai2 makan yang buleh memberi gaji hari. 

Tolong na..tolong na, tau ! pasal sangat urgent untuk mencari kerja part time ni. Tapi kalau ada kerja lain pon takpa, janji part time lah. Tak kisah la, kerja apa pon, janji kerjanya sabtu ahad.

Senang cerita timing dia macam ne. 

Isnin - Jumaat : 7.00pm - 11.00pm
Sabtu - Ahad    : Komfom tadak keja. Buleh keja macam hari biasa.
Tempat             : Area2 kuala lumpur dan area2 putrajaya.


Jadi sesiapa yang ingin menolong saya, sila hubungi secepat mungkin. Pasal bila2 masa ja buleh start kerja dah. Tengah free ni.



Terima Kasih.


Thursday 26 May 2011

PUAS

Bulan lepas ako ada melakukan 1 aktiviti riadah, iaitu pergi bercuti ke Genting Higland. 2 minggu sebelum pergi ako dengan budak2 unit ako merancang nak pergi merata2. Pulau lah, pantai la khemah la apa la, tapi akhirnya keputusan muktamad telah memihak untuk pergi ke Genting Highland. Walaupun tayar kereta bocor, dan janji2 melayu yang sangat punctual dari segi masa. Akhirnya berjaya juga sampai ke Genting.

Dalam sejarah hidup ako, baru 2 kali ako pergi genting tu. Sebelum ni pergi pon dengan bos kawan ako, pasal bos kawan ako bawak staff2 dia pergi bercuti. Ako menyibuk ja, kah kah kah. Time tu mana nak ada duit. Belanja sehari pon rm2 ringgit. Gampang apa nak pergi genting highland dengan duit banyak tu.

Yahahaaha. Ako berjaya mengekalkan rekod dengan menaiki space shot tu tanpa memegang penahan badan tu. Baru rasa juboq terangkat, jantung tinggal kat atas dan macam2 jenis doa dapat didengar bila benda tu nak jatuh dah. kah kah kah. Semua benda yang ekstrim ja ako naik. Benda yang untuk kanak2 takpyah la naik, dah besaq gajah pon sekoq2.

Paling gampang sapa naik go kart. Gila takda feel nak naik menatang tu, dah la lembab, dengan helmet komfom macam2 jenis bau dan virus dalam tu. Lagi nak beratur ka?? kah kah kah. 

Gampang. Malas nak tulis dah.





Tayar kereta bocoq.


Naik Gondola.



Dok buat seksi apa tatau.


Kegembiraan jelas terpancar di muka.


Gambar setail makcik2 kat fb.


Suruh orang asing tangkap.


Muka gembira selepas dikurung berbulan2.


Ako smart.


Makan pa dlu.


Sibuk la orang belakang tu.


Hemsem betul mamat ne.


Model.


Macam mana dia ne buleh terlepas ne.


Cuba posing yang kemas2 sket.


Ako benci gambaq nei.



Sesat


TUKAQ

Hai. Lama tak godek2 beloq. Tadi tengah syok2 godek beloq, terjumpa link yang boleh tukaq nama blog. Wohoho. Lama dah nak tukaq, pasai tatao ja nak tukaq macam mana.

Hehehe.

Kalau sebelum ne,

pungpangpungpang.blogspot.com.

Tapi sekarang,

bandaqfp.blogspot.com

Sudah tukar la..

KONGSI

4 / 10 



1- Jalan cerita yang slow, bosan dan buat awek ako mengantuk.


2- Lawak dulu2..orang banyak dah tahu lawak apa dia nak buat.


3- Lakonan Saheizy Sam mantap. Patutnya jangan masuk unsur lawak2. Biaq dia jadi ganas.


4- Hero tak best langsung.


5- Ending tah hapa2.


6- Cerita untuk mat rempit.


7- Lepas ni takmau tengok cerita melayu kat panggung dah.












p/s    : Lain kali jangan beli tiket lambat2, padan muka.

Tuesday 10 May 2011

KURANG AJAQ

Petang tadi ako pulang dari kantor agak lambat. Disebabkan mahu menyiapkan juga kerja yang diberikan oleh bos ako, lebih kurang dalam pukul 630 ako pulang...lambat ka tu???.Hari ini ako pulang ke rumah menaiki motosikal, kerana sahabat ako pergi kursus 4 hari kat port dickson.


Elok sangatlah pun dia pergi kursus, pasal motor ako pun sudah lama tidak berfungsi. Terbiar hampir 2 minggu juga lah. Takut2 minyak hitam jadi ketul2. buleh ka??. Tatao la sangat, pasal ako bukannya pomen. huh.


Tengah dok syiok bawa motor, ako tengok langit gelap semacam ja. Nak gelap ka, nak apa ka, kita tak buleh nak melawan, atau merungut, atau yang sewaktu dengannya. Benda bukan kerja kita, kita cuma buleh memikirkan bagaimana cara nak menghadapi semua itu. Haaa...


Tapi yang peliknya, langit gelap tu dekat area2 cheras selatan ja. Sampai ke kajang pulak tu. Ako tengok kat area2 sungai besi dan kl tak gelap. Cerah dan panas ja cuaca. Tak buleh jadi, pasal ako nak balik rumah, jalan tu ja yang paling dekat pon. Nak pusing kot mines, jauh de. Dah la naik EX5 ja. huh.


Mahu tak mahu kena berhenti tepi jalan, pasal nak simpan handfone dengan wallet dalam beg. Hati ako bersuara "hujan ni mesti sampai rumah ni, alang2 redah ajelah..". Basah lencun, habis dengan boxer2 basah. Tapi masalahnya bukan hujan, ayaq jalan raya yang dok bertakung tu. Kenderaan2 besar ni bukan peduli sangat orang naik motor ni. Main langgaq ja. Habis segala macam jenis makian yang dicarut oleh ako.


Tapi bukan semua itu yang ako ingin ceritakan tentang tajuk seperti diatas.huh.Pundek punya awek. Nasib baik ako jenis penyabar. Dahlah basah lencun, sampai kat jusco cheras selatan. Baguih punya kering kawasan tu, kat rumah ako tak hujan. Yang hujan kat area2 kajang ja. Takpalah tak kisah hujan, air ja pun bukan apa sangat.


Yang ako hangin, tengah dok layan stim sejuk kat trafic light. Ako dengar bunyi orang dok gelak. Ako memang perasan ada awek dalam keta kat sebelah tu. Ingat dok gelak2 apa, cerita pasal maharaja lawak ka apa ka. Elok ja lampu hijau, 


"Basah ye bang, mandi sungai mane"???. Siap disusuli dengan gelak ketawa lagi. Kurang ajaq btoi. Ada ubi ada batas, ada hari ujan, tunggu nasib angpa.












p/s : Myvi hitam, Plate Wilayah, Spotrim kaler gold. Jaga ang. !!!





Saturday 7 May 2011

GENTING

Lama dah tak melalut kat buloq ne. Ada banyak benda nak cerita. Nanti2 la cerita noh. Itupun kalau hangpa baca la. Yang sebelum2 ni pun belum tentu hangpa baca lagi. Ceh.


Esok nak pergi genting highland. Nak bercuti. Release tension. 


Sekarang nak keluaq, pergi bundle. Tengok baju selai dua. Kot2 ada yang smart ka, rembat terus.


Bye..