Tuesday 1 March 2016

TARGET DONE





Justifikasi

5.5 inci -  sedap-sedap tangan nak pegang. Pusing untuk main game pon ok. Tak besar sangat, tak kecil sangat. Ngam-ngam ho !

2 gig ram cun - Standard fon bila beli, tulis 2 gig ram, automatik akan jadi 1.5++. Sebab sistem dalam fon guna ram. 2 gig ni kira ngam sangat la dengan aku yang install macam-macam game dalam fon.

16 gig memori - internal memori aku banyak guna untuk apps yang diinstall. Gambar, video dan lain-lain banyak letak dalam external memori. 8 gig. Itupon tak banyak sangat. Orang laki mana ada gambo banyak-banyak. 

Kamera depan 5.5 - tak berapa guna sangat. Bukan jenis selfie punya orang.

Kamera belakang 13 mp - Cun woi, setanding la dengan fon bini aku samsung note 3 neo. tapi standard kamera la, takda apa yang meletup, tangkap gambo, bagi terang, bagi gelap, bagi kuning, bagi ijo, itu ja. Takda la pulak kalau tangkap gambo kucing, tiba-tiba dalam fon tukaq jadi anjing. Itu lain. Itu Mistik !

4g LTE - Ok, ini interesting. Kena baca ! Fon ni ada 2 slot simkad. Sebelum ni aku guna 1 ja. Rangkaian Maxis 4G. Dan disebabkan aku telah dihasut oleh adik aku tentang Celcom Magic Sim Burung Hantu, aku sebagai pendownload tegar , terjebak dalam menggunakan Celcom. Aku beli nombo Celcom atas sebab burung hantu.(Nanti aku detailkan)

-Jadinya simkad 1 aku guna Maxis untuk Call dan SMS sahaja. Untuk simkad 2 aku guna Celcom untuk internet sahaja. So untuk calling dan sms aku still guna Maxis. Tapi bila untuk internet, aku guna celcom. Dalam whatssapp nombor aku still Maxis. Cuma untuk data aku guna Celcom punya data. Adik aku yang ajo. Celcom pon 4G Lte. Laju rangkaian..laju data habis..Jimbet !!!

Android Lollipop - Kira habis up to date dah ni, lepas ni nak keluaq Marshmallow plak dah. Tapi fon ni dia ada enjin lain, beza dengan samsung. Samsung 100% android. Xiaomi ni dia ada enjin sendiri. Kalau apple product, dia pakai IOS. Kalau xiaomi ni, dia pakai MiUi. Fon ni pakai yang latest, MiUi 7. Paham x ?

Harga - Mula-mula aku nak beli yang AP set. Harga dia dalam RM529. Tapi bila aku review dalam GSMarena. Ramai cakap susah update, ada masalah volume, masalah kerap hang. Jadi aku topap sikit, jual fon lama. Beli set original malaysia. RM629. Total aku bayar RM689 sebab dia bagi offer, tambah 60 ringgit, dapat memori kad, hard cover, dengan tempered glass screen protector dan ada sikit gift-gift kecik. 

Keseluruhannya sangat-sangat berbaloi beli henfon ni. Sebulan lebih guna sangat ok. Saja tunggu lama sikit baru post. Nak tengok apa yang ok, apa yang tak ok. Google search pon cepat, update pon laju. Ok la. Nasihat aku, kalau nak beli fon baru, jangan pandang enteng fon yang jenama pelik-pelik. Dan yang paling penting,Jangan lah dok rasa SAMSUNG tu God of Smartphone. haha. Nak tanya apa, boleh pm tepi dengan aku. kikiki..

Sekian. cia abahlu !!!