Tuesday 28 June 2011

PANTUN YANG DAH KENA KEGHAT !!!

Berakit rakit ke hulu, Berenang renang ke tepian,


Bersusah susah dahulu, Bersenang senang kemudian.


Gunalah rakit yang murah dulu, Kalau malas sangat berenang di tepian, 


Biarlah dimarahi selalu, Nanti senyum kambing kemudian.

Sunday 26 June 2011

SEPAH JUARA



Tahniah kepada kumpulan Sepah kerana telah menjuarai Maharaja Lawak. Walaupun ramai beranggapan dan berharap Jozan akan menjadi juara, namun keputusan undian dari penonton dan juri telah memihak kepada kumpulan Sepah. 


Seramai 4 peserta yang bertanding di Final. Jozan, Jambu, dan Sepah beraksi dengan berkumpulan, sementara Nabil peserta solo. 


Ako tak tengok waktu final, rumah tadak astro. Tv pon dok kaler2 kuning ja. Kedekut nak bagi kaler lain. Ceh. Nak tengok kat youtube, internetnya pon sangatlah tinggi dia punya haram jadah . Lembab nak mampos. Gampang. 


Malas nak tulis dah. Pergi tengok sendiri kat youtube. Thank you.




Juara          : SEPAH (RM350,000)
Kedua         : JOZAN (RM250,000)
Ketiga         : NABIL (RM150,000)
Keempat    : JAMBU (RM50,000)
















p/s : Nabil paling banyak dapat duit. kah kah kah. Lain nak kena share. Dia sorang2 ja. Kaya. !!!

Saturday 25 June 2011

COREY TAILOR MAIN KIBOD DENGAN AKO ???




Alat Muzik       : Keybord Jenama Yamaha Dengan Didgeridoo. Ako panggil Gedu2.
Tempat            : Pondok Ohm Tepi Railway (R.I.P)
Lineup              : Ako, Ohm Violator, Fendi.
Tahun               : 2008
Alat Rakaman : Sony Ericsson W810i


Kah kah kah kah..


Bukan senang nak tengok Corey Tailor (SLIPKNOT) main keybod dengan ako. Yang lagi sorang berselubung, padahal panas gila. Dah la kipas penuh habuk, angin tak rasa langsung. Yang dok banyak habuk ja. kah kah kah.


Lagu entah hapa2. Main beduk ja, tak setting pon. Yang lead tu ako lah, apa benda yang ako main pon ako tatau. Tekan pon 2,3 keping ja. kah kah kah. Jadi sila jangan komplen. !!!


Video ni tahun 2008. Rakam pun guna handphone berjenama Sony Ericsson W810i ja. Benda dah nak dekat 3 tahun dah. Sangkut2 la sikit. Kualiti pun tak berapa nak HD sangat, bukan macam handphone zaman la ni, canggih2. .


Lagi 1, kalau ada carut2 sikit, minta maaf la ye, pasal tahun ni baru nak up. Semua nak dicarutnya. Biasala tu, ye dok?? Kata kepala kambing.


kah kah kah.




















p/s : Mohon maaf sekiranya video tak buleh play. Pasal benda dah lama. Siap sangkut2.

Thursday 23 June 2011

TOP 4 SHOWDOWN 2011







Semalam persembahan terbaik dimenangi oleh Group ECX. Bagi ako, ECX memang layak menang persembahan pasal siap ada magic2 lagi. Group depa ni agak tight berbanding group lain. Jadi pilihan ako ECX juara. kah kah.

Mula2 ako tak berapa layan sangat Showdown ni. Selepas ako melihat video salah satu peserta Showdown, ako agak teruja untuk melihat aksi2 yang seterusnya. Smart weh.


Minggu ni tinggal 4 lagi kumpulan yang akan berentap. Sapa minat, undilah group mana yang menjadi pilihan. Ako tak minat nak undi2 ni. Ako suka tengok depa ni menari2. Kemas dan mantap. kah kah kah. 


Prediction Ako : 


1- ECX
2- HMC
3- RKS
4- BOS

Wednesday 22 June 2011

KEMBANG

 
                                               Gambar paling latest
     


Ako macam dah putus asa nak membina badan yang semacam nigger2 dalam cerita Stomp the yard tu. Mahupun berbadan sasa macam ahli2 bina badan yang dok ada dalam video senaman orang2 putih.


Setelah melihat sendiri betapa kembangnya, walaupun gagah pergi gym, senaman malam2. Ako jadi panas hati . Bukan boleh sangat, ako ni dah la seorang pemarah dan pembengis. Mula la nak terajang pintu, selotep kucing kat dinding, tendang kasut jiran, semualah.


Sekarang ni, cuma nak cari pil yang menakjubkan. Makan pil sebiji, terus taff macam The Rock. Agak2 ada jual tak a ?? mana nak cari aa.??


BENGANG !!!

Tuesday 21 June 2011

ABAH

Ako pernah kena libas dengan tali pinggang askar. Kaw punya.


Ako pernah kena sepak pasal rokok, padahal bukan rokok ako, ako tolong pegang ja.


Ako pernah kena baling dengan bekas bedak besi.

Ako pernah menghilangkan basikal untuk pergi sekolah 2 kali. 


Ako pernah kena pukul pasal pasang lagu Slipknot kuat2.



Ako pernah kena paksa ikut pergi sembahyang terawih.


Ako dipaksa belajar mengaji dengan tok ako selama 6 tahun.


Ako pernah kena baling waktu kecik2 pasal sawan tangis. (Mak ako cerita)


Orang lain bawak balik result pmr 8A. Ako bawak balik CD. kah kah kah.


Hari2 ako minta duit RM2 pasal tak kerja. Sori sebab menyusahkan.


Ako lenjan kereta bapak ako bawa pergi Gig merata tempat.




Tapi bapak ako steady ja layan karenah2 anak2 dia. Kah kah. Tapi benda yang paling best, ako tengok senyumannya bila ako ditawarkan pekerjaan yang tetap.

Dah takda benda nak tulis. 

.
.
.
.
.
.
.


SELAMAT HARI BAPA !!!
LOVE U ABAH !!!

Saturday 18 June 2011

BENGANG !!!!

Agak2 la kan, kerajaan Malaysia ni tahu tak rakyat dia ramai yang berpendapatan sederhana. Mesti lah dia tahu kan? pasal dia yang dok bayaq gaji kat pekerja2 dia. Yang mana yang bekerja di sektor kerajaan lah kan.

Agak2 lagi kan, dia tahu tak kalau barang2 harga naik, rakyat2 yang berpendapatan sederhana ni akan merana ?. Nak isi minyak kenderaan, nak beli barang keperluan. Agak2 dia perihatin tak ? 

Ramai yang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian. Termasuklah ako. haih. 

Dengaq cerita depa nak bagi naik gaji, baru ja dengaq cerita. Dengan serta merta harga barang2 keperluan naik. 


Pasal apa??pasal dengar ura2 mengatakan gaji kakitangan kerajaan nak diselaraskaan dan dinaikkan. Haih.

Rakyat didahulukan. Rakyat la tanggung semua..ye dok. !!!

Malas nak tulis panjang2 dah. Bengang !!! 





P/S : SAMPAI SEKARANG GAJI TAK NAIK2 !!!

Thursday 16 June 2011

MEMORI


                                        Gambar 4 Tahun yang lepas.

Wednesday 15 June 2011

BISNES

Rasa2 macam nak buat bisnes lah. Tapi tiada idea. Bisnes kecil2 jadi lah. Buka untuk sabtu ahad. 


Ada cadangan?. Nak buka bisnes burger, dah ramai sangat. Nak jual pisang goreng?, balik kerja pon pukul 6.00, jadi apa. Pisang goreng ni awal2 petang tu dah kena ada. Dari pukul 3 dah kena start buka. Baru stim nak meniaga.


Agak buntu lah mencari idea nak buat bisnes ni. Tolong, tolong bagi idea yang bernas nak buat bisnes kecil kecilan.


Ala, kecil2 sudah. Macam meniaga nasi lemak pagi2 kat tepi jalan tu. Contohnya macam tu la. Lebih kurang. ye dok. Sementara tengah semangat nak buat bisnes ni.


Kot2 sapa2 yang nak cari bisnes partner, ok juga. Tapi takmau la bisnes besaq2 sangat. Kecik2 je, yang biasa2 ja. Ok.


Thank You.

Monday 13 June 2011

TAK PUAS HATI

Siapa2 yang rajin membaca blog ako ni, ako nak minta tolong sikit boleh. Ako tengah mencari seseorang atau sesiapa sahaja yang mula2 sekali mencipta adat dalam bab bab perkahwinan. Huh. Ako sangat2 tidak berpuas hati dengan macam2 adat yang digunakan dalam penyediaan sesuatu majlis perkahwinan.


Dari start mula2 nak merisik, sampai bertunang, sampailah yang terakhir, pernikahan. Huh. Apalah yang susah2 sangat dok buat adat yang pelik2. Nak kena bagi hantaran lah, nak kena sirih junjung la, nak kena merisik dululah, lepas tu kalau ikut negeri2 pula, nak kena bayar tol lah. Gila apa menyusahkan orang betul.


Kalau orang dulu2 kahwin takpa la, pasal orang dulu2 mana ada pakai duit banyak sangat. Zaman sekarang ni dah macam2 dah. Lagi nak adat2. Tak faham betul. Kalau adat tu menyenangkan orang takpa, ini menyusahkan orang. Patut la orang merata2 dok pinjam along, adat ni punya pasal lah.


Ye la, kalau cakap lebih2, kang family pengantin perempuan cakap kedekut lah, apa lah. Dah nak kahwin sangat, sendiri tanggung la. ye dok. !!! Padan muka.


Ako ada juga bertanya2 ramai orang yang sudah melangsungkan perkahwinan, habis kuat dia akan cakap, dah adat nak buat macam mana. Haih, tak puas hati betul ako. Dalam islam dah cukup senang dah, 5 ja syarat2 nak melangsungkan perkahwinan. Mesti ada lelaki, perempuan, wali, saksi dan ijab kabul. Takda pon nak sebut2 pasal hantaran ka, apatah lagi semua yang pelik2 tuh.


Ya, ako merungut sikit pasal ako tak faham, dari mana datangnya adat ni. Ako tak faham betul orang dulu2 sanggup biar mati anak jangan mati adat. Gila apa !!! haih. Tak faham betul. 




Sesiapa yang ada maklumat lanjut, mengapa pentingnya adat ni, sila email ako kat balcifers@yahoo.com. 

Sunday 12 June 2011

REACTIVATE

Akaun Facebook telah diaktifkan semula. Rasa macam tak up to date bila tiada Facebook. Tapi mungkin tak seaktif sebelum ini. 


Jadi bolehla menghubungi saya semula yah.


Thank You.

BALAS DENDAM

Hari rabu ni ako nak ambil off day. Ako nak tengok semua movie yang ako tak sempat nak tengok. Ako nak balas dendam diatas semua kelewatan ako untuk tengok cerita2 best bulan ni dan bulan lepas.


Apa orang kata? , marathon ka apa ka.. Ya !!!, ako nak marathon dari pagi sampai petang. Sapa nak ikut?, sila bawa wang sendiri untuk membeli tiket ya. Kalau nak belanja ako pon cantek dan hemsem jugak. Ako beli pop corn 1, kita kongsi. Cantek. Amacam??


Harap2 movie yang best2 depa dok tayang lagi kat panggung. Ako nak tengok semua !


Mula2 Fast 5 pastu Pirates of the Carribean, pastu Kungfu Panda, pastu X-Men, pastu Kl Gangster dan yang last Super 8. 6 movie baru RM48. Apa ada hal. ye dok. ??


Tapi impian ako hanya akan berjaya sekiranya bos ako approve cuti ako. Jadi doakan bos ako lembut hati untuk meluluskan cuti ako. Hari isnin baru nak apply cuti.

FLAKE POISON 3


Klik SINI untuk mendengar lagu.

Dari kiri :

Muhammad Faizal Shah (Bandaq)
Lead / Rythm Guitar

Mohd Hafizi (Fizi)
Rythm / Lead Guitar

Muhammad Firdaus (Busop)
Vokalis

Mohd Hafiz (Apis)
Drummer

Ahmad Effendi (Fendi)
Bassist

                                                                

Thursday 9 June 2011

DEACTIVATE

Kepada rakan2, kawan2, pembenci, pengkritik2 dan semua manusia yang membaca blog ako ni. Ako mengishtiharkan akan Deactivate akaun Facebook untuk seberapa lama yang boleh. kah kah kah.

Ako rasa terlalu hanyut sangat dengan Facebook. Lain orang lain dia punya penghayatan. Semacam dah ako rasa kalau buka Facebook lama2. Rasa macam ramai pulak orang yang benci ako. ye dok. Ok.

Sekarang sesiapa nak berhubung dengan ako, bolehlah berhubung melalui Twitter ataupun Yahoo Messenger. Ok.?

Emailnya , Balcifers@yahoo.com.



ThankYou.

Tuesday 7 June 2011

PART TIME II

Ako datang awal pagi. Dia cakap pukul 9.00, pukul 8.30 ako dah sampai.


Ako kena kerja dengan nepal, sehari suntuk dok dengar depa bersembang, grung grang grung grang, sepatah haram tak faham.


Depa bagi uniform besar kat ako, dengan butang paling atas takda. Saiz xl, gila apa.


Tuan rumah pengantin bising kat ako pasal lambat, padahal majoriti pekerja hari tu semuanya 1st time kerja. Tetamu2 dah duduk kat meja, tapi makanan apa pon takda.


Orang yang berlagak jadi bos datang lambat, datang2 banyak bunyi, itu ini itu ini. Semua tak betul, PUIII.


Kerja berpeluh2, panas pasal dewan takda aircond, yang ada kipas berdiri tu ja. Itupun tak rasa angin.


Ada pekerja melayu 3 orang, tiga2 muka ganas, muka nak legend. Padahal seorang lembut, seorang lembab, seorang lagi dok bajet smart apa tatau. Paneh ja ako keja dengan depa.


Tak tanya langsung, makan ka belum? dah minum ka.? ok tak ? yang dia tahu, kat dalam ada banyak pinggan kotor nak kena angkat. Pundek punya boss man. Gampang lah.


Ada seorang pakcik, pakai uniform sama, ingatkan pekerja yang bagus la. Rupanya dia paling gampang sekali, tidoq dalam lori, bangun2 makan, isap rokok, bergayut dengan sapa tatau, cakap lama2, pastu makan lagi, last sekali duduk tepi lori isap rokok. Time amek gaji dia 1st sekali, gampang apa.


Kena marah dengan tuan rumah pasal pekerja nepal tibai lauk pengantin, ketua dia pakcik gampang tadi, kah kah kah. Bangang !!!


Catering yang sama, lagi 1 dah abeh pukul 4, tempat yang ako kerja pukul 5 tengah dok sembang2 lagi. Pakcik gampang tadi jadi ketua. Gila gampang pakcik ni.


Dan yang paling gampang sekali diantara semua2 gampang diatas, time amek gaji, dia listkan nama ako dengan nepal-nepal tu. Terang2 ako pakai uniform lain daripada pekerja nepal. Nak arun betoi. Gampang !!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
p/s: Nepal mana ada pakai baju hitam ada design2 metal ni, nepal mana ada pakai converse jack purcell. Nepal mana ada pakai seluar jeans hitam kecik bawah. haih. 


p/s : Lagi sekali kerja kat situ, ako takmau kerja dengan pakcik gampang tu. Dia tak buat kerja, tapi dapat gaji lagi banyak. Pundek.. !!!

Saturday 4 June 2011

POMEN

Ako rasa ako boleh jadi pomen lah. Tahu pomen tak?? aduh, pomen tak tahu, pergi buka google. Bukan apa, sebelum2 ni pun, kalau motor ako cedera sikit2 ka, ako akan buat sendiri. Tapi kalau yang jenis main enjin2 ni, nak set timing betul2, minta maaflah. Pasal bab tu tak berapa nak berani. keh keh keh.

Baru2 ni kan bumper keta ako kena langgaq dengan bahadut mana tatau, petang tadi selamba ja ako bukak bumper keta ako. Kah kah kah.

Tapi kepakaran ako dalam pomen2 ni agak terhad. Pasal tak berapa nak minat. Bagi ako benda2 kecik yang ako boleh buat, ako buat. Tak perlu nak hantar kedai. Kadang2 barang tu 10 ringgit ja pon. Tapi bila kedai yang buat, kena sampai 20 ringgit. Bukan kedekut, tapi kalau kita boleh buat benda tu sendiri, mengapa perlu mengeluarkan wang yang banyak .?? ye dak?? keh keh keh.

Jadi sapa2 lepas ni rasa macam nak minta bantuan kat ako untuk pomen memomen kenderaan bermotor , silalah hubungi ako ye. Kena dengan harga yang berpatutan. Kalau nak belanja ako makan pon boleh juga.

Perkhidmatan yang ako sediakan, agak terhad. Jadi jangan nak suruh ako overhauled motor hang, jangan nak suruh basuh ka apa ka. Perkhidmatan lain yang ako bagi, penendang satria baja hitam peringkat 10. Antara perkhidmatannya ialah.

1- Tukar minyak hitam motor (Barang2 beli sendiri)
2- Tukar rantai motor,( termasuk spoket ) (Barang2 beli sendiri)
3- Tayar motor pecah
4- Tukar tubeless
5- Tukar Bumper depan kereta (MYVI Sahaja)
6- Lampu depan tebakar
7- Tukar bateri motor (Barang2 beli sendiri)


Nombor untuk dihubungi akan diberitahu kemudian. Ok.

Barang2 yang nak ditukar boleh beli kat sendiri kat kedai. Kedai spare part bersepah kat Kelumpo ni. Pergi cari sendiri, tapi kalau malas. Boleh guna yang ako beli. Tapi jangan banyak songeh. Ok. Thank You.

Aaa.a.a.a.. buat masa ini, yang tu ja ako boleh buat. kah kah kah. Nampak macam toya ja, tapi benda2 macam ni hangpa biasa hantaq kedai kan ?? kan ?? Hantaq kedai mesti dia katok punya lah. kah kah kah. Jadi silalah support bisnes kawan. keh keh keh.

Friday 3 June 2011

PART TIME I

Alhamdulillah, berkat kesabaran ako dalam mencari kerja part time, akhirnya ako dapat juga kerja yang ako minat dan memang mencari sangat2.


Hari ahad ni mula start. Harap2 ako dapat bekerja dengan baik dan rajin. Doakan. Amin.






GOOD LUCK !!!

Thursday 2 June 2011

SURAT

Zaman kanak2 dulu pernah tak ponteng sekolah. Tapi ponteng yang bersebab dan berlesen lah. Tahu ponteng tak, ponteng ada banyak lagi gelaran, contohnya, kong, tuang, bom dan banyak lagilah. Pasal gelaran ini dia ikut negeri masing2. Kalau kat tempat ako dulu, kong sekolah yang popular pon. ha. Faham tak??kalau tak faham, lantak kat hangpa lah. 


Berbalik kepada cerita asal, yang berlesen tu maksudnya disetujui oleh pihak penjaga yakni ibu-bapa atau penjaga. Sebab2 yang tidak dapat dielakkan, contohnya, ada kematian, kenduri, ataupun perlu kemana2 sahaja asalkan dipersetujui oleh penjaga. 


Tapi keadaan yang terjadi lebih kepada waktu sekolah rendah. Bila dah masuk sekolah menengah tu, dah berlagak sikit, lantak lah ponteng berapa hari pun. kah kah. Nanti ako cerita lain pasal ponteng time ako sekolah menengah. 


Tadi ako ada baca 1 blog, cerita pasal dia ada hal nak diselesaikan dan sengaja nak bawa anak dia ikut sekali. Ako terpikir, macam mana dia nak maklumkan kepada pihak sekolah yang mengatakan dia ada hal yang penting sehingga menyebabkan anak dia ponteng sekolah. Faham tak?? Kalau tak faham ulang baca sampai faham. kah kah kah.


Kalau zaman dulu, ako tahu lah macam mana. Bila difikirkan balik, lawak pon ada. Kalau ako dulu, bila ponteng sekolah, penjaga ako akan buat surat untuk beritahu kat pihak sekolah sebab2 kenapa ako tak pergi sekolah. Mestilah penjaga ako yang tulis surat itu, pasal tulisan dia cantik sikit kalau nak dibandingkan seni tulisan ako masa kanak2 tu. huh. Dah tentu2 cikgu akan cakap cubaan untuk menipu cikgu, kan? tapi kalau tulisan cantik, cikgu akan terima pasal tak mungkin ako yang tulis surat macam tu.


Bila teringat2 balik, banyak kali juga penjaga ako menulis surat kepada pihak sekolah. kah kah kah. Sampai satu tahap, penjaga ako malas nak tulis surat, sebab ako cuti sendiri banyak sangat. kah kah kah. Ala, habis kuat pon denda, berdiri kat depan time perhimpunan. Apa la sangatn time tu, mana ada awek comel2 lagi. Time tu ramai dok beringuih lagi. Ako tak tergolong dalam orang macam tu. Ako seorang pembersih ok. kah kah kah.


Itu zaman ako dulu, tapi zaman sekarang macam mana ibu bapa atau penjaga sekarang beritahu kepada pihak sekolah agaknye ye? Mungkin melalui internet je kot. Yelah, cikgu2 sekarang semua ada laman sosial masing2. Twitter lah, Facebook lah, Myspace boleh ka?Email lagi, kalau yang kuno sikit, guna Friendster. kah kah kah.
















p/s  : Ako dijaga dan dibela oleh datuk ako, tapi ako tak panggil atuk. Tok lelaki ako panggil "TOK AKI", manakala nenek ako, ako panggil "TOK". Gelaran panggilan kebanyakkannya mengikut kawasan dan tempat. Ikut masing2 la, huh. Ada yang panggil nyang, tokwan, ish..banyak lagi lah.


p/s I : Rasa macam nak pergi sekolah balik, jumpa cikgu2 semua. Agak2 cikgu ako dulu mengajar lagi tak kat sekolah tu. Rindu Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Felda Ijok, Selama, PERAK DARUL RIDZUAN.