Sunday 24 April 2011

FAUK

Sejarah terciptanya isyarat tangan yang menunjukkan jari tengah atau yang sewaktu dengannya ako tatau. Tapi sejarah ako mula2 tahu pasal tunjuk jari tengah tu ako tahu bila. Masa tu ako darjah 3. Sudahla yang mengajar ako tu budak umurnya muda setahun pada ako, tempatnya pula kat sekolah agama rakyat. Kah kah kah.

Dia tak bagitau pon maksud dan sebab apa isyarat jari tengah ni. Dia cakap tak ramai orang yang tahu, ako orang yang 1st dia ajar. Ako pon dengan bangganya mengamalnya dan menyebarkan ke segenap sekolah. Habis dengan senior2 ako pon ako ajar, yang jahat lagi senang ikut. Yang baik2 sikit, takut2 nak buat. Dengan budak2 perempuan pon ako ajar. kah kah kah.

Bangga dengan ilmu hapakebenda yang diajar oleh junior ako tu, hari2 ako menggunakan isyarat tangan tu. Dan kena pada 1 hari tu, kat sekolah agama rakyat. Ustaz Roslan, ako ingat lagi ustaz ni, pasal ustaz ni garang gila. Ditangannya senantiasa ada rotan sebatang, kalau besaq ako tak takut sangat. Ini rotan halus ja, gila woh. Orang cakap, kalau kena libas dengan rotan halus lagi pedih pada rotan besaq ni. Tapi kali ni bukan pasal rotan ako nak cerita. Pasal penampaq.

Ustaz roslan ni mengajar ilmu sirah nabi. Dia ni suka bagi kerja sekolah banyak2. Ada 1 hari tu, ako tidur awal pasal letih training bola lepas habis sekolah agama. Dan kerja sekolah yang diberi ustaz roslan ako tak sempat nak siapkan. Pagi pergi sekolah kebangsaaan, mana sempat nak buat kerja sekolah tu.

Petang tu, bila ustaz tu minta kerja sekolah. Ako buat rilek, cakap letih tak sempat nak buat. Orang lain semua buat, ako seorang ja tak buat. Padahal ada juga budak bola 4 orang dalam kelas ako tu, boleh ja depa buat kerja. Ustaz roslan panas hati, minta ako pergi berdiri kat luar kelas. Sebelum keluar kelas, ako tunjuk isyarat jari tengah kepada ustaz. Dengan muka bangga ako keluar kelas dengan cepat.

Baru 5 saat berdiri depan kelas, PANGGG. Satu penampar hikmat alam satria hinggap kat pipi ako. Padat dan kemas. Pedih de, harun laban betul. 

Ustaz tu cakap, "berani kamu tunjuk isyarat tangan tu kat saye", kamu tahu tak apa maksud tu???, kalau tak tahu jangan suka2 nak tunjuk kat orang tak tentu pasal. Jangan nak kurang ajar dengan orang2 tua".

Petang tu jugak ako pergi cari junior yang mengajar ako isyarat tangan tu. Siap bawa geng lagi. Padahal junior ja pun. Darjah 2 pulak tuh.

Fauk punya budak !!!
.
.
.
.
.
.
.

p/s : Seminggu dia belanja ako makan nasi lauk cikgu2 kat sekolah kebangsaan. Siap jadi geng ako. Kalau dulu2 dapat makan nasi lauk cikgu tu kira orang berada2.

Thursday 21 April 2011

INCUBUS




LOVE HURTS

Tonight we drink to youth
And holding fast the truth
Don't want to lose what I had as a boy
My heart still has a beat
But love is now a feat
As common as a cold day in L.A.

Sometimes when I'm alone I wonder
Is there a spell that I am under
Keeping me from seeing the real thing

Love hurts
But sometimes it's a good hurt
And it feels like I'm alive
Love sings
When it transcends the bad things
Have a heart and try me
'Cause without love I won't survive
I'm fettered and abused
Stand naked and accused
Should I surface, this one-man submarine?
I only want the truth!
So tonight we drink to youth!
I'll never lose what I had as a boy

Sometimes when I'm alone I wonder
Is there a spell that I am under
Keeping me from seeing the real thing?

Love hurts
But sometimes it's a good hurt
And it feels like I'm alive
Love sings
When it transcends the bad things
Have a heart and try me
'Cause without love I won't survive

Without love I won't survive

Love hurts
But sometimes it's a good hurt
And it feels like I'm alive
Love sings
When it transcends the bad things
Have a heart and try me
'Cause without love I won't survive

Love hurts, ohhh-oh ohh
Love hurts
Without love I won't survive
Love hurts la-la-la-la-la-la oh
Love hurts
Without love I won't survive

Tuesday 19 April 2011

SEDAP

Minggu lepas ako pergi kursus kat bukit merah 3 hari 2 malam. Dapat la makan sedap2. Semua benda makan ako beduk. Pasai apa?? pasai TENGAH BULAN. Punyalah tibai makan sampai berat badan dah naik. Hamek hang.

Habis kursus hari sabtu, ako pulang kembali ke putrajaya untuk meneruskan perjuangan hidup di tengah2 nak hampir2 hujung bulan ni. 

Sekembalinya ke rumah, ako membuka pintu rumah ku syurgaku. Rumah sewa yang ako bayar rm150 sebulan itulah tempat menjadi saksinya remaja2 zaman sekarang ni dah sengkek. kah kah kah.

Kawan serumah ako ada membeli roti gardenier sebungkus. Dengan semangkuk marjerin dan secawan air teh. Kawan ako makan dengan nikmatnya. Ako tidak menunggu lama untuk join sekali nikmat yang sedang dikecapi oleh kawan ako tu.

Ramai orang cakap keja gomen ni banyak duit. Pundek apa banyak duit, hutang banyak la. Itulah pemikiran orang2 zaman sekarang ni, asal kerja gomen ja banyak duit. Sikit2 belanja sikit2 belanja, sekali sekala boleh la. Selalu2 pon boleh juga, tapi mungkin dapat extra penendang satria baja hitam tepat kat dahi. Mao??Merapu dah ni.

Tengok pada kawan ako yang sedang makan roti tadi, tiba2 ako rasa lapar dan ingin mengepow roti dia. haha. Jangkaan ako tepat, ako pow roti gardenier dia sekeping dua.

"Fuh, sedap juga roti ni kalau makan macam tu ja. Tak payah nak bubuh apa pon takpa. Sedap !!! "..



.....kah kah kah.....





Tengah2 atau hujung2 bulan ni, kalau lapaq semacam ja. Makan la benda apa pon, semua sedap. Janji benda tu boleh dimakan la, jangan la pegi bantai gigit konkrit dinding tu. noob. kah kah kah. Inilah bahana tak nak berjimat cermat. Padan Muka. kah kah kah. Makan la roti tu ja, bersyukur apa yang ada. Orang afrika tu lagi la, tak makan langsung. Rilek ja.



p/s : Kawan, gaji nanti beli barang2 dapur secukupnya ya. kah kah kah.




Sunday 17 April 2011

FLAKE POISON 2

Dextromethorphan. Tau tak apa menatang tu?. Haha. Ni la nama asal band ako sebelum bertukar menjadi Flake Poison.


Sebelum bertukar menjadi Flake Poison, kami menggunakan nama dextromethorphan ni. Nama  ni pun kami dapat setelah ako dengan fendi (bassist) bincang pasal siaran tv Majalah 3. Episod pada malam tu ada melibatkan tajuk pasal sejenis ubat batuk kering. Ubat ni banyak disalahgunakan oleh remaja2 masa kini. Sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak, seseorang itu akan berdengung. kah kah kah. Tau tak berdengung?? pening2 macam orang mabuk tu. haha.


1st gig yang kami main ialah di taiping. Masa tu gig yang dianjurkan oleh kawan kami juga bertempat di studio wan renjong yang terletak di kamunting sebelah dengan A&W yang lama. Tapi sekarang ni studio tu dah arwah, sama la dengan A&W tu pun. kah kah. Tempat A&W tu sekarang menjadi tempat menjual kereta.


Waktu gig ni lah ako dan lineup Flake Poison yang lain merasakan nama asal band kami ni panjang sangat. Pasal sebelum kami perform tu, pengacara untuk gig itu tidak tahu untuk menyebut nama band kami. kah kah kah. Last2 dia cakap Dextro ja, pasal susah sangat nak sebut. Siap bagitau lagi "Apasal la hangpa ni bubuh nama band panjang2, lepas tu susah pulak nak sebut ". Kah kah kah. Daripada kejadian itu, ako memikirkan untuk menukar nama band kami kepada yang lebih pendek dan senang disebut. ahaha.. lawak2.


Ada 1 malam tu, tengah lepak2 kat warung assalamualaikum. Kami 1 band dengan ramai budak2 assam kumbang rancak dok sembang2 pasal muzik dan gosip2 semasa. Dalam geng kami ni, ada lagi 1 side nak buat band juga. Band ganas katanya, Sidek dengan Zul penang pelopornya. Depa ni seronok2 ja buat band ni pun, tidak lah seserius seperti band kami yang mahu berjaya di dalam industri underground di malaysia ni.


Tengah2 dok rancak sembang tu, sidek bersuara.


"Kita kena letak nama band kita ni ganas sikit, aa.a.a...korn dah ada. Jadi kita bubuh Flake. Kira ok la tu..kira macam cornflake. Kita ambil flake sudah."


"Nak lagi ganas kita letak poison kat belakang. Macam mana??, sedap sikit. FLAKE POISON. baru ganas." Zul penang memberi idea kepada sidek.


Selepas 2 @ 3 gig kami main. Ako memutuskan untuk menggunakan nama FLAKE POISON. Dan perbincangan diadakan dengan Sidek serta Zul penang. Pasal nama band tu depa yang punya. Akhirnya mereka bersetuju untuk membenarkan kami menggunakan nama FLAKE POISON sampailah sekarang.


"Pakai ja, haha kami bukan serius pun. Nanti dah famous nanti jangan lupa pengasas nama FLAKE POISON sudah. kah kah kah" kata2 sidek kepada ako.











Wednesday 13 April 2011

KALAU

Kalau kita suka kat orang, belum tentu orang suka kita.

Kalau kita benci orang, jangan ingat orang tak benci kat kita.

Monday 11 April 2011

KENAPA ?

Hangpa ada kekasih tak ?, ataupun awek ka, pakwe ka, cewek ka, cowok ka seseorang yang hangpa sayang. Tak kiralah hangpa tu dah kahwin ka, berumah tangga ka, bercouple ka, berumah tadak tangga ka, ataupun berumah tadak sijil nikah ka. Hangpa sayang sangatlah, kiranya ibarat dalam lagu2 jiwang yang dok ada dalam malaysia ne,  sehidup semati lah. Sekiranya hangpa ada "benda" yang ako cakap tadi tu, maknanya hangpa ada perasaan yang boleh menggumbirakan hati hangpa. Ha, hapa benda ako tulis pon ako tatau.

Sebenaqnya ako nak tulis pasal perasaan ja pon, hapa benda yang ako merapu tadi pun ako sendiri tak faham. Perasaan yang ako rasa selalu sangat tak kena pada tempat dan waktunya. Ako berani jamin hangpa pon pernah rasa macam ni juga.

Bila kita sayang seseorang tu, kita akan menjaga hati dan perasaan dia bagai menatang minyak yang penuh. Wuih. Kita jaga dia elok2, tak boleh calaq sikit. Kalau ada nyamuk hinggap pon habis dimaki hamun nyamuk tu. Padahal nyamuk tu baru singgah ja, pasal dia penat dok terbang lama sangat. Kena pula yang dok rumah tinggi2 mencucuk langit, jenuh nyamuk tu nak sampai atas. Bagila dia rehat sepam dua. Itupun tak boleh, punya sayangnya kita pada seseorang tu.

Persoalannya kini, hangpa pernah tak gaduh2 atau berselisihan faham. Kalau tak pernah gaduh2 atau perselisihan faham, tolong cari orang lain. Pasal pasangan hangpa tu mungkin ada orang lain ataupun makhluk asing dari planet namek. Bila gaduh mesti keluaq satu perasaan tu, perasaan takut ditinggalkan ataupun yang sewaktu dengannya. Ako cukup tak suka perasaan ni, perasaan ni yang boleh buat makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena, semacam ja perasaan ni.

Ako selalu juga la rasa perasaan tu, memang betullah tak best langsung. Sungguh tidak best, pasal nak buat kerja apa pon tak boleh, nak buat itu ini serba tak kena. haihh. Kalau buat pon, mao tak mao ja.

Berbalik pada cerita semua kat atas tadi, ako selalu berharap perasaan tu datang pada tempat dan waktu2 tertentu. Bukan berharap lah, berdoa sangat2. Pasal sekarang ni perasaan tu datang juga. Tapi kadang2.

Kenapa ako tak rasa perasaan itu bilamana ako tidak mengerjakan perintah Yang Maha Esa. Menunaikan solat 5 waktu, berpuasa penuh di bulan ramadhan, beramal jariah, berbuat baik sesama manusia, hormat ibu bapa dan buat benda yang baik2. Hangpa ada tak perasaan tu ??  kalau hangpa ada perasaan tu, Alhamdullilah. Pasal ako tengah berusaha untuk timbulkan perasaan tu sikit2, untuk menjadi manusia yang Beriman dan Beramal soleh. 

Doakan. AMIN.



Saturday 9 April 2011

PANTANG

Ari tu ako ada cakap nak turunkan berat badan. Tapi ako rasa macam tak serius ja usaha ako ni. Hadoi la. Macam yang ako cakap kat SINI.

Ako cuba untuk berpantang tidak makan nasi. Tapi niat ako tidak kesampaian, pasal sekarang ni ako pantang tengok nasi. Kira nak beduk ja. Siang ka malam ka, dah tak boleh tahan dah, pantang ada ako mesti bedal punya. Nasi goreng bawang ka, nasi sep ka, nasi putih ka, nasi apa ka, asal nasi ako beduk ja sekarang nih.

Agak2 bilalah ako boleh dapat badan taff macam nigger dalam cerita You Got Served dengan Stomp The Yard tu kan ?. Haih, harap2 minggu depan ako boleh start pergi gym balik.


Thursday 7 April 2011

ADUAN RAKYAT

Semenjak 2 menjak, ako makin kerap dapat panggilan telefon dari luar. Kebanyakannya urusan2 yang sepatutnya di bahagian lain, awatlah yang disambungkan ke tempat ako ni. Dan kerap kali jugalah ako kena maki pasal ada orang tak puas hati . Ya la juga, dah di transfer2 ke merata tempat, kalau ako pon ako panas.


Boleh kata makin menjadi2 jugalah, sampaikan ako kena standby nombor2 member2 di bahagian yang lain. Kalau telefon nak tanya maklumat, ako terima. Kalau telefon nak mengadu pasal ketidakpuasan hati, pergi tv3 apply rancangan jejak kasih. Kat situ boleh adu macam2. Faking hell betul.

Sekian.


p/s    : Ako rasa, operator2 ni dah aim nombor talian ako lah. Asal orang call ja, sambung ja terus kat talian ako.


p/s I : Kepada kakak2 dan abang2 operator, nak sambung tu tengok2 la sikit. Jangan main sambung ja. Dah tak tengok maklumat telefon pegawai ka? Ka sebelum ni tak pernah kerja operator.

Wednesday 6 April 2011

TAKUT

Hangpa pernah tengok orang main drum tak ?? kalau tak pernah tengok, pergi bunuh diri dengan terjun dalam lombong. Drum tau tak ??, kalau tak tahu juga, pergi duduk lorong paling kanan sekali kat highway utara selatan. kah kah.

Masa tu band ako dah lama dah, tadak la lama sangat pon, dalam setahun lebih macam tu. Alko tak tahu ada juga band metal macam band ako kat taiping tu. Genre depa ni lain sikit, tapi masih lagi dibawah naungan genre metal la, cuma moden sikit. Ada la 1 hari tu, band ako nak praktis untuk persediaan gig yang akan datang. Kami jamming la kat studio kawan ako, Rainhouse studio nama dia. Bila sampai tu, ako dengar ada orang tengah jam. Ako macam tak brapa faham, tapi ako tahu ini mesti band metal, pasai vokal dia ganas. Hat jenih2 growl ne.

Ako jumpa owner studio ni,

"Sapa jam ni san", ako tanya.

"Band adik yoi", ehsan merangkap owner studio jawab ringkas.

"Apa nama band ni", ako tanya lagi.

"Eyemore", ehsan jawab lagi punya ringkas. Babi punya ehsan, malas nak layan la tu.

Ako bergegas masuk dalam studio untuk melihat siapa ahli2 band tu. Ako tengok ada seorang budak tu muka macam yoi, "Yang tu la kot adik yoi" hatiku bersuara. Bila ako dengan line up band ako yang lain masuk, depa macam tercengang. Tiba2 macam menggelabah, juboq apa depa ni. Main ja nak takut apa, kami bukan makan orang. Terbit sikit bibit2 bongkak pasal band ako kat taiping ni sudah top, nak kata semua orang tahu, tak juga. Ramai la juga orang yang tahu.

Lama sikit depa sembang2, depa start jamming balik. Bila start ja, punya la bising. Gila babi punya drummer dia, ketuk drum macam nak bunuh orang. Kuat nak mampos, takut ako. Tak pernah ako tengok orang ketuk drum macam tu, Gila apa kojack ni. Nama drummer tu kojack, mana dia dapat nama tu ako tatau. Bila tanya dia cakap kojack ja. Ketuk drum tu macam nak bagi pecah, bongok punya kojack. kah kah kah.

Sebelum2 ni ako pernah la juga tengok orang main drum, tapi tadak la sampai macam tu. Tak tahu la pulak orang2 yang profesional main drum macam tu juga. Kalau ada pon, mungkin kat konsert2 atau persembahan yang gila2 babun punya ganas. Pasal ako tak pernah tengok konsert2 ni. Selalu dok tengok dalam dvd ja. 

Tapi lain macam permainan si kojack ni, nasib baik snare yang dia pakai tu, hak milik persendirian. Kalau hak milik studio, jenuh woo nak ganti skin snare tu. ahahaha. Bila dah lama kenal2, rupa2nya memang kojack main drum macam tu. Gila, kesian ako kat drum tu. hahaha. 

Tapi sekarang semua itu sudah menjadi kenangan. Pasal ahli2 band eyemore sekarang dah mat clubbing, dah tak metal macam dulu. Siang malam dok dof dof dof ja, tau tak apa dof dof dof tu??? bunyi bising kalu kat kelab malam macam tu la. Ako tatau pasal ako tak pernah pergi tempat2 macam tu, orang ja yang cerita kat ako. haha.







p/s : Kojack, jom jamming avenged sevenfold. Seize the day tengok macam mana, sangap lama tak jamming ne.

Tuesday 5 April 2011

HAK MILIK TERCIPTA

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, ako semakin kerap mendengar perkataan "GAMPANG". Ako tak tahu menahu sangat maksud dia ni, kalau nak tahu lebih lanjut, pergi la selidik kamus dewan bahasa, tadak masa ako nak cerita lebih detail. Rajin pulak ako nak buka buku tu.kah kah kah.

Yang ako tahu "GAMPANG" ni selalu didengar di kawasan2 negeri di perak sahaja. Kalau negeri lain ikut negeri masing2 lah. "GAMPANG" ni adalah perkatan caci makian yang akan dihamburkan kepada sesiapa sahaja atau pun apa2 sahaja apabila seseorang itu marah, atau pun emosi nya diluar kawalan. hahaha. Jadi sekiranya terdengar2 siapa2 yang menggunakan perkataan ini, maknanya ertinya adalah orang kena maki tu. kah kah kah.

Dan yang pasti lagi, orang yang menggunakan perkataan itu semestinya orang peghak. hehe. Ako pon orang perak, tapi kawasan ako dah kearah utara, dekat2 dengan parit buntar. Jadi kata caci makian tu lain sikit, seperti yang ako cakap, lain tempat lain perkataannya. ha. Lain cara makiannya, lain penyampaianyan, silap2 mungkin boleh bawa betumbuk ahahah. Padan muka.

Banyak tempat ako pergi, kalau jumpa orang perak, terdengar la juga orang gunakan perkataan "GAMPANG" ni. Jadi adakah perkataan ini boleh dianggap hak milik orang perak ???haaa..

Jadi, kesimpulan cerita2 diatas, GAMPANG apa maxis curi duit ako sampai habis. Pundek betul, dah nak kena topap lagi. Hantar mesej apa kebenda ntah, lepas tu sebat kredit ako. GAMPANG betul, dah kaya tu tak payah la nak curi duit ako lagi. Dah la waktu besdey ako tempoh hari, dia buleh buat2 line problem. Baik tak payah bagi call free . Jaga ang maxis, ako tukar pegi jenama yang lain. Padan muka. !!!

Monday 4 April 2011

PRIHATIN

Pagi tadi, ako pergi ke kantor dengan menumpang rakan sepejabat yang tinggal tidak jauh dari rumah ako. Kereta ako kat taiping lagi, pasal malas nak ambil balik. Jadi ako tumpanglah dia pergi kerja. Time hujan ako tumpanglah, kalau tak hujan ako naik mutu.

PRIHATIN.

Itu perkataan yang ako copkan kat orang2 malaysia ni termasuklah kat ako sendiri, pasal ako pun biasa buat benda sama, dah jadi macam lumrah. Tapi kalau ya pun nak prihatin tengok2lah tempat dan masa, ni time2 waktu puncak dan jalan tengah banyak kenderaan dia boleh bantai bawak laju2 pula. Nak pula ada eksiden kat lorong sebelah, moto ja pon, dan2 la slow kenderaan tu, duduk pula lorong kanan kan?. Cantik sangat lah abang2, kakak2 yang prihatin ni. Kalau lu slow kenderaan nak tolong, baguslah juga. Tapi jadahnya nak tolong, eksiden nya lorong lain, lu gelabah ayam apahal, Faking hell la. Tak pasal2 dah eksiden kat lorong lu, dan melibatkan awek comel ako.

Kesian kat dia, nasib baiklah 3 atau 5 minit selepas kejadian ako lalu kat kawasan tu. Menggeletar jugaklah badan dia, nama pon perempuan mestilah lemah lembut. Takan la lepas kena langgar tu dia boleh gelak2 pulak. Ako parking agak jauh kedepan, jalan kaki ke kawasan kemalangan. Ada 4 biji kereta dah bercium termasuk kereta awek comel ako. Prihatin punya pasal lah ni. haih.

Nasib baik ako jenis yang penyabar, kalau tak semua orang kat situ ako sapu. (fuh, bunyi macam kuat pulak). Dah eksiden pon lagi la bertambah2 jam. haih. Lagi nak slow , lagi nak tengok, lagi nak check . Faking hell kali ke2 lah. Pundek.

Kesimpulan cerita di atas :
Macam mana nak kikis benda macam ni hah? Kalau tak tolong, nanti benda jadi kat kita, orang tak tolong, tapi bila slow kenderaan, boleh pula mengundang bahaya kepada orang lain. Camna, camna?







p/s    : Kesian awek comel ako, tadak kenderaan nak pergi kerja. Takpe2, hero ada untuk menyelesaikan masalah itu. hik hik hik.

Sunday 3 April 2011

ANGSI TANPA SANGSI

ORBIT KATENYE

Penat, lutut longgar, letih, lapar, dahaga dan sikit kecewa, namun semangat ako dan semua ahli kumpulan orbit tidak pernah luntur dalam usaha untuk menawan puncak gunung angsi. Ibarat kata ketua ekspidisi , En Napi dari bpm " Saya kagum dengan spirit semua ahli2 kumpulan kita hari ini"


Namun begitu, masa begitu mencemburui usaha ako dan ahli2 yang lain untuk menawan gunung angsi itu.


Pukul 7.30 pagi, seramai 20 orang bergerak dari putrajaya menuju ke destinasi iaitu Gunung angsi yang terletak di Negeri Sembilan. 


Setelah selamat tiba dia kaki gunung, semua ahli2 menjamu selera di gerai yang berada disitu. Semua makan menu yang sama iaitu nasi lemak sebab senang nak order. Ali yang belajar di UPM serdang pun menyertai juga ekspidisi ni. Ali berasal dari IRAN. Shiok juga dok bersembang dengan ali.


Habis menjamu selera semua ahli2 bersiap sedia untuk memulakan aktiviti dengan sedikit ucapan dari en. napi dan bacaan doa dari wak.


Lebih kurang pukul 10 lebih, kami semua memulakan langkah untuk menawan gunung angsi. Sampai di check point yang pertama iaitu tangga batu, kami berhenti untuk mendengar ucapan dari en. napi.


Selepas itu, bermulalah ekspidisi kami yang tersilap arah. Kah kah kah.

Aduh, bukan nak menuding jari atau menyalahkan sesiapa, cuma kelalaian manusia menyebabkan kami tidak dapat menawan gunung angsi. Hampir 2 jam kami berjalan di laluan yang salah.



Patut lah tadak orang lalu selisih ataupun memintas kami di laluan tu, rupa2nya salah laluan. hahaha. adoiiiyaii..


En. napi dan wak yang berada di belakang sekali merangkap orang yang paling berpengetahuan dalam aktiviti ini, bergerak agak lambat dalam 5 minit, mengikut arah yang betul.


Sepatutnya, kami perlu menyeberang sungai untuk ke laluan yang betul, sebaliknya kami mengikut laluan yang salah dengan tidak menyeberangi sungai. Manalah kami tahu nak kena lintas sungai ka tak. Semua main ikut ja jalan. Pasal yang jalan kat depan sekali tu kata dia tahu. Dia pernah datang ke gunung angsi ni. Yang lain mana tau, dengan E siap 1st time pula nak panjat2 ni, siap bawa earphone dengan spek. kah kah kah. Dah balik baru fikir, awat la aku pegi bawa menatang ni. kah kah kah.


Nasib baik en. napi ada bagi tali kaler pink untuk membuat tanda bagi dia ikut, ataupun orang panggil back track ka track back ka apa ntah??. ahaha..betul atau tidak, aa itu kita tak tahu.


Hampir 2 jam kami tersilap arah, sebelum dikejar oleh En. napi dan wak. Kesian juga kat en.napi yang terpaksa mengejar kami. Jauh kot, gila apa. Thank You en.napi. hahaha. Kalau tak, kami sampai kat rembau.. Kah kah kah.


Setelah mengikut laluan yang betul, en.napi mengambil langkah keselamatan dengan menghentikan misi untuk menawan, dengan mengambil kira keadaan kakak2 yang agak keletihan, stress, dan exhausted, (betul tak ejaan?), serta tenaga yang semakin kurang. Ini kerana tenaga masih diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk turun ke bawah. Fuh,ayat, karangan SPM nih.


" Kita boleh sampai ke puncak, tapi kita agak turun dalam keadaan gelap, pasal sekarang dah pun petang, takut lambat sampai, saya faham kamu semua, nak naik atas, tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Jangan kecewa, nanti kita cuba lain. OK.??" kata2 en.napi selepas berbincang dengan ahli2 yang lain.



"Tenaga kamu banyak dah habis waktu kamu semua tersilap arah tadi, tapi saya fikirkan satisfaction kamu semua, saya cuba juga untuk membawa kamu semua ke puncak gunung angsi ini, tapi kita terpaksa juga hentikan usaha kita dengan memikiran keadaan ahli2 yang lain" kata2 en. napi.


" Benda ini yang mengajar kita dalam kehidupan, walau macam mana kita plan sekalipun, kita usaha gigih, kita buat persiapan rapi, kalau kata tak jadi, tak jadi jugak. Itu semua kuasa Yang Maha Esa."- ako suka kata2 en. napi yang ni.


Udah sampai kebawah, penat letih, badan berasap2 , ahaha. Ako berendam terus, tak tunggu dah. kah kah kah. Letih woo. Selepas solat maghrib dan mandi2 semua, semua ahli bergerak untuk pulang ke putrajaya. Sebelum keluar highway, singgah makan di kedai siam. Salam salaman apa dulu, kemudian bergerak ke putrajaya.


Sampai rumah, apa lagi TIDOQ la sampai lebam.










p/s     : Walaupun kecewa, ako tetap akan tawan gunung angsi tu, Bukan langsi, tapi ako nak rasa bila sampai kat puncak dia. Angsi, Lu tunggu.


p/s I   : E, beli kasut panjat gunung tau. Jangan pakai nike mahal. Kah kah kah. Dan jangan dok bawak spek masuk utan.


p/s II : Lain kali kena bawak parang, pakai kasut betul, seluar tebal sikit, dan baju hujan. Persediaan yang lebih rapi. Beringat2 sebelum terkena. Nasib baik tak sesat, cuma salah laluan.

Saturday 2 April 2011

JUJUR

Wahai abang2 atau brader2 yang menjawat jawatan pegawai awam, kita sebagai penjawat awam yang bekerja dengan kerajaan diseru untuk jujur, bersih, cekap dan amanah dalam menjalankan tugas.

Oleh itu, ingin saya ingatkan disini, dalam pada masa yang sama, saya mengingatkan diri saya sendiri untuk lebih cekap dan jujur dalam mengerjakan, membuat atau yang sewaktu dengannya dengan tugasan yang diberi.

Saya pohon kepada abang2 atau brader2 yang ditugaskan untuk memperbaiki sistem jalanraya dinegara kita yang indah ini.

Jangan lah bersikap tidak jujur dan amanah dalam tugasan yang diberikan.
aa.a.a.a.a..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s : Pundek, jalan berlubang2, rosak tayar motor ako. Lagi 1 boleh mengundang kecilakaan jalan raya deeeee. Mat2 motor dok elak lubang, silap2 boleh kena langgar brader. Tolong eh..tolong repair tau. Jujur sikit dengan tugasan tu. FAHAM KAN ??? Thank you !!!

p/s  I : Nak maki panjang2. Mata sudah mengantuk. Gu nite.