Wednesday 31 December 2014

END 2014

Tahun 2014 yang banyak ujian untuk rakyat Malaysia. Sekian !

Untuk renungan bersama. Mengapa musibah banyak berlaku !

Tuesday 19 August 2014

RAYA 2014

Bermula 28 Ramadhan 1435 bersamaan 26 Julai 2014 sampai 22 Syawal 1435 bersamaan 19 Ogos 2014 yakninya hari ini (Selasa) ! Diet , senaman semua tinggal habis. 1 apa pon tak buat. Makan makan dan makan. Open house, Jamuan sektor, unit, bahagian. Macam2 woi !.. Indah sungguh. 6.5 Kilogram naik. Tahniah !

Bai de wey !
Tahun ni beraya sebelah Isteri di Temerloh !
Nah gambo Raya 2014




SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA




Keluarga Zainal & Norliyati



Aiseh Kepsi dengan Pepsi lah ! Hihihi

Wednesday 13 August 2014

POWER



If You read this ! 

Yes YOU !

You have the power to change yourself !

Only YOU !


Monday 11 August 2014

BOIKOT

Hmm..

Semalam dengar ceramah ustaz kazim elias pasal boikot. Rasanya ceramah tu yang tahun bila punya tu, bukan yang baru punya. Rasanya isu boikot ni bukan baru, sebab dari dulu lagi kita pernah dengar laungan boikot-boikot ni.

Isu boikot sekarang ni tentang serangan puak serail ke atas palestin. Sedih tengok puak2 serail ni bom merata palestin. Semua tempat depa bom, tak kira dah. Alasannya ada himpunan tentera al-qassam. 

Berbalik kepada isu boikot yang dok ada kat malaysia ni. Katanya kena boikot barangan serail supaya dana tak dapat disalurkan kepada puak2 laknat untuk membeli barang2 ketenteraan. Ish, lawak tengok puak2 yang nak boikot barangan serail ni. Jenis yang beriye2.

Orang boikot, engkau nak boikot. Tapi tak guna otak. Pegi serang mekdonel , serang pekerja mekdonel, pecahkan cermin kereta ada sticker mekdonel, main2 oder kat drive thru mekdonel. Eeii..bodoh ! Gamaknya yang deme tahu, mekdonel aje yang salur dana kat serail sane kot ? eeii.. Goblok !!!

Itulah, orang suruh belajo kat sekolah, engkau sibuk nak menghisap rokok kat tandas ! Sibuk cari pakwe makwe nak tunjuk terer ! sibuk ponteng sekolah ! Kan dah benak hati tu ! Goblok ! Apelah yang dapat pegi serang mekdi tu. Haish.

Nombo 1 paling tinggi yang dok salur dana kat serail sana ialah Coca-Cola. 30 tahun Coca-cola sapot serail, siap dapat anugerah tertinggi oleh serail !..Lain kali cari dulu info ! Kenapa tak pegi serang kilang Coca-cola sana ? Sebab benak ! Yang tahu, mekdi. mekdi mekdi mekdi. Haish. Benak. ! Banyak betol tanda seru .!!!

Antaranya !



1. KokaKola
2. Mekdonel
3. Kentaki fraid ciken
4. Pepsi
5. Piza Hat
6. Nike

Ha !!!

Tu ada kedai fastfood lain. Kenapa tak pegi serang ? eh lupa ! sebab hati benak ! eh. malas nak taip dah. Boikot kepala hanggok hangpa !


ps : loghat campur2, perak ada, kedah ada, kl ada.

Tuesday 22 July 2014

DOA

Bulan 3 lepas, kapal terbang milik Malaysia Airlines, MH370 hilang dari radar. Hilang terus tak jumpa sampai sekarang. Semua pakat berdoa la. PrayforMH370. Berdoa dalam fesbuk dengan twiter la yang selalunya. Berdoa yang betul2 tak tahu la macam mana. Kalau berdoa betul tu, bagus la. Teruskan doa anda.


Minggu lepas 17/7/2014 , sebiji lagi kapal terbang milik Malaysia Airlines dilaporkan hilang dari radar. Yang ni jumpa, tapi dah hancuq kena tembak. Tudia ! kena tembak. Dah macam dalam game. Kat sempadan ukrain dengan rusia. Masing2 takmau mengaku sapa tembak. 289 orang mati. Komfom ! Pening kepala bero najib. Musibah berlaku dalam tahun yang sama. Usaha membawa balik mayat dan bukti kejadian sedang diusahakan. Semoga urusan semua berlaku dengan lancar. 


Dalam pada masa yang sama. Nun kat arab sana, Palestine tengah dok perang dengan rejim zionis. Puak2 laknat ni kata depa pertahankan diri. Defence kepala hangguk, bunuh wanita dan kanak2. Sebelum serangan besar - besaran, puak2 laknat ni buat serangan udara dulu. Lepas bom merata kawasan. Ngam2 MH17 kena tembak, depa pakat buat serangan besar - besaran di gaza. Laporan semalam lebih 500 orang dah meninggal dunia. Macam pelik jugak sama tarikh . Macam2 je kan ? Something fishy la kata mat salleh tu.

Sama2 lah kita berdoa kepada Yang Maha Esa agar umat islam di palestine berada dalam lindungan Allah S.W.T. Sedih tengok gambo kanak2 . Budak kecik tu apa tahu. Tengah main bola pon kena bom. Ish. Takpa, dah tertulis kot mana pon depa bukan boleh lawan kuasa Yang Maha Esa. Tanam pi la pokok ghorgod ka apa ntah . Kalau kuasa Allah depa nak lawan camna ye dok ! Tunggu ja pembalasan.

Semoga pejuang2 islam disana sentiasa didalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. 
Sama2 lah kita berdoa kepada Allah S.W.T.






PS : Gambo Kapal terbang yang sama. Cuma tukar MH sahaja. Sekian !

Wednesday 25 June 2014

BILA ?

Tahukah anda, di Malaysia, orang Malaysia kuat berhibur, semua lapisan masyarakt dah tembus, dari yang kecik sampailah yang tua kerepot nak mampus. Cuma hiburan untuk orang mati je belum lagi depa buat untuk mencari bintang. Bila mereka nak buat ?

Sekadar bertanya.

-Sokernet-

Wednesday 2 April 2014

PERIHAL INSURANS

.....( vibrate phone ring tone lagu Fall Out Boy - Beat It ). Nombor naik +03 27** ****.

aku  : Yellllowww !

op   : Hai selamat pagi encik. Boleh saye bercakap sebentar dengan encik ?

aku  : Sapa ni ?

op   : Betulkah ini encik muhammad faizal shah bin azman shah ?

aku  : Ye saye ! sapa ni ??

op   : Saye aishah dari syarikat insurans bla bla bla bla..boleh tak encik bercakap sebentar. 10 minit je !

aku  : ( Insurans ? )..aaaa..a..a... boleh cik. Tapi sekarang saye dalam gym ni. tengah bench press. Rugi masa walaupun 10 minit. Ini pun dah rugi 1 minit lebih cakap dengan cik. Lagipun saye tengah hold bar ni sebelah tangan. Sebelah lagi jawab call cik. Kang tak pasal2 muscle saye besar sebelah. Mana boleh cik, saye nak taff kedua2 belah lengan. Buruk la kalau besar sebelah je.Tak hemsem la raya nanti. Nak kena tempah baju raya lengah besar sebelah je. Buruk la kalau bergambar raya dengan keluarga. Dah la tahun ni saye beraya sebelah isteri saye. susah cik....

op   : Takpe la encik. Terima kasih.




* op - operator


Wednesday 12 March 2014

MISTERI

3, 4 hari ini, kecoh satu dunia dengan kehilangan kapal terbang milik Malaysia Airline #MH370. Macam2 pendapat dan ulasan dok ada. Yang buat lawak, yang copy paste ayat Al-Quran merata (entah betul entah tidak), yang buat dek pon ada, macam2 sungguh.
Misteri kehilangan masih belum terungkai. Ada kata jatuh dalam laut, ada kata unsur rampasan, ada kata kena sorok di alam bunian, ada yg kata sampai mongolia sana, ada yg kata patah balik sampai indonesia. Haish.

Bomoh pon datang tolong juga. Siap guna teropong hikmat. kahkah. Power pakcik teropong ni ! Haish.

Kesian kepada ahli keluarga mangsa. Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk kepada kita semua. Dan mungkin juga ini dugaan Allah S.W.T untuk kita fikirkan. Kenapa ? Bagaimana ? Siapa ? Di mana ?. 

Sama2 kita doakan keselamatan penumpang MH370.



* Mural hasil seni anak taiping. Lokasi pintu belakang zoo taiping. Power !

Thursday 27 February 2014

JANGAN MENYESAL

Berikut adalah senarai tertinggi perkara2 yang mungkin menyebabkan orang ramai menyesal untuk tidak melakukannya. Mungkin ! Faham tak ?.

1. Kurang melancong dan berjalan-jalan dikala masa terluang. Usia semakin meninggalkan kita. Kesibukan mengejar keutamaan selalu menjadi punca. Rajin2 lah mencari peluang untuk melancong.

2. Tidak belajar bahasa lain selain bahasa ibunda. Kadang2 rasa rugi bila kita dengar orang cina dan india bersembang sesama sendiri. Kita sepatah haram tak faham. Bila kita cakap, mereka besar kemungkinan akan faham.

3. Takut untuk mencuba sesuatu. Takut boleh merencat kebolehan atau keinginan kita. Jangan biarkan ia menjadi barah dalam diri kita.

4. Gagal menjadikan kesihatan sebagai kepentingan utama dalam kehidupan seharian. Nanti bila dah tua, baru sedar yang menjaga kesihatan sangat penting.

5. Mencari rezeki dalam keadaan terpaksa. Ya mungkin banyak tanggungjawab. Sewa, hutang, makan minum, bil itu ini, tapi kalau sanggup mungkin boleh teruskan. Ataupun mungkin boleh usaha dengan cara lain.

6. Tidak bersungguh2 masa zaman sekolah. Gred sangat penting. Tapi yang lebih penting ialah bagaimana cara nak applikasikannya dalam kehidupan selepas habis belajar.

7. Tidak sedar kecantikan dalam diri sendiri. Banyak definasi dalam kecantikan, tidak semestinya luaran sahaja.

8. Takut untuk mengucapkan "Saya sayang awak". Menyangi adalah pemberian yang sangat bermakna dalam diri kita, walaupun tidak dibalas.

9. Kurang mendengar nasihat dari orang lebih tua dari kita terutamanya ibu bapa.
 Mereka sudah semestinya banyak pengalaman. Rajin2 lah belajar dan mendengar nasihat mereka.

10. Membuang masa di zaman remaja dengan benda yang tak berfaedah. Ramai remaja yang tidak tahu diluar sana banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada membuang masa dengan benda2 yang tidak memberi manafaat.

11. Selalu sibuk dengan fikiran orang lain. Selalu sangat takut dengan kutukan orang lain. Yang ini selalunya orang perempuan. Heran sangat dia kalau orang tengok dia pakai tudung sama yg minggu lepas punya. !

12. Lambat membuat keputusan. Jangan takut untuk membuat keputusan. Nanti menyesal tak sudah.

13. Takut untuk berdiri diatas kaki sendiri. Jangan takut untuk menegakkan prinsip hidup sendiri.

14. Kurang menjaga gigi. Berus gigi selalu. Jangan menyesal bila kita kehilangan gigi akibat kecuaian sendiri.

15. Kerja dengan berlebihan. Sampai bawa balik ke rumah. Jangan sampai mengganggu kehidupan dirumah. 

16. Tidak belajar memasak dengan baik. Malas !

Elok sangat tu. Malas dah nak taip. Panjang sangat.




Wednesday 5 February 2014

"OBELISK"

Washington Obelisk

Merata dunia ada tiang ni.

Apa maksud tiang ni ?

Wednesday 29 January 2014

PERIHAL SALJI

Minggu lepas dengor cerite ade salji kat indonesia.

Bulan lepas salji turun kat mesir.

Bila la agaknya salji nak sampe ke malaysia ni ye ?

Tak sabo nye le.

Nak baling2 salji kat jiran tetangge !



Seronok beno pak arab dengan salji nye. Sampe tetonggeng ha.

Thursday 16 January 2014

TOPENG

Theodore Robert "Ted" Bundy

Muka hemsem. Tapi, pembunuh bersiri, perogol, penculik tahun 70an. Kebanyakan mangsanya perempuan dan kanak2. Mengaku bunuh 30 orang. Tapi orang syak dia bunuh lebih pada tu. 12 orang yang terakhir, semua kepala dia simpan, buat hiasan. Gila ! Cerdik, masuk macam2 universiti, tapi takda hati perut. Dia sendiri mengaku. "... i'm the most cold-hearted son of a bitch you'll ever meet." Hukuman mati kerusi eletrik.

John Wayne Gacy. Jr

Pembunuh bersiri dan perogol tahun 70an. Lebih dikenal sebagai "killer clown". Berpakaian seperti badut dan selalu offer diri untuk buat persembahan. Disyaki bunuh 33 orang. Itu yang telah dikenalpasti. Yang lain ada jugak tapi tak dapat dikenal pasti. Yang ni lain sikit, pasal semua mangsa adalah lelaki. Ya ! Lelaki !. Haha..Semua mayat tanam dekat area rumah. Tepi rumah, depan rumah dan belakang rumah. Gila ! Hukuman mati suntikan maut.

Edward Theodore "Ed" Gein

Pembunuh dan pencuri badan. Suka simpan organ2 badan. Gila juga pasal pernah masuk hospital gila. Mangsa tak dapat dikenalpasti berapa orang. Polis serbu rumah dia, jumpa 4 hidung, tulang temulang, topeng muka orang, mangkuk daripada tengkorak, 10 kepala wanita (atas kepala ada bekas gergaji), kerusi dibalut dengan kulit manusia, banyak lagi lah. Mengaku bunuh 30 orang, tapi polis syak lebih. Mati sebab lemah jantung semasa dalam tahanan.

Dennis Lynn Rader

Pembunuh bersiri tahun 70-90an. Dikenali sebagai "BTK Killer".(Bind, Torture, Kill). Gila ! Mangsa dikenalpasti seramai 10 orang. Tak kira tua muda dia hentam semua. Ikat dulu, seksa lepas tu baru bunuh. Pelik sikit sebab suka hantar surat dan gambar kepada polis. Siap gambarkan dan terangkan tentang pembunuhan. Last2 kena tangkap sebab surat jugak. Polis dapat kesan. Hidup lagi sampai sekarang. Hukuman penjara 175 tahun, kemungkinan tahun 2180 baru boleh keluar penjara.

Jeffrey Lionel Dahmer

Pembunuh bersiri dan pesalah laku seks. Dikenali sebagai "Milwaukee Canibal". Pelik jugak pasal semua mangsa lelaki. Gila jugak ! Jumlah mangsa 17 orang. Aktif tahun 80-90an. Kebanyakan mangsa terakhir agak kejam kerana ada unsur kanibal. Tahu ? tak tahu pergi gugle translate. Hukuman penjara seumur hidup. Sudahnya mati dalam penjara kena belasah atas sebab cubaan merogol rakan sebilik. Gila gay betoi !

Saja buat cerita pasal pembunuh bersiri pelik2. Kadang2 terpikir apalah yang berada dalam fikiran mereka2 ni sampai sanggup membunuh macam tu sekali.

Cara pembunuhan yang pelik. Adakah hanya untuk mencapai kepuasan diri sampai begitu sekali.? Bila melibatkan nyawa orang lain, sudah tentu ia dianggap diluar kotak fikiran waras manusia.

Mungkin mereka ini yang dikatakan Syaiton berTOPENGkan Manusia. 

Ye dok !

Monday 13 January 2014

"SCHEINERMANN"

Bukan nak tribute kat dia ka apa.

Cuma nak bagitau !

Buat jahat kat orang islam, cabut nyawa orang macam cabut nyawa nyamuk ja dibuatnya !

Kat dunia ja dah dapat dia punya seksa. Bayangkan la kalau kat akhirat sana.

Hidup tak boleh. Mati pon tak boleh. 8 Tahun !!!

Ya.. 8 Tahun ..lama wo ! 

Last2 mati hari sabtu haritu. 

Neraka paling power ja tempat mamat ni !

Sekian.



Monday 6 January 2014

TUKAR

Salam 1 Malaysia..

Tahun baru ni semua nak dibaharukannya !

Transformasi katanya !

Banyak nak tulis ni....


Tapi malas lagi !

Nanti2lah..