Thursday 31 March 2011

YAKIN BOLEH

Sebelum ako kerja tesco, berat badan ako 50 lebih. Setahun selepas kerja kat situ, berat naik mendadak sampai 60 lebih, dekat2 70 jugak lah.

Gila lah. Tengok dalam video waktu jamming kat peneng, dah macam sarung buah nangka. Gila gemuk. Time kerja ako makan, time makan pon lagi ako makan.

Baru2 ni, gagah la jugak pergi Gym 3,4 bulan. Nampak la jugak perubahan.

Lepas tu, berenti. Makan balik bnyk2. Bila tanya kat orang. Orang cakap badan berisi sikit daripada sebelum ni. Maknanya, ertinya ako berjaya menurunkan berat badan. keh keh keh.

Mulai hari ini. Target ako nak turunkan berat badan sehingga berat ako mencapai 60 kilogram. Lama dah dok target berat tu, cuma tak kesampaian. Nak jadi macam dulu2 50 kg lebih tu, tidak mungkin. Nanti orang cakap ako sakit pulak.

Jadi, dengan berbekalkan keazaman dan semangat padu yang jitu dari dalam diri ako, dan doa2 dari kalian(kalau ada yang baca), Semoga cita2 dan impian ako tercapai. Amin.

Wednesday 30 March 2011

FLAKE POISON

Tahun    : Awal-awal 2007
Tempat : Padang Bukit Mas

Masa tu ako dah terer sikit2 main gitar ni. Nak kata seorang profesional tu tadak la, tapi setakat nak cari lagu2 nak main2  ka, nak ajak pergi jamming ka, ako bulehkan saje. Tapi bukan pasal ako terer main gitar yang ako nak ceritakan nih. Ini pasal sejarah penubuhan salah 1 band metal kat pekan taiping ni. Nama band ni Flake Poison.

Petang tu ako ajak wan macam biasa pergi main bola kat padang bukit mas. Team bola kampung kelian pauh terpaksa menukar padang dari sekolah rendah King Edward ke padang bola taman bukit mas kerana cikgu besar dah tak bagi main kat padang tu lagi. Ako dulu main bola juga, tadak la terer sangat, bukan star pon, buleh la sikit2.

Waktu ni la ako kenal drummer ako, nama dia ABDUL HAFIZ. Ako panggil dia apis ja. Waktu main bola ni dia di posisi goal keeper. Ako kalau depan gol ni, ako gelabah sikit, kira nak rembat ja. Tengok plak gol keeper yang tangan panjang kebawah. Panjang kot tangan si apis ne.

Wan kenal si apis ni. Dia dah pernah sembang2 la dengan si apis ni. Malam tu, waktu lepak2 kat depan Pernama main gitar, dia cakap kat ako, ada seorang budak cari gitaris nak ajak jaming. Ako fikir cantik juga. Teringin juga nak pegang gitar eletrik, asyik2 dengan gitar kapok ja.

Esoknya selepas main bola wan ajak ako jumpa si apis ni.

Selepas berjabat tangan, apis tanya nama ako apa.

"Shah, tapi ang buleh panggil ako bandaq" ako jawab ringkas.

Dia tanya lagi, "Ang buleh main lagu apa "

Dalam hati ako cakap, gila dia ni, mesti terer main drum ni. Tanya soalan macam tu.

"Ang nak main lagu apa, bagitau ja, ako try la cari", ako cakap kat dia.

Lama dia fikir nak mai lagu apa, dia tnya lagi,

"Ang buleh main lagu greenday?whitestripe? dan seangkatan dengannya"

"Buleh, ako tao la juga lagu tu sikit2" ako jawab dengan konfiden.

"Cantik, nanti kita jam. Ang cari sapa2 buleh main bass. Ajak skali, nanti ako bagitau bila", apis macam memberi arahan sikit kat ako.

Dalam hati ako fikir, dasyat dia ni. Malam tu ako bagitau kat kucai, insan pertama yang ajar ako main gitar. Haha. Belajar main gitar kat bus stop kelian pauh tu. Belajar coding ja pun, basic tu, takan nak belajar solo terus kot.


bersambung..

Tuesday 29 March 2011

SIHAT

Ako ada seorang kawan. Nama dia Shafiq. Tapi orang dok panggil apit. Dia ni kerja polis. Tatau la macam mana dia buleh dapat keja polis. Dia ada band. Eyemore nama band dia. Nanti ako cerita lain pasal band dia.

Ada hari tu ako nak keluar dengan dia. Nak pergi kl, nak lepak-lepak. Katanya busan. Sampai kat rumah dia ako nak isi minyak. Ako malas nak masuk dalam flet dia. Ako mesej dia, ako cakap tunggu kat shell depan rumah dia. Dia cakap dia nak mandi la, apa la. Dia suruh juga datang masuk bawah flet dia. Ako menolak.

ako mesej dia,

" Woi ako ada kat bawah ne "

dia balas.

"Mai la bwh flet, ako nak mandi sat"

ako mesej lagi.

"Tadak2, malas. Ang mai turun, kita kena sahut cabaran perdana menteri kita. 1 Malaysia Sihat Semua. Ang jangan malas sangat"

dia reply

"Nenek ang"

Last2 dia datang kat shell jalan kaki. Padan muka dia. Dok buat smart apa tatau.


p/s : Mana punya slogan ako rembat. Main letak ja, haha.

LAMBAT

Cerita pasal pemanduan berhemah, ako bukan seorang penyabar. Pemanduan kenderaan berbumbung di waktu pagi atau waktu puncak memerlukan tahap kesabaran yang gengster. Jadi amat jauh skali dengan tahap kesabaran ako yang tidak seberapa.

Dengan bas sekolah, teksi, van, tu belum campur lagi dengan lori tanah, lori simen yang driver gengster tanak bagi laluan kepada kenderaan yang agak kecil. Trafic light yang lampu hijau menyala 10 saat berbanding lampu merah yang menyala hampir 10 minit. Itu sangat menguji kesabaran.

Gila apa nak drive keta jalan jem macam tu. Berkati-kati caci makian yang ako keluarkan pagi-pagi. Sapa yang kena, a itu kite tak tahu.

Macam mana org lain bule sabar drive dengan keadaan macam tu ?

Terpaksa atau suka ?

Ataupun tiada perasaan macam terminator tu.

Naik kereta jalan jem, tapi kalau hujan, selamat. Naik motor boleh selit-selit dan cilok-cilok, tapi kalau hujan, tak brapa best sangat, pasal kena cari tempat berteduh. Nak naik kenderaan awam, komfom la sendat macam tin sardin, dengan foreign yang tak reti beli perfume atau pakai ubat ketiak lagi. Wo, tak sanggup nak menanggung tu woi. Nak jalan kaki, office agak jauh, mungkin boleh hilang akal kalau nak jalan kaki ke office tu.

Jadi macam mana penyelesaian ???

Berbalik pada tajuk mula-mula tadi. Ako nak maki sebenarnya. Gampang la, haram jadah betul kereta yang banyak pagi-pagi. Bila tengok naik sorang-sorang. Tumpang la kawan-kawan ka. Pundek betul. Menyusahkan ako. Ako nak guna jalan pagi tadi kejap ja pun. Ako nak guna hari ni ja. Esok-esok hangpa guna la banyak mana pun. Pundek betul. Dah lambat ako hari nih.




p/s : Naik keta awek comei, nak kena ambil dia, pasai keta sendiri kat kampung.

Monday 28 March 2011

PENGERTIAN

Kalau dulu-dulu org taip mesej untuk bahasakan diri mesti menggunakan aku, gua, den, teman, mike (oghang peghak), kawe. Bahasanya mestilah mengikut negeri masing-masing dan sesedap tangan untuk menulis.

Tapi pada 1 hari tu, ako dapat mesej dari kawan ako, nama dia fendi aka bassist untuk band flake poison.

Dia tulis woi..."ako" ada kat rumah yap. Mula-mula ako tak dapat trace apa kebenda yang dia tulis ni. Ingatkan nak main-main ka apa ka. Kot2 la ako mustapha datang rumah yap. Tapi..apa ada kat rumah yap tu. Pokok besaq ada la. keh keh keh.

Petang tu ako pegi jumpa dia. Dia bagitau kat ako dia dah lama guna perkataan "ako" untuk bahasakan diri. Dan ako pon terikut-ikut. Last2 ako pon guna perkataan "ako" tu. Macam best ja. Dan sampai sekarang ako masih lagi guna perkataan "ako" tu. haha.

Monday 7 March 2011

RUNGSING

Haduihh..esok dah nak pegi Genting..kurusus..


barang tak kemas lagi..


haduihh..haduihh...


Abeh kursus balik kmpg..


pegi kenduri membe2 kahwin..


ramai pulak tu yang kahwin..


6 kenduri..mana 1 ako nak pegi neh...
.
.
.
.
Rungsing...

Saturday 5 March 2011

SEHARI SELEPAS BESDEY

: Hehehehe..dulu dok shiok baca blog org...skang macam nak try buat buloq sendri lah..

 bule???...lambat pon biaq la..nama pon gua(tepengaruh blog org) punya blog..suka hati la..

 nak apa pon...
.
.
.
.
.
.
.
Sekian..