Tuesday 22 July 2014

DOA

Bulan 3 lepas, kapal terbang milik Malaysia Airlines, MH370 hilang dari radar. Hilang terus tak jumpa sampai sekarang. Semua pakat berdoa la. PrayforMH370. Berdoa dalam fesbuk dengan twiter la yang selalunya. Berdoa yang betul2 tak tahu la macam mana. Kalau berdoa betul tu, bagus la. Teruskan doa anda.


Minggu lepas 17/7/2014 , sebiji lagi kapal terbang milik Malaysia Airlines dilaporkan hilang dari radar. Yang ni jumpa, tapi dah hancuq kena tembak. Tudia ! kena tembak. Dah macam dalam game. Kat sempadan ukrain dengan rusia. Masing2 takmau mengaku sapa tembak. 289 orang mati. Komfom ! Pening kepala bero najib. Musibah berlaku dalam tahun yang sama. Usaha membawa balik mayat dan bukti kejadian sedang diusahakan. Semoga urusan semua berlaku dengan lancar. 


Dalam pada masa yang sama. Nun kat arab sana, Palestine tengah dok perang dengan rejim zionis. Puak2 laknat ni kata depa pertahankan diri. Defence kepala hangguk, bunuh wanita dan kanak2. Sebelum serangan besar - besaran, puak2 laknat ni buat serangan udara dulu. Lepas bom merata kawasan. Ngam2 MH17 kena tembak, depa pakat buat serangan besar - besaran di gaza. Laporan semalam lebih 500 orang dah meninggal dunia. Macam pelik jugak sama tarikh . Macam2 je kan ? Something fishy la kata mat salleh tu.

Sama2 lah kita berdoa kepada Yang Maha Esa agar umat islam di palestine berada dalam lindungan Allah S.W.T. Sedih tengok gambo kanak2 . Budak kecik tu apa tahu. Tengah main bola pon kena bom. Ish. Takpa, dah tertulis kot mana pon depa bukan boleh lawan kuasa Yang Maha Esa. Tanam pi la pokok ghorgod ka apa ntah . Kalau kuasa Allah depa nak lawan camna ye dok ! Tunggu ja pembalasan.

Semoga pejuang2 islam disana sentiasa didalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. 
Sama2 lah kita berdoa kepada Allah S.W.T.






PS : Gambo Kapal terbang yang sama. Cuma tukar MH sahaja. Sekian !