Wednesday 29 January 2014

PERIHAL SALJI

Minggu lepas dengor cerite ade salji kat indonesia.

Bulan lepas salji turun kat mesir.

Bila la agaknya salji nak sampe ke malaysia ni ye ?

Tak sabo nye le.

Nak baling2 salji kat jiran tetangge !



Seronok beno pak arab dengan salji nye. Sampe tetonggeng ha.

Thursday 16 January 2014

TOPENG

Theodore Robert "Ted" Bundy

Muka hemsem. Tapi, pembunuh bersiri, perogol, penculik tahun 70an. Kebanyakan mangsanya perempuan dan kanak2. Mengaku bunuh 30 orang. Tapi orang syak dia bunuh lebih pada tu. 12 orang yang terakhir, semua kepala dia simpan, buat hiasan. Gila ! Cerdik, masuk macam2 universiti, tapi takda hati perut. Dia sendiri mengaku. "... i'm the most cold-hearted son of a bitch you'll ever meet." Hukuman mati kerusi eletrik.

John Wayne Gacy. Jr

Pembunuh bersiri dan perogol tahun 70an. Lebih dikenal sebagai "killer clown". Berpakaian seperti badut dan selalu offer diri untuk buat persembahan. Disyaki bunuh 33 orang. Itu yang telah dikenalpasti. Yang lain ada jugak tapi tak dapat dikenal pasti. Yang ni lain sikit, pasal semua mangsa adalah lelaki. Ya ! Lelaki !. Haha..Semua mayat tanam dekat area rumah. Tepi rumah, depan rumah dan belakang rumah. Gila ! Hukuman mati suntikan maut.

Edward Theodore "Ed" Gein

Pembunuh dan pencuri badan. Suka simpan organ2 badan. Gila juga pasal pernah masuk hospital gila. Mangsa tak dapat dikenalpasti berapa orang. Polis serbu rumah dia, jumpa 4 hidung, tulang temulang, topeng muka orang, mangkuk daripada tengkorak, 10 kepala wanita (atas kepala ada bekas gergaji), kerusi dibalut dengan kulit manusia, banyak lagi lah. Mengaku bunuh 30 orang, tapi polis syak lebih. Mati sebab lemah jantung semasa dalam tahanan.

Dennis Lynn Rader

Pembunuh bersiri tahun 70-90an. Dikenali sebagai "BTK Killer".(Bind, Torture, Kill). Gila ! Mangsa dikenalpasti seramai 10 orang. Tak kira tua muda dia hentam semua. Ikat dulu, seksa lepas tu baru bunuh. Pelik sikit sebab suka hantar surat dan gambar kepada polis. Siap gambarkan dan terangkan tentang pembunuhan. Last2 kena tangkap sebab surat jugak. Polis dapat kesan. Hidup lagi sampai sekarang. Hukuman penjara 175 tahun, kemungkinan tahun 2180 baru boleh keluar penjara.

Jeffrey Lionel Dahmer

Pembunuh bersiri dan pesalah laku seks. Dikenali sebagai "Milwaukee Canibal". Pelik jugak pasal semua mangsa lelaki. Gila jugak ! Jumlah mangsa 17 orang. Aktif tahun 80-90an. Kebanyakan mangsa terakhir agak kejam kerana ada unsur kanibal. Tahu ? tak tahu pergi gugle translate. Hukuman penjara seumur hidup. Sudahnya mati dalam penjara kena belasah atas sebab cubaan merogol rakan sebilik. Gila gay betoi !

Saja buat cerita pasal pembunuh bersiri pelik2. Kadang2 terpikir apalah yang berada dalam fikiran mereka2 ni sampai sanggup membunuh macam tu sekali.

Cara pembunuhan yang pelik. Adakah hanya untuk mencapai kepuasan diri sampai begitu sekali.? Bila melibatkan nyawa orang lain, sudah tentu ia dianggap diluar kotak fikiran waras manusia.

Mungkin mereka ini yang dikatakan Syaiton berTOPENGkan Manusia. 

Ye dok !

Monday 13 January 2014

"SCHEINERMANN"

Bukan nak tribute kat dia ka apa.

Cuma nak bagitau !

Buat jahat kat orang islam, cabut nyawa orang macam cabut nyawa nyamuk ja dibuatnya !

Kat dunia ja dah dapat dia punya seksa. Bayangkan la kalau kat akhirat sana.

Hidup tak boleh. Mati pon tak boleh. 8 Tahun !!!

Ya.. 8 Tahun ..lama wo ! 

Last2 mati hari sabtu haritu. 

Neraka paling power ja tempat mamat ni !

Sekian.



Monday 6 January 2014

TUKAR

Salam 1 Malaysia..

Tahun baru ni semua nak dibaharukannya !

Transformasi katanya !

Banyak nak tulis ni....


Tapi malas lagi !

Nanti2lah..