Wednesday 2 April 2014

PERIHAL INSURANS

.....( vibrate phone ring tone lagu Fall Out Boy - Beat It ). Nombor naik +03 27** ****.

aku  : Yellllowww !

op   : Hai selamat pagi encik. Boleh saye bercakap sebentar dengan encik ?

aku  : Sapa ni ?

op   : Betulkah ini encik muhammad faizal shah bin azman shah ?

aku  : Ye saye ! sapa ni ??

op   : Saye aishah dari syarikat insurans bla bla bla bla..boleh tak encik bercakap sebentar. 10 minit je !

aku  : ( Insurans ? )..aaaa..a..a... boleh cik. Tapi sekarang saye dalam gym ni. tengah bench press. Rugi masa walaupun 10 minit. Ini pun dah rugi 1 minit lebih cakap dengan cik. Lagipun saye tengah hold bar ni sebelah tangan. Sebelah lagi jawab call cik. Kang tak pasal2 muscle saye besar sebelah. Mana boleh cik, saye nak taff kedua2 belah lengan. Buruk la kalau besar sebelah je.Tak hemsem la raya nanti. Nak kena tempah baju raya lengah besar sebelah je. Buruk la kalau bergambar raya dengan keluarga. Dah la tahun ni saye beraya sebelah isteri saye. susah cik....

op   : Takpe la encik. Terima kasih.




* op - operator