Showing posts with label Flake Poison. Show all posts
Showing posts with label Flake Poison. Show all posts

Wednesday, 10 June 2015

SPIRIT



Black Label
In The Absence of The Sacred
The Subtle Arts of Murder & Persuasion



Ruin
As The Palaces Burn
11th Hour
Vigil


Laid To Rest
Hourglass
Now You've Got Something to Die For
The Faded Line
Omerta
Blood Of The Scribe
What Ive Become
Ashes Of The Wake


Walk With Me In Hell
Again We Rise
Redneck
Pathetic
Descending
Blacken The Cursed Sun
Forgotten


In Your Word
Set to Fail
Grace
Dead Seeds
Reclamation



Desolation
Ghost Walking
King Me



512

Kalau jumpa aku, bawa gitar. Semua senarai lagu diatas aku boleh main. Tapi tak berapa nak sama, 95% mungkin. Kalau nak sama, dengaq cd. Jangan bnyk bunyi..

Aku tak peduli peduli lirik dia, apa semua life mereka. Yang aku peduli, semangat setiakawan mereka dan juga idea muzik mereka. 

Mereka masih top 1 dalam list band yg aku suka.

Sedikit sebanyak benda positif tu turun pada lineup band aku. Suddenly, i miss my friend.

Sekian.

ps : Sekarang tengah stim lagu 512, nak stim tu, buka youtube, dengor !

Friday, 14 October 2011

KEGEMILANGAN

Tadi, tengah belek2 gambar kat facebook rakan2 pejuang. Terlihat gambar2 band yang berada di taiping. Punyalah banyak band yang tercipta, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi banyak juga yang sudah r.i.p. Mungkin juga tak boleh nak bagi komitmen, disebabkan majoritinya banyak budak2 sekolah.


Budak2 sekarang semua cerdik2. Masuk Universiti merata2, bila dah belajar ni, komitmen mungkin dah jatuh ke tahap paling rendah. Bagi yang kuat dengan semangat, mungkin band masih ada dan bergerak, tetapi dalam keadaan yang agak lembab.




                                                              Zaman Kegemilangan 

Gila rindu kat band ako. Dulu sebelum bekerjaya, punyalah aktif nak mampus main muzik ni. Bangun pagi main gitar, petang main gitar, malam main gitar. Balik dari lepak malam pon main lagi gitar. Kira dasyatlah time tu.Sampaikan bapak ako sound, "hang tak payah makan, hang makan gitar tu". Keh keh keh.


Sekarang ni, ahahahha.a..hanya ketawa yang mampu ako lakukan. Gitar tergantung di dinding. Hubungan akrab yang ako jalinkan dengan gitar tu dulu, sudah renggang. Mungkin dalam keadaan bahaya. Kerana ako ada berniat ingin menjual gitar tu.


Tetapi disebabkan minat ako terhadap muzik sangat mendalam, ako simpankan sahaja niat tu. Itulah satu2 nya gitar yang ako ada, dan yang ako beli.kehkeh.



                                                        Design Lama (Sendiri Bikin)
 

                                                 Design Terkini (Sendiri Bikin Juga)


Tapi sekarang agak susah untuk berkarya. Kerana masing2 sudah mempunyai kerjaya. Mengejar kehidupan yang lebih elok dari yang biasa. Nak kejar kehidupan yang sempurna, agak susah. Pasal dulu sekolah malas nak tahap gaban . Sekarang tanggung la. Padan Muka. kehkehkeh.






p/s : Sangap nak main gig. Sangap nak jaming. !!!

Sunday, 12 June 2011

FLAKE POISON 3


Klik SINI untuk mendengar lagu.

Dari kiri :

Muhammad Faizal Shah (Bandaq)
Lead / Rythm Guitar

Mohd Hafizi (Fizi)
Rythm / Lead Guitar

Muhammad Firdaus (Busop)
Vokalis

Mohd Hafiz (Apis)
Drummer

Ahmad Effendi (Fendi)
Bassist

                                                                

Sunday, 17 April 2011

FLAKE POISON 2

Dextromethorphan. Tau tak apa menatang tu?. Haha. Ni la nama asal band ako sebelum bertukar menjadi Flake Poison.


Sebelum bertukar menjadi Flake Poison, kami menggunakan nama dextromethorphan ni. Nama  ni pun kami dapat setelah ako dengan fendi (bassist) bincang pasal siaran tv Majalah 3. Episod pada malam tu ada melibatkan tajuk pasal sejenis ubat batuk kering. Ubat ni banyak disalahgunakan oleh remaja2 masa kini. Sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak, seseorang itu akan berdengung. kah kah kah. Tau tak berdengung?? pening2 macam orang mabuk tu. haha.


1st gig yang kami main ialah di taiping. Masa tu gig yang dianjurkan oleh kawan kami juga bertempat di studio wan renjong yang terletak di kamunting sebelah dengan A&W yang lama. Tapi sekarang ni studio tu dah arwah, sama la dengan A&W tu pun. kah kah. Tempat A&W tu sekarang menjadi tempat menjual kereta.


Waktu gig ni lah ako dan lineup Flake Poison yang lain merasakan nama asal band kami ni panjang sangat. Pasal sebelum kami perform tu, pengacara untuk gig itu tidak tahu untuk menyebut nama band kami. kah kah kah. Last2 dia cakap Dextro ja, pasal susah sangat nak sebut. Siap bagitau lagi "Apasal la hangpa ni bubuh nama band panjang2, lepas tu susah pulak nak sebut ". Kah kah kah. Daripada kejadian itu, ako memikirkan untuk menukar nama band kami kepada yang lebih pendek dan senang disebut. ahaha.. lawak2.


Ada 1 malam tu, tengah lepak2 kat warung assalamualaikum. Kami 1 band dengan ramai budak2 assam kumbang rancak dok sembang2 pasal muzik dan gosip2 semasa. Dalam geng kami ni, ada lagi 1 side nak buat band juga. Band ganas katanya, Sidek dengan Zul penang pelopornya. Depa ni seronok2 ja buat band ni pun, tidak lah seserius seperti band kami yang mahu berjaya di dalam industri underground di malaysia ni.


Tengah2 dok rancak sembang tu, sidek bersuara.


"Kita kena letak nama band kita ni ganas sikit, aa.a.a...korn dah ada. Jadi kita bubuh Flake. Kira ok la tu..kira macam cornflake. Kita ambil flake sudah."


"Nak lagi ganas kita letak poison kat belakang. Macam mana??, sedap sikit. FLAKE POISON. baru ganas." Zul penang memberi idea kepada sidek.


Selepas 2 @ 3 gig kami main. Ako memutuskan untuk menggunakan nama FLAKE POISON. Dan perbincangan diadakan dengan Sidek serta Zul penang. Pasal nama band tu depa yang punya. Akhirnya mereka bersetuju untuk membenarkan kami menggunakan nama FLAKE POISON sampailah sekarang.


"Pakai ja, haha kami bukan serius pun. Nanti dah famous nanti jangan lupa pengasas nama FLAKE POISON sudah. kah kah kah" kata2 sidek kepada ako.











Wednesday, 30 March 2011

FLAKE POISON

Tahun    : Awal-awal 2007
Tempat : Padang Bukit Mas

Masa tu ako dah terer sikit2 main gitar ni. Nak kata seorang profesional tu tadak la, tapi setakat nak cari lagu2 nak main2  ka, nak ajak pergi jamming ka, ako bulehkan saje. Tapi bukan pasal ako terer main gitar yang ako nak ceritakan nih. Ini pasal sejarah penubuhan salah 1 band metal kat pekan taiping ni. Nama band ni Flake Poison.

Petang tu ako ajak wan macam biasa pergi main bola kat padang bukit mas. Team bola kampung kelian pauh terpaksa menukar padang dari sekolah rendah King Edward ke padang bola taman bukit mas kerana cikgu besar dah tak bagi main kat padang tu lagi. Ako dulu main bola juga, tadak la terer sangat, bukan star pon, buleh la sikit2.

Waktu ni la ako kenal drummer ako, nama dia ABDUL HAFIZ. Ako panggil dia apis ja. Waktu main bola ni dia di posisi goal keeper. Ako kalau depan gol ni, ako gelabah sikit, kira nak rembat ja. Tengok plak gol keeper yang tangan panjang kebawah. Panjang kot tangan si apis ne.

Wan kenal si apis ni. Dia dah pernah sembang2 la dengan si apis ni. Malam tu, waktu lepak2 kat depan Pernama main gitar, dia cakap kat ako, ada seorang budak cari gitaris nak ajak jaming. Ako fikir cantik juga. Teringin juga nak pegang gitar eletrik, asyik2 dengan gitar kapok ja.

Esoknya selepas main bola wan ajak ako jumpa si apis ni.

Selepas berjabat tangan, apis tanya nama ako apa.

"Shah, tapi ang buleh panggil ako bandaq" ako jawab ringkas.

Dia tanya lagi, "Ang buleh main lagu apa "

Dalam hati ako cakap, gila dia ni, mesti terer main drum ni. Tanya soalan macam tu.

"Ang nak main lagu apa, bagitau ja, ako try la cari", ako cakap kat dia.

Lama dia fikir nak mai lagu apa, dia tnya lagi,

"Ang buleh main lagu greenday?whitestripe? dan seangkatan dengannya"

"Buleh, ako tao la juga lagu tu sikit2" ako jawab dengan konfiden.

"Cantik, nanti kita jam. Ang cari sapa2 buleh main bass. Ajak skali, nanti ako bagitau bila", apis macam memberi arahan sikit kat ako.

Dalam hati ako fikir, dasyat dia ni. Malam tu ako bagitau kat kucai, insan pertama yang ajar ako main gitar. Haha. Belajar main gitar kat bus stop kelian pauh tu. Belajar coding ja pun, basic tu, takan nak belajar solo terus kot.


bersambung..