Thursday 29 December 2011

MUHAMAD FIRDAUS BIN YUSUF (BUSOP)



MUHAMAD FIRDAUS BIN YUSOF
14 Julai 1989 - 29 Disember 2011   




: Farewell Busop.. ako halalkan makan minum dan hutang hang dengan ako..ako doakan semoga roh hang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan2 orang yang mukmin oleh ALLAH S.W.T..

Segala memori yang kita lalui bersama dalam Flake Poison akan ako simpan dalam ingatan ako busop. Dengan pemergian hang mengadap ilahi, ako dah kurang kawan yang boleh layan ako merapu2 dalam gig. Merapu2 dalam FB, hilang kawan yang kuat gelak sama2.

Terkedu tak tahu nak tulis apa dah,

Al-fatihah untuk sahabat ku.. BUSOP !!!

Monday 19 December 2011

KONSERT FENOMENA 30 TAHUN



Hari sabtu baru baru ni , ako pergi ke MINES CONVENTION untuk menyaksikan konsert search fenomena 30 tahun. Awek ako dapat tiket percuma daripada bapa sedara beliau. Jadi beliau mengajak ako pergi ke konsert memandangkan tiket yang diberi cuma 2 keping aja. keh keh. Dapat goodies t-shirt selai (design sama dengan gambar diatas), sebungkus kacang, sebotol kecik pencuci muka garnier, aiskrim dengan air teh o ais lipton (boleh ambil dan minum sampai muntah)

Konsert start pukul 830, tapi dalam tiket pukul 5 dah boleh masuk. Ako tahu kalau masuk awal2 ni, jadah apa search main petang2. ye dok. Mesti la ada band lain yang opening kan.

Boleh tahan jugaklah dia punya ramai. Sebelum masuk macam2 jenis pakaian ako tengok, rock la katakan. Seluar koyak sana sini, baju hitam lambang tengkorak, jaket tempek sana tempek sini, kehkeh. Barulah true rocknya.

Yang hadir kebanyakkannya boleh dikategorikan sebagai pakcik2. Budak2 muda zaman sekarang mana lah nak minat lagu rock dulu2 nih. Banyak pengaruh k-pop ja, menyampah ako.

Ako masuk dalam pukul 6 macam tu, waktu tu band pesawat tengah membuat persembahan. Diselangselikan dengan lawak dari pak lawak Johan Mak jemah. Bongok dia ni, lawak merapu2 dengan perut boroi dia tuh. kahkah.

Sebelum Seacrh membuat persembahan, opening untuk malam tu ialah band KOFFIN KANSER. Band lama dari utara ni sangat power, rambut aru dah macam tali tarzan ako tengok. Walaupun umur dia sebaya dengan bapak ako, tapi dia tetap macam tu, Soul la tu kot. Orang2 seni ni memang kuat soul. Lagu yang dibawak lagu lama2.

Awek ako cakap lagu depa semua sama ja, jerit2 pon sama. Tak penat ka main lagu macam tu. Tengok rambut pon macam menakutkan ja. Adeh, nak explain kat dia pun macam susah. Jiwa orang lagu2 metal ni memang macam ni. Jenis yang true memang macam ni.

Search masuk dimulai dengan Yazid, Kid, Din, Nasir dan Amy masuk lewat2 sikit. Biasalah vokal. Ako paling pelik rambut kid. Dia ni macam tak brapa nak update tak update pon ada ako tengok, rambut nak letak kaler apa pon tatau. Macam2 kaler dia letak. Mungkin juga dia rabun warna, tu yang bubuh macam2 tu kot. kahkahkah.

Selepas dengar lagu Isabella, ako ambil keputusan untuk pulang, memandangkan waktu pun dah lewat malam. Ditambah pulak dengan ada brader2 mana ntah, dok buat seronok dalam dewan tu. Sebaya2 dengan bapak sedara ako ada la kot, dalam lingkungan 40 tahun macam tu. Dok menari2 menyanyi kuat2 , dok tunjuk power nyanyi semua lagu search. Kalau sedap takpa la jugak. Ni jerit ja lebih. Rimas dah ako. Yang search pon 1, lambat pulak nak mainkan lagu pawana. Ako nak tunggu lagu tu ja la pon. Lambat sangat, balik ja. Senang.

Dah la ako bawak anak dara orang, karang tak pasal2 kena hentak belipat dengan orang tua beliau. en? Sebelum balik, singgah makan pekena roti nan sekeping dua. Pastu cabut.

Lagi 1, tempat asalnya nak buat kat padang astaka petaling jaya. Setelah di brain storm kembali, tempat ditukar ke MINES CONVENTION memandangkan pendapat semua pihak yang berbincang sama iaitu memikirkan keadaan peminat sekiranya hujan pasal sekarang musim tengkujuh. ye dok. TQ pihak2 brain storm.