Thursday 27 June 2019

ANGIN BARU

Setelah menabur bakti hampir 10 tahun, hampir la. 9 tahun 4 bulan sebetulnya. Memikirkan cerita baru perlu di lalui dan terikat "pusingan kerja" dan "belajar perkara baru". Akhirnya ku turutkan jua. 

Sejujurnya, sedih untuk tinggalkan kehidupan, "pergi kerja sekali,makan sekali," tapi sampai bila nak bersama. Hujungnya, terpisah roh dan jasad, tetap tinggalkan juga.

Ngam dihari penerimaan gaji bagi penjawat awam, aku melaporkan diri di tempat baru. Angin baru, Persekitaran Kerja Baru, Kenalan baru, Baru baru belaka.

Selamat Maju Jaya (Itu yang banyak diucapkan)

Semoga dipermudahkan urusan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (2009-2019)
Kem Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (2019-....)