Sunday 21 August 2011

JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN

1 - Time2 raya tersangatlah ramai umat2 manusia yang pergi ke sana. Apa benda yang Tunku Abdul Rahman buat kat situ sampai ramai sangat pergi sana bila tiba musim perayaan. Gaji ka, tak gaji ka ramai serupa tu jugak.

2 - Jual barang makan ikut yang mana buleh ja. Janji dijual, beli bola2 cucuk tu, ada nuget 4 hari lepas, dia goreng balik bubuh tepung banyak sikit. Tahu la bulan ni ramai cakap boleh cari rezeki lebih, janganlah sampai membahayakan orang lain. Beli air tin, Nescafe dengan Ice Lemon Tea. Rm5 ringgit. Gampang.
 
3 - Yang dok beli ramai orang melayu, Yang jual barang2 (terutama pakaian) semuanya pendatang2 asing, kaya depa. Bising ja lebih, radio nak pasang kuat2, lagi nak cakap kuat2, siap guna mikrofon, apa pon tak dengaq. Pelaq.

4 - Tuan2 empunya paking kereta, senyum lebaq. Boh 10 singgit sejam pon InsyaAllah orang akan masuk. Kena kat ako, masuk 7 petang keluaq 10 malam. Rm 10.50. Haih.

5 - Masuk jalan belakang yang jual macam2 tu, nak jalan pon tak buleh. Yang dok bawak anak pakai kereta sorang budak tu, Yang dok jumpa kawan2 lama tengah2 jalan siap buleh sembang tanya anak berapa, dengan orang yang tak mengenal reti busuk atau wangi, berhimpit2, Yang meniaga tepekik telolong bising, jualannya tak seberapa pun. Pelaq.

6 -  Singgah nak beli kerongsang, ada 2 orang jaga. Seorang tidoq siaq dengkoq, sorang lagi setail mat rempit. Harga kerongsang Rm29, mintak kurang Rm25, Geleng kepala. Minta kurang Rm27, Hangguk ja. Pelaq apa meniaga macam tu. Bisu ka apa ???Ramai sangat ka yang datang tanya harga ?? Pelaq.

7 - Niat nak beli baju melayu, t, shirt sehelai. Bajet pon ala kadar ja, kira ngam2 lebih sikit. Baju melayu dapat. T-Shirt pon dapat. Tapi tergatai tangan beli bantal bubuh kat dalam kereta. Jadah apa. Susah betul nak menjaga nafsu membeli nih.

8 - Jalan2 kat sogo, kat dalam dah macam sarang semut baru lepas kena attack. Semua dok kembang biji mata. Sale sana, sale sini. Kat luaq, punyalah ramai yang dok berbuka puasa depan sogo tu. Duduk bawah tu ramai2, dah macam perkelahan tepi pantai plak. Haih. Sanggup tu. Kalau la sanggup tu dibawak pergi ke masjid. Alhamdulillah.

9 - Harap2 jalan lain buat macam Jalan Tunku Abdul Rahman. Baru ada persaingan. Kalau tak, asyik dia ja nak sebat time2 raya, Kaya la macam tu. Bagi la kaya tu kat jalan lain sama.
Damn !!!



p/s : Lutut lenguh, kepala pening, Tapi, nasib baik ada orang belanja makan. Hilang sakit..hehe.. Thank You.

Monday 8 August 2011

PUASA

Minggu lepas bos ako ada bagi info mengenai jenis2 puasa. Jenis2 puasa yang diceritakan oleh bos ako bukanlah jenis yang sangat detail. Cuma tahap puasa seseorang manusia sekarang ni. Nak cerita panjang pon payah, jadi pilihlah jenis atau tahap mana seseorang itu berpuasa.


Tahap 1 - Jenis yang faham, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek hidung, tak boleh kentut dalam air, tak boleh korek telinga, tak boleh muntah. Semua benda itu tak boleh dilakukan di siang hari. Malam hari boleh.


Tahap 2 - Jenis puasa semua, puasa makan, minum, mulut, telinga, mata, dan pancaindera yang lain. Tidak melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa, mengumpat ka, menipu ka, melihat benda yang tak sepatutnya ka, mendengar benda2 yang tak elok ka, kira macam tu lah. Nak detail sangat pon tak reti. Ok?


Tahap 3- Jenis puasa yang bersungguh. Meraikan ramadhan, dengan berniat untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Bersungguh2 melakukan ibadat dengan penuh ikhlas untuk diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T.


Jadi berpandukan tahap2 puasa diatas, dimanakah tahap anda ? kah kah. Itu soalan yang ditanya oleh bos ako kepada semua pegawai. Tadak la dia pergi tanya seorang2. Gila apa, banyak lagi kerja yang dia boleh buat. Jangan munafik sangat. Maksudnya, tepuk dada tanya selera.


Pendapat bos ako, kita sebagai manusia yang sudah baligh dan yang dah boleh berfikir dengan baik, seharusnya berpuasa di tahap yang ke 2. Kita tak sepatutnya berpuasa di tahap 1, kerana tahap 1 adalah hanya untuk kanak2 yang baru belajar berpuasa. Itu yang bos ako cakap la.


Tapi betol juga, takkan la kita yang sihat dan yang dah boleh jadi ayah dan ibu ni, nak berpuasa ditahap 1 lagi. Ye dok ?? Sepatutnya tahap 1 ni untuk anak2 kecil atau pun budak2 sekolah rendah. Tapi waktu ako kecil dulu, darjah 1 pun dah kena puasa. Mana ada boleh tinggal2. Tapi tatau la budak2 sekarang macam mana. kah kah.


Sekiranya kita boleh capai tahap 3, bermakna, Alhamdulillah. Bagus. Ye la, sendiri buat sendiri dapat, takkan la kita buat orang lain dapat. Kan ? huh. Malas nak taip dah.


Tahap manakah kita ??

Friday 5 August 2011

RAMADHAN

Dah lama dah tak merepek kat sini. Sebelum itu, ako nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada Seluruh umat islam di pelusuk dunia. Semoga amalan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.


Banyak benda nak tulis, nanti2 lah tulis. Kerja menimbun.