Thursday 29 December 2011

MUHAMAD FIRDAUS BIN YUSUF (BUSOP)



MUHAMAD FIRDAUS BIN YUSOF
14 Julai 1989 - 29 Disember 2011   




: Farewell Busop.. ako halalkan makan minum dan hutang hang dengan ako..ako doakan semoga roh hang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan2 orang yang mukmin oleh ALLAH S.W.T..

Segala memori yang kita lalui bersama dalam Flake Poison akan ako simpan dalam ingatan ako busop. Dengan pemergian hang mengadap ilahi, ako dah kurang kawan yang boleh layan ako merapu2 dalam gig. Merapu2 dalam FB, hilang kawan yang kuat gelak sama2.

Terkedu tak tahu nak tulis apa dah,

Al-fatihah untuk sahabat ku.. BUSOP !!!

Monday 19 December 2011

KONSERT FENOMENA 30 TAHUN



Hari sabtu baru baru ni , ako pergi ke MINES CONVENTION untuk menyaksikan konsert search fenomena 30 tahun. Awek ako dapat tiket percuma daripada bapa sedara beliau. Jadi beliau mengajak ako pergi ke konsert memandangkan tiket yang diberi cuma 2 keping aja. keh keh. Dapat goodies t-shirt selai (design sama dengan gambar diatas), sebungkus kacang, sebotol kecik pencuci muka garnier, aiskrim dengan air teh o ais lipton (boleh ambil dan minum sampai muntah)

Konsert start pukul 830, tapi dalam tiket pukul 5 dah boleh masuk. Ako tahu kalau masuk awal2 ni, jadah apa search main petang2. ye dok. Mesti la ada band lain yang opening kan.

Boleh tahan jugaklah dia punya ramai. Sebelum masuk macam2 jenis pakaian ako tengok, rock la katakan. Seluar koyak sana sini, baju hitam lambang tengkorak, jaket tempek sana tempek sini, kehkeh. Barulah true rocknya.

Yang hadir kebanyakkannya boleh dikategorikan sebagai pakcik2. Budak2 muda zaman sekarang mana lah nak minat lagu rock dulu2 nih. Banyak pengaruh k-pop ja, menyampah ako.

Ako masuk dalam pukul 6 macam tu, waktu tu band pesawat tengah membuat persembahan. Diselangselikan dengan lawak dari pak lawak Johan Mak jemah. Bongok dia ni, lawak merapu2 dengan perut boroi dia tuh. kahkah.

Sebelum Seacrh membuat persembahan, opening untuk malam tu ialah band KOFFIN KANSER. Band lama dari utara ni sangat power, rambut aru dah macam tali tarzan ako tengok. Walaupun umur dia sebaya dengan bapak ako, tapi dia tetap macam tu, Soul la tu kot. Orang2 seni ni memang kuat soul. Lagu yang dibawak lagu lama2.

Awek ako cakap lagu depa semua sama ja, jerit2 pon sama. Tak penat ka main lagu macam tu. Tengok rambut pon macam menakutkan ja. Adeh, nak explain kat dia pun macam susah. Jiwa orang lagu2 metal ni memang macam ni. Jenis yang true memang macam ni.

Search masuk dimulai dengan Yazid, Kid, Din, Nasir dan Amy masuk lewat2 sikit. Biasalah vokal. Ako paling pelik rambut kid. Dia ni macam tak brapa nak update tak update pon ada ako tengok, rambut nak letak kaler apa pon tatau. Macam2 kaler dia letak. Mungkin juga dia rabun warna, tu yang bubuh macam2 tu kot. kahkahkah.

Selepas dengar lagu Isabella, ako ambil keputusan untuk pulang, memandangkan waktu pun dah lewat malam. Ditambah pulak dengan ada brader2 mana ntah, dok buat seronok dalam dewan tu. Sebaya2 dengan bapak sedara ako ada la kot, dalam lingkungan 40 tahun macam tu. Dok menari2 menyanyi kuat2 , dok tunjuk power nyanyi semua lagu search. Kalau sedap takpa la jugak. Ni jerit ja lebih. Rimas dah ako. Yang search pon 1, lambat pulak nak mainkan lagu pawana. Ako nak tunggu lagu tu ja la pon. Lambat sangat, balik ja. Senang.

Dah la ako bawak anak dara orang, karang tak pasal2 kena hentak belipat dengan orang tua beliau. en? Sebelum balik, singgah makan pekena roti nan sekeping dua. Pastu cabut.

Lagi 1, tempat asalnya nak buat kat padang astaka petaling jaya. Setelah di brain storm kembali, tempat ditukar ke MINES CONVENTION memandangkan pendapat semua pihak yang berbincang sama iaitu memikirkan keadaan peminat sekiranya hujan pasal sekarang musim tengkujuh. ye dok. TQ pihak2 brain storm.

Tuesday 29 November 2011

MENCARI RINGGIT KER SYURGA

MENCARI RINGGIT KE SYURGA
MAYAT BAYI DISANGKA PATUNG, TERSANGKUT DALAM SUNGAI - meloya
KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.
Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya.


NOTA:
kalau ini berlaku di negara kapir
negara dimana rakyat nya banyak makan babi
negara di mana rakyatnya minum wine dan beer
negara dimana rakyatnya tak sembahyang

maka

akan gempar negara kapir ini
berhari hari akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berminggu minggu akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini
berbulan bulan akan dibincangkan makna dan tanda kejadian ini

agamawan akan berbincang
paderi akan berbincang
gulungan akademia akan berbincang
sosiolok akan berbincang
ibu bapa akan berbincang

seluruh masyarakat kapir yang makan babi ini
akan berbincang untuk mengetahui kenapa ini berlaku
bukan untuk menyalahkan sesiapa
tetapi untuk memereksa diri
apakah mereka telah menjalankan kewajipan sebagai insan
kapir kapir ini akan memereksa diri

tetapi

dalam negara islam kita ini
yang hari hari berbuih buih cakap hal islam
yang hari hari tak ada certia lain melainkan agama
berita macam ini muncul dan hilang
warga terlalu asik untuk menunjukkan kesucian masing masing
warga terlalu sibuk menabur ayat ayat suci
warga terlalu sibuk untuk membukti agama aku lebih baik dari agama kamu
warga terlalu sibuk dengan dna babi

mayat bayi dalam jamban
mayat bayi dalam beg motosikal
mayat bayi tepi jalan
mayat bayi dalam kebun
mayat bayi dalam tong sampah

berita berita ini kerap muncul
kita taidak terusik lagi
kita tidak terguris hati
kita tiadak merasa sedih
kiat buat buat tak tahu
kita salahkan orang lain

kita telah lali

kita terlalu sibuk menyediakan tempat disyurga
sehinggakan kita lupa yang kita wujud di dunia

berita ini mucul dan hilang
tanpa mencuit nilai kita
kerana kita terlalu islam
kerana kita terlalu suci

politikus sibuk dengan kempen cari undi
ngo sibuk dengan hak asasi
akedemia sibuk nak jadi tnc
polis sibuk tangkap anak muda saing dan pagi

yakinlah berita ini akan mati bagitu saja
jawi akan terus dengan halal haramnya
jais akan terus dengan penangkapan khalwatnya
semua akan sibuk kerana melayu nak murtad

dan kita semua sibuk mencari pahala
dan kita semua sibuk mengumpul harta

inilah hakikatnya
malapetaka yang telah menimpa negara ini
semenjak 31 ogos 1957

Oleh Hisham Rais
15 Ogos 2011

Thursday 24 November 2011

FAREWELL BOS !

14/11/2011 telah menjadi tarikh kuatkuasa peralihan dan pertukaran dalaman bos2 di dalam jabatan ako. Ini membabitkan bos ako, iaitu En.Fairuz. Sedih jugak nih.

Seminggu dua ini, ako banyak mengelamun, nak buat kerja pon macam mahu tak mahu ja. Hati macam tak senang nak buat kerja. Dengan kerja menimbun2 tak siap, dok tangguh2. Facebook lahanat pon sama juga jadi punca banyak kerja dok tangguh ni.

Selama 2 tahun ako kerja, dan selama 2 tahun juga ako berkhidmat di bawah seliaan En.Fairuz. Banyak sudah ilmu yang diajarnya kepada ako.

Banyak pengalaman bersama dia, kena marah tu banyak kali. Biasalah tu, kalau tak kena marah, bila nak pandainya. ye dok. Sekarang dia berada di unit lain, sementara menunggu untuk sambung belajar.

Pagi semalam ako bangun lambat, ako msj dia bagitau lambat sampai. Dia msj, lepas ni kena maklumkan kepada bos baru. Adeh, dok rasa macam dia bos ako lagi. Padahal dia dah tak jadi bos ako dah. kahkah. Dah terbiasa.

Haihh. Nak tulis pon tadak mood dah.

Terima Kasih diatas segala ilmu dan tunjuk ajar.

Thank You Very Much.

Monday 17 October 2011

LORI

Apasal semua driver lori besar2 nak bawa lori macam gengster a ?? Tau la bawa lori besar, tapi ingat lah sama pemandu2 kenderaan yang kecil2.

Jangan nak gengster sangat. Kl ni malik punya, tapi shark nak sangat. Kang kalau gua report kat malik baru lu orang sedar sapa lagi besar !!!.

Jadi.

Kesimpulannya.

Pemandu Lori + Lori Besaq = MADEFAKER !!!

Friday 14 October 2011

KEGEMILANGAN

Tadi, tengah belek2 gambar kat facebook rakan2 pejuang. Terlihat gambar2 band yang berada di taiping. Punyalah banyak band yang tercipta, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi banyak juga yang sudah r.i.p. Mungkin juga tak boleh nak bagi komitmen, disebabkan majoritinya banyak budak2 sekolah.


Budak2 sekarang semua cerdik2. Masuk Universiti merata2, bila dah belajar ni, komitmen mungkin dah jatuh ke tahap paling rendah. Bagi yang kuat dengan semangat, mungkin band masih ada dan bergerak, tetapi dalam keadaan yang agak lembab.




                                                              Zaman Kegemilangan 

Gila rindu kat band ako. Dulu sebelum bekerjaya, punyalah aktif nak mampus main muzik ni. Bangun pagi main gitar, petang main gitar, malam main gitar. Balik dari lepak malam pon main lagi gitar. Kira dasyatlah time tu.Sampaikan bapak ako sound, "hang tak payah makan, hang makan gitar tu". Keh keh keh.


Sekarang ni, ahahahha.a..hanya ketawa yang mampu ako lakukan. Gitar tergantung di dinding. Hubungan akrab yang ako jalinkan dengan gitar tu dulu, sudah renggang. Mungkin dalam keadaan bahaya. Kerana ako ada berniat ingin menjual gitar tu.


Tetapi disebabkan minat ako terhadap muzik sangat mendalam, ako simpankan sahaja niat tu. Itulah satu2 nya gitar yang ako ada, dan yang ako beli.kehkeh.



                                                        Design Lama (Sendiri Bikin)
 

                                                 Design Terkini (Sendiri Bikin Juga)


Tapi sekarang agak susah untuk berkarya. Kerana masing2 sudah mempunyai kerjaya. Mengejar kehidupan yang lebih elok dari yang biasa. Nak kejar kehidupan yang sempurna, agak susah. Pasal dulu sekolah malas nak tahap gaban . Sekarang tanggung la. Padan Muka. kehkehkeh.






p/s : Sangap nak main gig. Sangap nak jaming. !!!

Wednesday 12 October 2011

DUGAAN

Bermacam2 betul dugaan yang datang. Harap2 ako boleh bersabar dengan dugaan yang datang menimpa keatas diriku ini.

Nak buat benda2 baik ni. Ada ja setan2 yang dilaknat datang untuk menyesatkan. Setan betul. Biasalah tu, nama pon setan. Udah kiamat nanti baru la dia mati, ye dok ??

Harap2 ako tabah menghadapi dugaan, dan semoga Allah S.W.T melindungi ako dari setan yang direjam. !!!

Thursday 6 October 2011

PMR

Pagi semalam, semasa dalam perjalanan ke pejabat, awek ako pasang radio Hot.fm. Fara fauzana ada bercakap selamat menjawab kepada semua pelajar2 sekolah yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, PMR. Teringat pulak zaman2 ako sekolah dulu. keh keh.

Tingkatan 1, ako masih termanggu2 mencari rakan di sekolah, pasal bapak ako transfer ako dari sekolah kat kampung, ke sekolah kat pekan. Pekan tak besar mana pon, pekan taiping tu ja lah. Ako teringin nak masuk dan belajar di SMKE, tapi bapak ako tak bagi, pasal dia kata kat sekolah tu banyak pondan. Dia takut nanti ako kawan dengan pondan.huh.

Tingkatan 2, ako dah ramai kawan, jadi bila dah ramai kawan niat nak belajar tu memang hilang entah ke mana. Tahun ni, ako baru mula belajar bermain komputer. Gila lambat, pasal komputer kat sekolah apa pon tak buleh. Harapkan game kurung bola bodoh tu ja, dakpon game susun kad. Jadah apa. Waktu ni ako mula berjinak2 dengan CC.

Tiap2 hari balik sekolah mesti singgah. Masa tu sejam 2 ringgit. Pedulik hapa mahal ka murah, janji dapat main. Ruangan sembang paling power masa tu Mirc dengan Yahoo Messenger, game pulak,Fifa 97, Red Alert, Counter Strike, Halflife dan banyak lah lagi. Tak ingat dah.

Oleh kerana ako seorang yang sangat kuat bermain game, bak kata orang Gamers. Ako telah menjadikan CC tu sekolah ke2 ako. kah kah. Bayangkan kalau dalam setahun tu ada 300 kehadiran ke sekolah. Ako cuma hadir ke sekolah 150 hari ja. Gila gampang punya ponteng, tempat ako kat  CC ja lah. Hackers nama cc tu. Dah R.I.P dah pon cc tu. Dengan kehadiran ako yang sangat pelaq tu, buku latihan ako nipis2 ja yang diruangan menulis. Buku orang lain tebal2, siap lekat sampai 2 buku, 3 buku. kah kah.

Tingkatan 3 ako jadi lagi power, pasal baru belajar main gitar. Dia punya kehadiran ke sekolah lagi tahap dewa2 punya. Cikgu2 banyak tak kenal ako, pasal seminggu kadang2, dua hari ja ako ada kat sekolah. Semangat belajar main gitar ni lain macam, hari2 nak kena pasang cd, dengar lagu dan cari. Baru buleh jadi terer macam Kirk hammert. Fuh.

Kerja kursus ?? apa benda semua tu mana pedulik, janji lepas puas main game. Sudahnya time Periksa apa pon tak ble jawab. Jawab dengan berpandukan ilmu yang cikgu ajar bila ako ada kat sekolah. kah kah. Orang lain jawab berjela2. Ako jawab 2,3 kerat ja. Selebihnya tidoq.kah kah.

Bila keluar result, tengok slip. C,D,C,D,C,D,C,D. kah kah kah. Gila bangang tahap apa nih. Dalam hati, mampus ako, balik karang mesti kena jek dengan bapak ako nih. Balik dari ambil result, singgah dulu CC, pekena game sepam dua baru balik. Slip simpan dalam beg.

Sampai rumah buat muka dekk ja. Mak tanya, senyum, adik tanya senyum, tapi bila bapak tanya, muka ketat. Keluar slip bagi kat bapak. Bapak geleng kepala, dia cakap " Tengok anak hang ni ton, dapat CD CD CD CD, tu lah, dok rajin dengaq cd, main gitar,belajaq tamau, esok besaq nak jadi apa?, taktau lah. lantak lah kat dia"..kehkeh.. Slamber je bapak ako sound macam tu. Adik ako gelak tebahak2, mak ako geleng kepala.

Haih, dulu orang suruh belajar, main2. Takmao dengar cakap langsung. Ha, sekarang ?? padan muka, tanggung sendiri. Orang lain kerja hebat2, hang kerja la kerani. Jangan merungut, Orang nasihat takmao dengar. kan. ??

Tuesday 4 October 2011

DIET

Mulai hari ini, ako akan cuba tidak makan nasi. Buleh ka ?? Sebelum2 ni buleh ja, tadak hal lah. Benda kecik ja.

Ada ka patut, nak bet dengan ako, kalau sapa kurus dulu, dia menang. Jadi yang kalah kena bayar RM300. Macam mana ? Set ? Dia ingat ako apa. Come on la. Ni bandaq lah.

Dah pernah turun berat badan, ini nak turun lagi. Tadak hal lah. Small the pieces.

So, mulai hari ini, makan kuih muih ja. Dakpon makan bihun2 atau kuey tiaw2 atau apa sahaja. Selain Nasi. keh keh.

YAKIN BOLEH..

MALAYSIA BOLEH !!!

SATUUUUU !!!! (Buat mulut Pak najib)




p/s : Semoga impian badan ketak2 tercapai.

Monday 3 October 2011

FAST 5


1.  Jalan cerita ok.

2. Dia kumpul semua balik, dari Fast And Furious 1 sampai nmbor 4.

3. Tak banyak race, ada pon 1 ja.

4. Dah macam cerita The Italian Job. Banyak cari idea nak merompak.

5. Van Diesel dah gemuk, jadi macam dah tak smart.

6. Ako tak tengok kat wayang, pasal macam2 jenis kekangan. Jadi dowload ja. Hail to the thief. keh keh.

7. Macam nak ada sambungan lagi ja. Rasa2 sampai nombor 10 kot. keh keh.







p/s : Download yang Bluray la. Mana main yang Dvd2 ni. Come on !!!

BAJET 2012

1. Kecoh dah kata nak buat sistem baru. Nak naikkan gaji kakitangan kerajaan.

2. Orang swasta dengki, macam2 dah dicakap. Itu ini, kerja kerajaan goyang kaki.

3. Nak selaraskan gaji pasal, negara Malaysia negara maju.


Buat masa ni, 3 ni ja yang ako tahu. Yang lain malas ambil port.


1. Kalau ada, Alhamdulillah. Buleh simpan duit sikit. Almaklumlah nak membina masjid. kehkeh.

2. Bengang !! Malas nak cerita panjang dengan perangai2 Typical Melayu nih..puii..

3. Memang patut, pasal gaji pekerja kedai mamak lagi tinggi dari gaji ako. Mana buleh macam ni.



p/s : Kesimpulan semua benda ni, yang kaya akan semakin kaya. Yang miskin tekais2 untuk meneruskan perjuangan hidup. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Semuanya, Hak ALLAH S.W.T.

Friday 30 September 2011

RAJIN2 DI HUJUNG MINGGU

Gila lah, punya lah lama nak tunggu internet ok, kat ofis tak buleh nak update gambaq. Pelaq tatau pasal apa. kah kah.


Hari ni saja nak cerita pasal benda2 makan. keh keh. Ako ni seorang yang pemalas nak masak, tapi kadang2 datang rajin tu, macam2 jugak la ako masak. Rajin la jugak ako merayap2 kat blog rakan2. Mencari resipi2, tapi cari ja la. Nak buatnya belum tentu lagi.


Terima kasih kepada CIKARITOT, pasal tiba2 ako teringin nak buat menatang yang dia buat. Benda senang nak buat, tu yang buat tu. Kalau susah, maknanya gudbye lah. kah kah kah.




                                             Menatang ni SEBELUM






                                                      
                                            Ni la menatang tu SELEPAS 






Benda mak nenek ni senang ja nak buat, nak tengok resipi, pegi tekan kat link Cikaritot tu. Ako malas nak tulis. keh keh keh. By the way. Thank You ya ITOT !!!.




p/s    : Lepas ni lagi macam2 resipi ako nak test.


p/s 1 : Budak rumah ako bagi A+ de. Keh keh . Lepas ni buleh buka kedai makan.

SINGKAP

Hari ni nak merepek pasal cinta. kah kah. Semua orang pun bercinta, macam2 jenis. Tapi yang paling penting. Kita wajib Cinta kepada Allah S.W.T. Alah, bukan nak merepek sangat pon. Cuma nak singkap kembali. keh keh.

Time ako sekolah rendah lagi dah pandai nak bercinta. Paling awal, darjah 2. Ini tatau nak letak cinta monyet ka, atau cinta beruk. kah kah. Ako ingat lagi nama budak tu, Nurbaiti. Siap buat surat cinta, nak hantar last2 kantoi dengan ustaz. Ustaz pulak boleh slamber kadak baca depan kelas. Arwah dah pun ustaz tu.

Lepas Nurbaiti pindah, ako ada minat sorang budak, anak taukeh kedai runcit. Rushda nama dia. Punyala payah nak ejas. Dia ni jenis berlagak sikit, biasalah anak taukeh. Eksen nak mampos. Dari darjah 3 sampai darjah 6, ako mengorat. Tak dapat2, padahal 1 kelas ja pon. Tapi bukan ako sorang ja nak ejas budak tu, ramai lagi nak ejas. Hot2 la katakan, padahal, eksen palabut. keh keh. 

Masuk sekolah menengah, ako masih teringat kat Rushda. Tapi takpala, mungkin bukan jodoh ako dengan dia. Bila dah masuk alam remaja menengah ni, lagi la rancak dia punya feel nak cari awek. keh keh. Nak hat comei2 ja. peliaq sungguh. Tingkatan 2 ako ada kapel dengan sorang anak orang kaya, nama dia Farah. Kaya nak mampos, tapi bukan dia la, bapak dia yang kaya. Dia siap bagi kat ako 3310. Fuh time tu kalau 3310 tu kira power tu. Sudahnya ako buang hf tu pasal gaduh dengan dia. Dia playgirl tahan gaban. Gampang. Masa kapel dengan ako, dia dah ada 3 boyfren.

Masuk form 3, ako ada minat sorang budak ni. Nama dia Wan Alifah. Fuh, yang ni sejarah yang paling lama nak ako nak mengurat. Punyalah seksa tahan gaban z. Ramai yang cakap muka ako macam dia, jadi tersentap la di hati, mungkin ada jodoh. keh keh. Gila apa sekolah tak habis lagi, dah gatal nak fikir2 pasal kahwin. Mau kena tendang dengan bapak ako. Macam2 jenis serangan yang ako guna untuk takel dia nih, gila abaq ang. Sampai Form 6. Memang nak ejas dia ja. Tapi apakan daya. Dia seorang yang sangat keras hati, dan eksen nak mampos. Sudah nya dia kahwin dengan pegawai polis. Semoga dia bahagia hingga ke akhir hayat.

Tapi dalam pada waktu yang sama, ada seorang budak admire kat ako. Dalam senyap2 dia perhatikan gerak geri ako. Fuh, rasa macam artis pon ada sikit. Memandangkan ako ni jenis yang tak kisah, tapi kisah jugak sebenarnya. Ako pon kapel la dengan dia, atas usaha orang lain. Bukan usaha dia sendiri. keh keh. Nama dia Nazratul Ain. Lama ako kawan dengan dia ni, dari form 6 (lower) sampai tahun berapa ntah. Dah tak engat. Yang ni pon reject, pasal buleh berkasih2 dengan orang lain. Gampang, padahal kapel dengan ako, tapi buleh berkasih2an dan bermanja2an dengan orang lain. Sikit ja lagi ako nak kahwin dengan dia, tapi disebabkan perangainya yang tak dijangka. Jadi ako reject. Padan muka dia.

Last sekali, ako kapel dengan budak ofis ako, keh keh. Rezeki ako dapat kerja dengan kerajaan, jatuh pada tarikh 20.10.2009 bersamaan tarikh ako melapor diri di pejabat kerajaan. Awal2 lagi ako dah pasang niat nak cari awek kat tempat kerja. kah kah. Gila lah. Setelah melapor diri di jabatan, awal2 ako dah nampak 1 awek cun. keh keh. Terus simpan dendam dalam hati, dia ni ako mesti ngurat punya sampai dapat. Tapi kalau dia dah ada boyfren. Ako tak kacau, prinsip ako, ako jenis tak kacau hat orang punya. Pasal menda2 macam ni nanti jadi balik kat kita. hahha. Nama dia Fairuzeeta. Sekarang dah jadi awek ako. keh keh. Susah nak mengejas dia ni. Mahal la jugak dia jual. Tapi dah jadi awek ako. Dah ada la perancangan sikit nak membina masjid. Tapi masjid mahal sangat. Jadi pelan2 kayuh.

Kira bagus jugalah ako ni. Ako bukan lah kategori playboy, pasal ako jenis yang setia kat 1. Tapi yang 1 tu tak setia kat ako, jenis nak ramai2. Gampang betul. Tak padan dengan perempuan. Kalau lelaki jahat main kayu 34, takpa ako buleh terima pasal nama pon lelaki, gatal dia lebih. Tapi kalau perempuan main kayu 1434324. Ako tak berapa buleh nak terima. Gila gampang. !!!

Monday 19 September 2011

PARKING

Semenjak dua menjak ni, paking kat ofis ako ni agak sesak. Bukan agak, memang dah sesak dah pon. Sesak dia buleh pegi tahap gampang kuasa 3. Gila gampang punya sesak.

Yang dok blok keta orang punya la ramai, ako jarang2 bawak kereta pergi kerja. Selalu naik moto ja, teringin juga datang ofis naik kereta. Jadah apa kalau dah hujan pon nak naik moto. Sesekali nak juga merasa dengar lagu dalam kereta tatkala melayan jam pagi2.

Tapi bila sampai ofis, nak paking pon macam haram. Yang duduk dalam paking lot tu takpalah. Ni yang blok kereta orang tu jenis yang gampang punya, tak tinggal nombor telefon. Gila babi apa ?? huh.

Orang pernah tnya kat bahagian2 yang dok upgrade2 kat kompleks kerajaan ni. Tanak buat paking bertingkat ke ?? Tak nak. Katanya nak kekalkan kehijauan dan keharmonian. Harmonian palabut apa ?? Penuh ja memanjang. Katanya lagi, kami ada sediakan paking , tapi kalau paking kat situ, kena naik bas pergi pejabat. Kepala jadah apa nak buat kerja 3,4 kali, dah paking pastu nak naik bas pulak.

Malas lah dah nak maki2. Kerja menimbun. Sambung buat kerja lagi bagus.

SEKIAN.

Friday 9 September 2011

INTERNET LEMAH

Banyak benda nak diupdate. Tetapi keadaan internet yang sangat pelaq tidak mengizinkan ako untuk mengupload benda2 best.

Terima Kasih PELAQ !!!

Sunday 21 August 2011

JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN

1 - Time2 raya tersangatlah ramai umat2 manusia yang pergi ke sana. Apa benda yang Tunku Abdul Rahman buat kat situ sampai ramai sangat pergi sana bila tiba musim perayaan. Gaji ka, tak gaji ka ramai serupa tu jugak.

2 - Jual barang makan ikut yang mana buleh ja. Janji dijual, beli bola2 cucuk tu, ada nuget 4 hari lepas, dia goreng balik bubuh tepung banyak sikit. Tahu la bulan ni ramai cakap boleh cari rezeki lebih, janganlah sampai membahayakan orang lain. Beli air tin, Nescafe dengan Ice Lemon Tea. Rm5 ringgit. Gampang.
 
3 - Yang dok beli ramai orang melayu, Yang jual barang2 (terutama pakaian) semuanya pendatang2 asing, kaya depa. Bising ja lebih, radio nak pasang kuat2, lagi nak cakap kuat2, siap guna mikrofon, apa pon tak dengaq. Pelaq.

4 - Tuan2 empunya paking kereta, senyum lebaq. Boh 10 singgit sejam pon InsyaAllah orang akan masuk. Kena kat ako, masuk 7 petang keluaq 10 malam. Rm 10.50. Haih.

5 - Masuk jalan belakang yang jual macam2 tu, nak jalan pon tak buleh. Yang dok bawak anak pakai kereta sorang budak tu, Yang dok jumpa kawan2 lama tengah2 jalan siap buleh sembang tanya anak berapa, dengan orang yang tak mengenal reti busuk atau wangi, berhimpit2, Yang meniaga tepekik telolong bising, jualannya tak seberapa pun. Pelaq.

6 -  Singgah nak beli kerongsang, ada 2 orang jaga. Seorang tidoq siaq dengkoq, sorang lagi setail mat rempit. Harga kerongsang Rm29, mintak kurang Rm25, Geleng kepala. Minta kurang Rm27, Hangguk ja. Pelaq apa meniaga macam tu. Bisu ka apa ???Ramai sangat ka yang datang tanya harga ?? Pelaq.

7 - Niat nak beli baju melayu, t, shirt sehelai. Bajet pon ala kadar ja, kira ngam2 lebih sikit. Baju melayu dapat. T-Shirt pon dapat. Tapi tergatai tangan beli bantal bubuh kat dalam kereta. Jadah apa. Susah betul nak menjaga nafsu membeli nih.

8 - Jalan2 kat sogo, kat dalam dah macam sarang semut baru lepas kena attack. Semua dok kembang biji mata. Sale sana, sale sini. Kat luaq, punyalah ramai yang dok berbuka puasa depan sogo tu. Duduk bawah tu ramai2, dah macam perkelahan tepi pantai plak. Haih. Sanggup tu. Kalau la sanggup tu dibawak pergi ke masjid. Alhamdulillah.

9 - Harap2 jalan lain buat macam Jalan Tunku Abdul Rahman. Baru ada persaingan. Kalau tak, asyik dia ja nak sebat time2 raya, Kaya la macam tu. Bagi la kaya tu kat jalan lain sama.
Damn !!!



p/s : Lutut lenguh, kepala pening, Tapi, nasib baik ada orang belanja makan. Hilang sakit..hehe.. Thank You.

Monday 8 August 2011

PUASA

Minggu lepas bos ako ada bagi info mengenai jenis2 puasa. Jenis2 puasa yang diceritakan oleh bos ako bukanlah jenis yang sangat detail. Cuma tahap puasa seseorang manusia sekarang ni. Nak cerita panjang pon payah, jadi pilihlah jenis atau tahap mana seseorang itu berpuasa.


Tahap 1 - Jenis yang faham, tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek hidung, tak boleh kentut dalam air, tak boleh korek telinga, tak boleh muntah. Semua benda itu tak boleh dilakukan di siang hari. Malam hari boleh.


Tahap 2 - Jenis puasa semua, puasa makan, minum, mulut, telinga, mata, dan pancaindera yang lain. Tidak melakukan perkara2 yang boleh membatalkan puasa, mengumpat ka, menipu ka, melihat benda yang tak sepatutnya ka, mendengar benda2 yang tak elok ka, kira macam tu lah. Nak detail sangat pon tak reti. Ok?


Tahap 3- Jenis puasa yang bersungguh. Meraikan ramadhan, dengan berniat untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Bersungguh2 melakukan ibadat dengan penuh ikhlas untuk diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T.


Jadi berpandukan tahap2 puasa diatas, dimanakah tahap anda ? kah kah. Itu soalan yang ditanya oleh bos ako kepada semua pegawai. Tadak la dia pergi tanya seorang2. Gila apa, banyak lagi kerja yang dia boleh buat. Jangan munafik sangat. Maksudnya, tepuk dada tanya selera.


Pendapat bos ako, kita sebagai manusia yang sudah baligh dan yang dah boleh berfikir dengan baik, seharusnya berpuasa di tahap yang ke 2. Kita tak sepatutnya berpuasa di tahap 1, kerana tahap 1 adalah hanya untuk kanak2 yang baru belajar berpuasa. Itu yang bos ako cakap la.


Tapi betol juga, takkan la kita yang sihat dan yang dah boleh jadi ayah dan ibu ni, nak berpuasa ditahap 1 lagi. Ye dok ?? Sepatutnya tahap 1 ni untuk anak2 kecil atau pun budak2 sekolah rendah. Tapi waktu ako kecil dulu, darjah 1 pun dah kena puasa. Mana ada boleh tinggal2. Tapi tatau la budak2 sekarang macam mana. kah kah.


Sekiranya kita boleh capai tahap 3, bermakna, Alhamdulillah. Bagus. Ye la, sendiri buat sendiri dapat, takkan la kita buat orang lain dapat. Kan ? huh. Malas nak taip dah.


Tahap manakah kita ??

Friday 5 August 2011

RAMADHAN

Dah lama dah tak merepek kat sini. Sebelum itu, ako nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada Seluruh umat islam di pelusuk dunia. Semoga amalan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T.


Banyak benda nak tulis, nanti2 lah tulis. Kerja menimbun.

Thursday 28 July 2011

IMPIAN



Ako mengimpikan dan mengidamkan bentuk badan seperti makhluk di atas ni. Tidak perlu sasa sangat, asalkan nampak bentuk muscle tu jadi la. Ye dok ??


Baru boleh berlakon cerita X - Men dengan Green Lantern. Ada tak pil pil ka, ubat2 ka. Kalau makan terus jadi macam tu. Smart ah.



Monday 25 July 2011

KEHIDUPAN

Ada orang pernah cakap kat ako, " Ang tak payah kerja la bandaq, kerja pon takdak duit.". Ayat ni dikeluarkan oleh seorang rakan ako. Tak perlu tahu siapa dia. Tapi dia seorang yang agak susah untuk berceritan tentang hal hal kewangan. Bagi dia semua orang yang bekerja kerajaan, selalunya akan ada duit.


Boleh nak belanja, takda masalah. Tapi kadang2 bila kita betul2 didalam keadaan yang tidak berapa stabil dengan kewangan depa bukan faham.


Dia tak rasa nak kena bayaq sewa rumah, pasal dia duduk dengan mak bapak dia.
Dia tak rasa nak bayaq bil api bil ayaq, pasal mak bapak dia bayaq.
Dia boleh balik makan kat rumah, pasal mak bapak dia mesti sediakan makanan.
Dia tak rasa pelbagai tekanan hidup bila duduk jauh dari keluarga.
Dia tak rasa nak kena sediakan wang untuk pengangkutan. Minyak, maintenance. 
Dia tak rasa kepentingan barang2 keperluan yang perlu ada, bagi dia itu tak penting.




Kita nak duduk mana kalau tak bayaq sewa. Dengan adik beradik ??? ahhaaha..
Kita duduk dalam gelap kalau tak bayaq bil api, tak mandi tak minum kalau tak bayaq bil ayaq.
Kita tak makan la kalau balik rumah, barang2 pon beli dengan duit. Bukan dengaq ayaq liuq.
Kita tak da duit nak isi minyak, pergi kerja jalan kaki la. Kalau dah duduk balakong, kerja kat putrajaya, jalan kaki jadah apa.
Mai cakap kat ako, sapa yang tak rindu duk dengan family dia.




Dia boleh cakap apa dia suka, selagi dia tak lalui itu semua. Malas dah nak tulis.

Thursday 21 July 2011

KELAKAR


Biasa tengok gambar ni tak ??? Kenal tak manusia ni. Nak cakap macam mana pon tatau. Elok2 Allah dah jadikan dia seorang lelaki, yang gagah nak pegi tukar jantina jadi seorang perempuan. Gampang apa.


Aleesha Farhana, Tu nama yang nak ditukarnya. Padahal ayah dan ibunya telah meletakkan nama yang sedap, Mohd Ashraf Hafiz Bin Abdul Aziz. Ada "Bin", dah tentu2 lelaki. Takkan la anak lelaki nak letak "Binti" kot. Jangan jahil sangat.


Haih, ako saja nak bercerita pasal Isu ni. Bukan apa, faham perasaan family2 dia. Tapi nak buat macam mana, buruk2 pon anak dia. Mak dia siap pernah halau dia dari rumah, jangan balik dah. Macam mak Malek halau malek dari rumah pasal jadi gengster. Kah kah.


Yang ako agak paneh, pasal ada orang nak tolong dia juga, bagi dapat kelulusan tukar jantina. Mana buleh macam tu, Bule ka??tukar jantina ?? Gila ka apa ?? ada ka hukum yang membolehkan seseorang itu menukar jantinanya, Walaupun segala jenis pembedahan dah dibuat ?? Sseeramm nehh..

Setahu ako, itu pon betul atau tidak. Pernah ada kes, seorang pondan telah meninggal dunia, orang tetap kebumikan dia sebagai seorang lelaki. Walaupun tubuh badannya sudah dibentuk menyerupai perempuan. Itupun tak berapa pasti ada atau tidak kes ni.



Haih, dunia dah tua dah ni, dah hujung2 dah. Bertaubatlah kita semua, Mohonlah keampunan dari ALLAH S.W.T. Masih belum terlambat.



Monday 18 July 2011

SABAR

Alah bisa tegal biasa. Peribahasa untuk ako dan kawan rumah ako. Kah kah.

Kontrak dengan P1Max telah pun ditamatkan. Jadi sekiranya bil tidak dibayar, maka tiadalah pengalaman indah untuk melayari internet. Padan muka. kah kah.



Alah, sebelum2 ni kat rumah tadak internet, buleh ja. Tadak masalah pon. Rilek je. Ye dok !!


Kalau dah teruk sangat, main la game2 bodo yang dok ada dalam pc atau notebook atau laptop tu. Kah kah kah.








p/s : Sedang usaha untuk menjadi legend game PES2011. Kah kah kah.

Wednesday 13 July 2011

5S

SEMAK ,SAMUN, SEMPIT, SUSAH, SAMPAH.


Gampang la benda ni. Sapa la pengasas dia. Meh sini ako tunjal buah pinggang dia. Nak arun betoi !!!


Thank You !!!
















p/s : Menyampah betul la kalau musim 5S ni datang. Kerja2 yang urgent akan terbengkalai.

Sunday 10 July 2011

CHAMPION


Tahniah kepada ELECOLDXHOT . Ako dah agak dah. Depa mesti menang punya. Walaupun persembahan final tu , bagi ako macam biasa ja. 


Suka part battle dengan naib juara tu, HMC PHLOW. Pergh. The best battle. Abang hiphop anak ayam *Joe Flizzow cakap, Battle tahun lepas ada bboy dancer di final. Tapi tahun ni ada Street dancer battle. Wah, betul tak apa ako tulis ni.


CONGRATULATIONS










p/s    : Sori, result minggu lepas. Baru nak update. Pasal busy lah.


p/s I : Kawan ako cakap, kawan kepada kawan ako tu, kenal dengan sorang ahli elecoldxhot. Dennis ka apa, yang muka macam Koo kien kiat tu. kah kah. Buleh minta sain, dan minta tolong ajaq dance. keh keh.


p/s II : Gambaq main sebat ja kat google tu. kah kah. Ok. Thank You !!!

KAH KAH KAH .

Apa yang depa dapat ?






1. Kena sembur air dengan pihak berkuasa.


2. Kena lempaq dengan bom asap.


3. Kena tangkap, pastu kena hantar kat pulapol. Dapat makan free ja.


4. Dapat masuk tivi ja la kot. noh.


5. Kena hujan. Orang dulu2 cakap, tak baik main hujan. Nanti demam.
























































p/s : Dengan kata lain. MENYUSAHKAN ORANG AWAM !!!

Tuesday 28 June 2011

PANTUN YANG DAH KENA KEGHAT !!!

Berakit rakit ke hulu, Berenang renang ke tepian,


Bersusah susah dahulu, Bersenang senang kemudian.


Gunalah rakit yang murah dulu, Kalau malas sangat berenang di tepian, 


Biarlah dimarahi selalu, Nanti senyum kambing kemudian.

Sunday 26 June 2011

SEPAH JUARA



Tahniah kepada kumpulan Sepah kerana telah menjuarai Maharaja Lawak. Walaupun ramai beranggapan dan berharap Jozan akan menjadi juara, namun keputusan undian dari penonton dan juri telah memihak kepada kumpulan Sepah. 


Seramai 4 peserta yang bertanding di Final. Jozan, Jambu, dan Sepah beraksi dengan berkumpulan, sementara Nabil peserta solo. 


Ako tak tengok waktu final, rumah tadak astro. Tv pon dok kaler2 kuning ja. Kedekut nak bagi kaler lain. Ceh. Nak tengok kat youtube, internetnya pon sangatlah tinggi dia punya haram jadah . Lembab nak mampos. Gampang. 


Malas nak tulis dah. Pergi tengok sendiri kat youtube. Thank you.




Juara          : SEPAH (RM350,000)
Kedua         : JOZAN (RM250,000)
Ketiga         : NABIL (RM150,000)
Keempat    : JAMBU (RM50,000)
















p/s : Nabil paling banyak dapat duit. kah kah kah. Lain nak kena share. Dia sorang2 ja. Kaya. !!!

Saturday 25 June 2011

COREY TAILOR MAIN KIBOD DENGAN AKO ???




Alat Muzik       : Keybord Jenama Yamaha Dengan Didgeridoo. Ako panggil Gedu2.
Tempat            : Pondok Ohm Tepi Railway (R.I.P)
Lineup              : Ako, Ohm Violator, Fendi.
Tahun               : 2008
Alat Rakaman : Sony Ericsson W810i


Kah kah kah kah..


Bukan senang nak tengok Corey Tailor (SLIPKNOT) main keybod dengan ako. Yang lagi sorang berselubung, padahal panas gila. Dah la kipas penuh habuk, angin tak rasa langsung. Yang dok banyak habuk ja. kah kah kah.


Lagu entah hapa2. Main beduk ja, tak setting pon. Yang lead tu ako lah, apa benda yang ako main pon ako tatau. Tekan pon 2,3 keping ja. kah kah kah. Jadi sila jangan komplen. !!!


Video ni tahun 2008. Rakam pun guna handphone berjenama Sony Ericsson W810i ja. Benda dah nak dekat 3 tahun dah. Sangkut2 la sikit. Kualiti pun tak berapa nak HD sangat, bukan macam handphone zaman la ni, canggih2. .


Lagi 1, kalau ada carut2 sikit, minta maaf la ye, pasal tahun ni baru nak up. Semua nak dicarutnya. Biasala tu, ye dok?? Kata kepala kambing.


kah kah kah.




















p/s : Mohon maaf sekiranya video tak buleh play. Pasal benda dah lama. Siap sangkut2.

Thursday 23 June 2011

TOP 4 SHOWDOWN 2011







Semalam persembahan terbaik dimenangi oleh Group ECX. Bagi ako, ECX memang layak menang persembahan pasal siap ada magic2 lagi. Group depa ni agak tight berbanding group lain. Jadi pilihan ako ECX juara. kah kah.

Mula2 ako tak berapa layan sangat Showdown ni. Selepas ako melihat video salah satu peserta Showdown, ako agak teruja untuk melihat aksi2 yang seterusnya. Smart weh.


Minggu ni tinggal 4 lagi kumpulan yang akan berentap. Sapa minat, undilah group mana yang menjadi pilihan. Ako tak minat nak undi2 ni. Ako suka tengok depa ni menari2. Kemas dan mantap. kah kah kah. 


Prediction Ako : 


1- ECX
2- HMC
3- RKS
4- BOS

Wednesday 22 June 2011

KEMBANG

 
                                               Gambar paling latest
     


Ako macam dah putus asa nak membina badan yang semacam nigger2 dalam cerita Stomp the yard tu. Mahupun berbadan sasa macam ahli2 bina badan yang dok ada dalam video senaman orang2 putih.


Setelah melihat sendiri betapa kembangnya, walaupun gagah pergi gym, senaman malam2. Ako jadi panas hati . Bukan boleh sangat, ako ni dah la seorang pemarah dan pembengis. Mula la nak terajang pintu, selotep kucing kat dinding, tendang kasut jiran, semualah.


Sekarang ni, cuma nak cari pil yang menakjubkan. Makan pil sebiji, terus taff macam The Rock. Agak2 ada jual tak a ?? mana nak cari aa.??


BENGANG !!!

Tuesday 21 June 2011

ABAH

Ako pernah kena libas dengan tali pinggang askar. Kaw punya.


Ako pernah kena sepak pasal rokok, padahal bukan rokok ako, ako tolong pegang ja.


Ako pernah kena baling dengan bekas bedak besi.

Ako pernah menghilangkan basikal untuk pergi sekolah 2 kali. 


Ako pernah kena pukul pasal pasang lagu Slipknot kuat2.



Ako pernah kena paksa ikut pergi sembahyang terawih.


Ako dipaksa belajar mengaji dengan tok ako selama 6 tahun.


Ako pernah kena baling waktu kecik2 pasal sawan tangis. (Mak ako cerita)


Orang lain bawak balik result pmr 8A. Ako bawak balik CD. kah kah kah.


Hari2 ako minta duit RM2 pasal tak kerja. Sori sebab menyusahkan.


Ako lenjan kereta bapak ako bawa pergi Gig merata tempat.




Tapi bapak ako steady ja layan karenah2 anak2 dia. Kah kah. Tapi benda yang paling best, ako tengok senyumannya bila ako ditawarkan pekerjaan yang tetap.

Dah takda benda nak tulis. 

.
.
.
.
.
.
.


SELAMAT HARI BAPA !!!
LOVE U ABAH !!!

Saturday 18 June 2011

BENGANG !!!!

Agak2 la kan, kerajaan Malaysia ni tahu tak rakyat dia ramai yang berpendapatan sederhana. Mesti lah dia tahu kan? pasal dia yang dok bayaq gaji kat pekerja2 dia. Yang mana yang bekerja di sektor kerajaan lah kan.

Agak2 lagi kan, dia tahu tak kalau barang2 harga naik, rakyat2 yang berpendapatan sederhana ni akan merana ?. Nak isi minyak kenderaan, nak beli barang keperluan. Agak2 dia perihatin tak ? 

Ramai yang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian. Termasuklah ako. haih. 

Dengaq cerita depa nak bagi naik gaji, baru ja dengaq cerita. Dengan serta merta harga barang2 keperluan naik. 


Pasal apa??pasal dengar ura2 mengatakan gaji kakitangan kerajaan nak diselaraskaan dan dinaikkan. Haih.

Rakyat didahulukan. Rakyat la tanggung semua..ye dok. !!!

Malas nak tulis panjang2 dah. Bengang !!! 





P/S : SAMPAI SEKARANG GAJI TAK NAIK2 !!!

Thursday 16 June 2011

MEMORI


                                        Gambar 4 Tahun yang lepas.

Wednesday 15 June 2011

BISNES

Rasa2 macam nak buat bisnes lah. Tapi tiada idea. Bisnes kecil2 jadi lah. Buka untuk sabtu ahad. 


Ada cadangan?. Nak buka bisnes burger, dah ramai sangat. Nak jual pisang goreng?, balik kerja pon pukul 6.00, jadi apa. Pisang goreng ni awal2 petang tu dah kena ada. Dari pukul 3 dah kena start buka. Baru stim nak meniaga.


Agak buntu lah mencari idea nak buat bisnes ni. Tolong, tolong bagi idea yang bernas nak buat bisnes kecil kecilan.


Ala, kecil2 sudah. Macam meniaga nasi lemak pagi2 kat tepi jalan tu. Contohnya macam tu la. Lebih kurang. ye dok. Sementara tengah semangat nak buat bisnes ni.


Kot2 sapa2 yang nak cari bisnes partner, ok juga. Tapi takmau la bisnes besaq2 sangat. Kecik2 je, yang biasa2 ja. Ok.


Thank You.

Monday 13 June 2011

TAK PUAS HATI

Siapa2 yang rajin membaca blog ako ni, ako nak minta tolong sikit boleh. Ako tengah mencari seseorang atau sesiapa sahaja yang mula2 sekali mencipta adat dalam bab bab perkahwinan. Huh. Ako sangat2 tidak berpuas hati dengan macam2 adat yang digunakan dalam penyediaan sesuatu majlis perkahwinan.


Dari start mula2 nak merisik, sampai bertunang, sampailah yang terakhir, pernikahan. Huh. Apalah yang susah2 sangat dok buat adat yang pelik2. Nak kena bagi hantaran lah, nak kena sirih junjung la, nak kena merisik dululah, lepas tu kalau ikut negeri2 pula, nak kena bayar tol lah. Gila apa menyusahkan orang betul.


Kalau orang dulu2 kahwin takpa la, pasal orang dulu2 mana ada pakai duit banyak sangat. Zaman sekarang ni dah macam2 dah. Lagi nak adat2. Tak faham betul. Kalau adat tu menyenangkan orang takpa, ini menyusahkan orang. Patut la orang merata2 dok pinjam along, adat ni punya pasal lah.


Ye la, kalau cakap lebih2, kang family pengantin perempuan cakap kedekut lah, apa lah. Dah nak kahwin sangat, sendiri tanggung la. ye dok. !!! Padan muka.


Ako ada juga bertanya2 ramai orang yang sudah melangsungkan perkahwinan, habis kuat dia akan cakap, dah adat nak buat macam mana. Haih, tak puas hati betul ako. Dalam islam dah cukup senang dah, 5 ja syarat2 nak melangsungkan perkahwinan. Mesti ada lelaki, perempuan, wali, saksi dan ijab kabul. Takda pon nak sebut2 pasal hantaran ka, apatah lagi semua yang pelik2 tuh.


Ya, ako merungut sikit pasal ako tak faham, dari mana datangnya adat ni. Ako tak faham betul orang dulu2 sanggup biar mati anak jangan mati adat. Gila apa !!! haih. Tak faham betul. 




Sesiapa yang ada maklumat lanjut, mengapa pentingnya adat ni, sila email ako kat balcifers@yahoo.com.