Wednesday 30 October 2013

DEMAM

1. Demam kena hujan lepas tengok ceramah ustaz kazim Elias kat rumah mak mertua. Feberet ustaz all the time.



2. Demam KPOP. kahkah. Sekarang dengaq lagu korea je. Boleh tahan jugak la sedapnye. kehkeh.







Friday 11 October 2013

THROWBACK 2


Gig kat melaka. Tahun bila ntah. Ya ! Rambut panjang itu ialah aku ! 



Gig terakhir bersama arwah rasanya. Ya ! Kurus sekejap !



Kenduri kahwin Ahli O'Nuddin yang pertama. Pengantin takdok ! 
( Sebulan sebelum masuk gomen )



507 (SMDB-2003)
Askar ada, JPJ ada, Kerani ada, Polis ada, Manager 99speedmart ada, Pelumba jalanan ada, Player bola ada, Penipu besaq pon ada. hahaha 

BUDAYA

1.   Mat rempit
2.   Kondem orang
3.   Talam dua muka
4.   Sibuk hal orang lain
5.   Gosip
6.   Buang sampah merata
7.   Buang anak
8.   Keluaq simpang ikut suka hati
9.   Datang lambat, balik awal
10. Kuat mengelat
11. Belagak kaya
12. Cakap belakang
13. Santau



Banyak lagi lah. Macam2 budaya ada. Tapi tak semua orang kat malaysia ni macam tu. Segelintir sahaja. Ye dok !

Tuesday 8 October 2013

KEBIMBANGAN 2

continue..

Berbalik kepada persoalan yang diajukan kepada ustaz2. So ? macam mana sekarang ni ustaz. Kalau kita kerja 8 jam, tapi kerja yang kita kena buat tu dah boleh siap dalam masa 6 jam. Yang lagi 2 jam tu dikira macam mana ustaz ?. Gaji yang dibayar tetap sama, tak kira lah kerja siap dalam berapa jam pon. Macam mana pulak yang menipu dalam waktu kerja ? main game, minum pagi petang, lepak2, sembang ? Macam mana nak kira tu ustaz ? Takut aku bila difikirkan dengan sangat mendalam. Kita ni manusia, tak sempurna. Kadang2 terlencong juga dari landasannya

Dengan mengambil kira perkiraan semua tadi tu ustaz. Adakah halal gaji yang kita terima ? Dan dengan gaji tadi, kita semua beli barangan keperluan terutama makanan. Halalkah jugak makanan kita tu ustaz ? Pening dah nak pikir ustaz oi.

Taip panjang2 pon bukan ada orang nak baca kat sini ye dok.

Harapan aku hanya kepada Allah S.W.T. Semoga Allah S.W.T memberkati rezeki yang diberikannya kepada kita. Amin.

Thursday 3 October 2013

KEBIMBANGAN

Semakin hari, semakin pelik kelakuan manusia zaman sekarang. Biadab tidak mengenal erti usia, tempat, dan waktu. Baru2 ni aku tengok video budak mencuri dalam masjid. Bukannya aku tak terkejut, pasal sebelum2 ni pernah jugak aku dengar orang curi tabung masjid. Ya ! bukan duit ja, dengan tabung2 masjid pun dia angkat. Punyalah hina akhlak dia, orang ramai sedekah kat masjid, boleh pulak dia rembat duit tu.

Sambung pasal video tu, aku tengok budak ni berani betul. Sebelum2 ni nak curi masuk time orang takda. Ini mencuri time orang tengah sembahyang. Nauzubillah. Kesian makcik yang kehilangan barang berharga. Tak khusyuk sembahyang makcik tu. Sebelum sujud beg ada depan mata, bangun dari sujud, beg dah tak ada. Berani sungguh, sedih aku tengok budak2 zaman sekarang. Aku doakan budak tu insaf ja, sebab Allah akan balas balik perbuatan dia tu, cuma lambat atau cepat.

Kadang2 terpikir, dari mana punca manusia2 yang mempunyai akhlak yg sebegitu rupa. Salah siapa ? . Wardina Safiah pernah cakap masa rumah dia kena rompak. Semua manusia pernah jadi bayi. Bersih, comel, suci, wangi, ibarat kain putih yang kosong. Mungkin kekurangan kasih sayang menyebabkan insan yang merompak rumahnya menjadi begitu.

Mungkin juga datang dari sumber yang lain. Banyak ceramah dari Ustaz2 dan ilmuan berkata, yang paling penting sekali sumbernya. Adakah Halal atau Haram. Aku cukup goyang bila bincang bab Halal Haram ni. Kita kat malaysia ni punggah. Halal dan Haram aku tengok, lebih pada makanan ja. Bila sebut babi, gelabah mak bedah. Budak cina pos gambar makan sup babi ucap selamat berbuka puasa, kemain lagi. Tangkap lah, mahkamah lah, nak bunuh lah, apa lah itu lah. Hina islam katanya. Tapi ? Bila masuk bab artis luar negara datang seksi2, tayang tetek, tayang jubur, gesek sana gesek sini, eh.. tak haram pulak. Senyap sunyi, semua buat dono ja. Yelah, bukan senang nak tengok benda2 dari luar ye dok. PUIH !

Bukan pasal babi aku nak cerita. Benda yang aku tengah fikir sekarang ni, halalkah sumber pendapatan kita selama kita hidup sampailah saat ni. Aku cakap sumber pendapatan sebab zaman sekarang ni banyak guna duit. Ya ! Duit. Nak dapat duit ni, kena usaha. Kerja ! Kerja Kerja !. Bukan curi duit tabung masjid !. Kita risau nak beli sesuatu makanan dan bimbang, takut halal ka haram ka. Ustaz2 cakap, hati yang bersih dari makanan yang halal. Ya Ustaz, saya tahu itu, tapi ustaz, tapi kalau duit yang kita guna beli makanan tu, kita tak pasti halal atau haram. Halalkah makanan kita tadi tu ustaz ?


to be continue..