Thursday 31 March 2011

YAKIN BOLEH

Sebelum ako kerja tesco, berat badan ako 50 lebih. Setahun selepas kerja kat situ, berat naik mendadak sampai 60 lebih, dekat2 70 jugak lah.

Gila lah. Tengok dalam video waktu jamming kat peneng, dah macam sarung buah nangka. Gila gemuk. Time kerja ako makan, time makan pon lagi ako makan.

Baru2 ni, gagah la jugak pergi Gym 3,4 bulan. Nampak la jugak perubahan.

Lepas tu, berenti. Makan balik bnyk2. Bila tanya kat orang. Orang cakap badan berisi sikit daripada sebelum ni. Maknanya, ertinya ako berjaya menurunkan berat badan. keh keh keh.

Mulai hari ini. Target ako nak turunkan berat badan sehingga berat ako mencapai 60 kilogram. Lama dah dok target berat tu, cuma tak kesampaian. Nak jadi macam dulu2 50 kg lebih tu, tidak mungkin. Nanti orang cakap ako sakit pulak.

Jadi, dengan berbekalkan keazaman dan semangat padu yang jitu dari dalam diri ako, dan doa2 dari kalian(kalau ada yang baca), Semoga cita2 dan impian ako tercapai. Amin.

No comments:

Post a Comment