Sunday 3 April 2011

ANGSI TANPA SANGSI

ORBIT KATENYE

Penat, lutut longgar, letih, lapar, dahaga dan sikit kecewa, namun semangat ako dan semua ahli kumpulan orbit tidak pernah luntur dalam usaha untuk menawan puncak gunung angsi. Ibarat kata ketua ekspidisi , En Napi dari bpm " Saya kagum dengan spirit semua ahli2 kumpulan kita hari ini"


Namun begitu, masa begitu mencemburui usaha ako dan ahli2 yang lain untuk menawan gunung angsi itu.


Pukul 7.30 pagi, seramai 20 orang bergerak dari putrajaya menuju ke destinasi iaitu Gunung angsi yang terletak di Negeri Sembilan. 


Setelah selamat tiba dia kaki gunung, semua ahli2 menjamu selera di gerai yang berada disitu. Semua makan menu yang sama iaitu nasi lemak sebab senang nak order. Ali yang belajar di UPM serdang pun menyertai juga ekspidisi ni. Ali berasal dari IRAN. Shiok juga dok bersembang dengan ali.


Habis menjamu selera semua ahli2 bersiap sedia untuk memulakan aktiviti dengan sedikit ucapan dari en. napi dan bacaan doa dari wak.


Lebih kurang pukul 10 lebih, kami semua memulakan langkah untuk menawan gunung angsi. Sampai di check point yang pertama iaitu tangga batu, kami berhenti untuk mendengar ucapan dari en. napi.


Selepas itu, bermulalah ekspidisi kami yang tersilap arah. Kah kah kah.

Aduh, bukan nak menuding jari atau menyalahkan sesiapa, cuma kelalaian manusia menyebabkan kami tidak dapat menawan gunung angsi. Hampir 2 jam kami berjalan di laluan yang salah.



Patut lah tadak orang lalu selisih ataupun memintas kami di laluan tu, rupa2nya salah laluan. hahaha. adoiiiyaii..


En. napi dan wak yang berada di belakang sekali merangkap orang yang paling berpengetahuan dalam aktiviti ini, bergerak agak lambat dalam 5 minit, mengikut arah yang betul.


Sepatutnya, kami perlu menyeberang sungai untuk ke laluan yang betul, sebaliknya kami mengikut laluan yang salah dengan tidak menyeberangi sungai. Manalah kami tahu nak kena lintas sungai ka tak. Semua main ikut ja jalan. Pasal yang jalan kat depan sekali tu kata dia tahu. Dia pernah datang ke gunung angsi ni. Yang lain mana tau, dengan E siap 1st time pula nak panjat2 ni, siap bawa earphone dengan spek. kah kah kah. Dah balik baru fikir, awat la aku pegi bawa menatang ni. kah kah kah.


Nasib baik en. napi ada bagi tali kaler pink untuk membuat tanda bagi dia ikut, ataupun orang panggil back track ka track back ka apa ntah??. ahaha..betul atau tidak, aa itu kita tak tahu.


Hampir 2 jam kami tersilap arah, sebelum dikejar oleh En. napi dan wak. Kesian juga kat en.napi yang terpaksa mengejar kami. Jauh kot, gila apa. Thank You en.napi. hahaha. Kalau tak, kami sampai kat rembau.. Kah kah kah.


Setelah mengikut laluan yang betul, en.napi mengambil langkah keselamatan dengan menghentikan misi untuk menawan, dengan mengambil kira keadaan kakak2 yang agak keletihan, stress, dan exhausted, (betul tak ejaan?), serta tenaga yang semakin kurang. Ini kerana tenaga masih diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk turun ke bawah. Fuh,ayat, karangan SPM nih.


" Kita boleh sampai ke puncak, tapi kita agak turun dalam keadaan gelap, pasal sekarang dah pun petang, takut lambat sampai, saya faham kamu semua, nak naik atas, tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Jangan kecewa, nanti kita cuba lain. OK.??" kata2 en.napi selepas berbincang dengan ahli2 yang lain.



"Tenaga kamu banyak dah habis waktu kamu semua tersilap arah tadi, tapi saya fikirkan satisfaction kamu semua, saya cuba juga untuk membawa kamu semua ke puncak gunung angsi ini, tapi kita terpaksa juga hentikan usaha kita dengan memikiran keadaan ahli2 yang lain" kata2 en. napi.


" Benda ini yang mengajar kita dalam kehidupan, walau macam mana kita plan sekalipun, kita usaha gigih, kita buat persiapan rapi, kalau kata tak jadi, tak jadi jugak. Itu semua kuasa Yang Maha Esa."- ako suka kata2 en. napi yang ni.


Udah sampai kebawah, penat letih, badan berasap2 , ahaha. Ako berendam terus, tak tunggu dah. kah kah kah. Letih woo. Selepas solat maghrib dan mandi2 semua, semua ahli bergerak untuk pulang ke putrajaya. Sebelum keluar highway, singgah makan di kedai siam. Salam salaman apa dulu, kemudian bergerak ke putrajaya.


Sampai rumah, apa lagi TIDOQ la sampai lebam.










p/s     : Walaupun kecewa, ako tetap akan tawan gunung angsi tu, Bukan langsi, tapi ako nak rasa bila sampai kat puncak dia. Angsi, Lu tunggu.


p/s I   : E, beli kasut panjat gunung tau. Jangan pakai nike mahal. Kah kah kah. Dan jangan dok bawak spek masuk utan.


p/s II : Lain kali kena bawak parang, pakai kasut betul, seluar tebal sikit, dan baju hujan. Persediaan yang lebih rapi. Beringat2 sebelum terkena. Nasib baik tak sesat, cuma salah laluan.

No comments:

Post a Comment