Thursday 24 November 2011

FAREWELL BOS !

14/11/2011 telah menjadi tarikh kuatkuasa peralihan dan pertukaran dalaman bos2 di dalam jabatan ako. Ini membabitkan bos ako, iaitu En.Fairuz. Sedih jugak nih.

Seminggu dua ini, ako banyak mengelamun, nak buat kerja pon macam mahu tak mahu ja. Hati macam tak senang nak buat kerja. Dengan kerja menimbun2 tak siap, dok tangguh2. Facebook lahanat pon sama juga jadi punca banyak kerja dok tangguh ni.

Selama 2 tahun ako kerja, dan selama 2 tahun juga ako berkhidmat di bawah seliaan En.Fairuz. Banyak sudah ilmu yang diajarnya kepada ako.

Banyak pengalaman bersama dia, kena marah tu banyak kali. Biasalah tu, kalau tak kena marah, bila nak pandainya. ye dok. Sekarang dia berada di unit lain, sementara menunggu untuk sambung belajar.

Pagi semalam ako bangun lambat, ako msj dia bagitau lambat sampai. Dia msj, lepas ni kena maklumkan kepada bos baru. Adeh, dok rasa macam dia bos ako lagi. Padahal dia dah tak jadi bos ako dah. kahkah. Dah terbiasa.

Haihh. Nak tulis pon tadak mood dah.

Terima Kasih diatas segala ilmu dan tunjuk ajar.

Thank You Very Much.

No comments:

Post a Comment