Monday 13 June 2011

TAK PUAS HATI

Siapa2 yang rajin membaca blog ako ni, ako nak minta tolong sikit boleh. Ako tengah mencari seseorang atau sesiapa sahaja yang mula2 sekali mencipta adat dalam bab bab perkahwinan. Huh. Ako sangat2 tidak berpuas hati dengan macam2 adat yang digunakan dalam penyediaan sesuatu majlis perkahwinan.


Dari start mula2 nak merisik, sampai bertunang, sampailah yang terakhir, pernikahan. Huh. Apalah yang susah2 sangat dok buat adat yang pelik2. Nak kena bagi hantaran lah, nak kena sirih junjung la, nak kena merisik dululah, lepas tu kalau ikut negeri2 pula, nak kena bayar tol lah. Gila apa menyusahkan orang betul.


Kalau orang dulu2 kahwin takpa la, pasal orang dulu2 mana ada pakai duit banyak sangat. Zaman sekarang ni dah macam2 dah. Lagi nak adat2. Tak faham betul. Kalau adat tu menyenangkan orang takpa, ini menyusahkan orang. Patut la orang merata2 dok pinjam along, adat ni punya pasal lah.


Ye la, kalau cakap lebih2, kang family pengantin perempuan cakap kedekut lah, apa lah. Dah nak kahwin sangat, sendiri tanggung la. ye dok. !!! Padan muka.


Ako ada juga bertanya2 ramai orang yang sudah melangsungkan perkahwinan, habis kuat dia akan cakap, dah adat nak buat macam mana. Haih, tak puas hati betul ako. Dalam islam dah cukup senang dah, 5 ja syarat2 nak melangsungkan perkahwinan. Mesti ada lelaki, perempuan, wali, saksi dan ijab kabul. Takda pon nak sebut2 pasal hantaran ka, apatah lagi semua yang pelik2 tuh.


Ya, ako merungut sikit pasal ako tak faham, dari mana datangnya adat ni. Ako tak faham betul orang dulu2 sanggup biar mati anak jangan mati adat. Gila apa !!! haih. Tak faham betul. 




Sesiapa yang ada maklumat lanjut, mengapa pentingnya adat ni, sila email ako kat balcifers@yahoo.com. 

3 comments:

  1. tuan.
    yang bertunang tu.
    bukan sekadar adat.
    dalam Al-Quran ade disebut.
    lagipun.
    adat itu lah yang memeriahkan suasana.
    air muka ibu bapa dan keluarga juga perlu dijaga.
    mcm yg tuan cakap.
    nanti dikata kedekut.
    kannnnn..... ;)

    ReplyDelete
  2. takpe2.
    pelan2 kayoh.
    cuma klw plan dah ade, dah ble la beli persiapan cket2 dari skang.
    takde la rasa sakit sgt nanti =)

    ReplyDelete