Saturday 4 June 2011

POMEN

Ako rasa ako boleh jadi pomen lah. Tahu pomen tak?? aduh, pomen tak tahu, pergi buka google. Bukan apa, sebelum2 ni pun, kalau motor ako cedera sikit2 ka, ako akan buat sendiri. Tapi kalau yang jenis main enjin2 ni, nak set timing betul2, minta maaflah. Pasal bab tu tak berapa nak berani. keh keh keh.

Baru2 ni kan bumper keta ako kena langgaq dengan bahadut mana tatau, petang tadi selamba ja ako bukak bumper keta ako. Kah kah kah.

Tapi kepakaran ako dalam pomen2 ni agak terhad. Pasal tak berapa nak minat. Bagi ako benda2 kecik yang ako boleh buat, ako buat. Tak perlu nak hantar kedai. Kadang2 barang tu 10 ringgit ja pon. Tapi bila kedai yang buat, kena sampai 20 ringgit. Bukan kedekut, tapi kalau kita boleh buat benda tu sendiri, mengapa perlu mengeluarkan wang yang banyak .?? ye dak?? keh keh keh.

Jadi sapa2 lepas ni rasa macam nak minta bantuan kat ako untuk pomen memomen kenderaan bermotor , silalah hubungi ako ye. Kena dengan harga yang berpatutan. Kalau nak belanja ako makan pon boleh juga.

Perkhidmatan yang ako sediakan, agak terhad. Jadi jangan nak suruh ako overhauled motor hang, jangan nak suruh basuh ka apa ka. Perkhidmatan lain yang ako bagi, penendang satria baja hitam peringkat 10. Antara perkhidmatannya ialah.

1- Tukar minyak hitam motor (Barang2 beli sendiri)
2- Tukar rantai motor,( termasuk spoket ) (Barang2 beli sendiri)
3- Tayar motor pecah
4- Tukar tubeless
5- Tukar Bumper depan kereta (MYVI Sahaja)
6- Lampu depan tebakar
7- Tukar bateri motor (Barang2 beli sendiri)


Nombor untuk dihubungi akan diberitahu kemudian. Ok.

Barang2 yang nak ditukar boleh beli kat sendiri kat kedai. Kedai spare part bersepah kat Kelumpo ni. Pergi cari sendiri, tapi kalau malas. Boleh guna yang ako beli. Tapi jangan banyak songeh. Ok. Thank You.

Aaa.a.a.a.. buat masa ini, yang tu ja ako boleh buat. kah kah kah. Nampak macam toya ja, tapi benda2 macam ni hangpa biasa hantaq kedai kan ?? kan ?? Hantaq kedai mesti dia katok punya lah. kah kah kah. Jadi silalah support bisnes kawan. keh keh keh.

No comments:

Post a Comment