Sunday 29 May 2011

ANGSI TANPA SANGSI II


                        Kejayaan Menakluki Gunung Angsi


Minggu lepas group orbit sekali lagi menganjurkan acara untuk mendaki gunung angsi. Pendakian kali ini lebih untuk membalas dendam setelah pendakian sebelum ni tidak berjaya. Sila klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut.


Ekspidisi pendakian kali ini agak ramai berbanding yang kali pertama. Seramai 21 orang telah bersedia untuk mendaki termasuk ako. Ada juga peserta2 baru, manakala peserta yang sebelum ini ramai yang tidak hadir. Mungkin ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Mungkin juga dah malas nak pergi. kah kah kah.


Seperti biasa ako menaiki kenderaan yang sama, dan driver yang sama dengan ditambah seorang ahli baru yang ingin menyertai ekspidisi kali ini. 


Dan seperti biasa jugalah, kalau dah nama melayu tu, PUNCTUAL itu amat susah untuk ditepati. Benda2 macam ni yang boleh merosakkan bangsa nih. haih. Lagi 1 tabiat nak menunggu orang ni. Seronok juga duduk kat tepi highway nak tunggu2 orang ni. Rasa macam hemsem semacam ja dok kat tepi highway.


Sama seperti sebelum ini, pendakian bermula pada pukul 10. kah kah kah. Kalau orang2 yang selalu mendaki dengaq, mesti depa gelak. Mana ada orang mendaki gunung ka bukit ka pukul 10 pagi, selalunya pukul 10 tu orang dah ada kat puncak, dakpon standby nak turun dah. Ini baru nak naik, nak jadi apa. kan?


Tapi takpa lah, pasal ako ikut group ni, ikut ajelah time table nye, kang tak merasa pula nak mendaki gunung ni.


Pendakian bermula pukul 10, dan sampai ke puncak lebih kurang dalam pukul 3. Gila gampang punya lama. Biasalah, dengan pelbagai karenah dan kesakitan yang diterima oleh peserta, agak susah untuk bergerak dengan cepat. Tapi takpa, janji sampai kat puncak. Kepuasan dapat dilihat pada setiap orang yang berjaya capai ke puncak gunung angsi. Agak kecewa sikit pasal, kat puncak tu tak berapa nak best sangat keadaannya. haih.


Setelah hampir sejam lebih berada di puncak tok ketua memberi arahan untuk bersiap untuk turun. Selepas sesi bergambar dan makan2 semua, semua bergerak untuk turun ke kaki gunung.


Lebih kurang dalam pukul 430 semua ahli bergerak untuk turun. Dalam pukul 515 grup pertama sampai ke checkpoint. Time turun ni best sikit, boleh jalan laju sikit. Pasal tok ketua cakap, takpa, kalau lambat sangat jalan ja dulu, tapi jangan jalan sorang2.


Selalunya kalau dari kaki bukit untuk sampai ke checkpoint tangga batu tu, mengambil masa sejam. Tapi time balik, ambil masa 30 minit ja. kah kah kah. Dah malas nak tunggu2 orang dah. Lantak lah.


Pukul 6 lebih sampai ke kaki bukit. Simpan barang apa dulu, kemudian berendam. kah kah kah. Best wo..stim ja kena air sungai yang sejuk.


Selepas semua siap2 dan solat, lebih kurang dalam pukul 8 lebih, semua bergerak untuk pulang.


Singgah kedai makan yang sama, makan menu yang sama. Jumpa orang gila yang sama. Duduk meja sorang2, lepas tu marah2, padahal takda sapa pon kat sebelah dia. kah kah kah.


Pukul 10 lebih bergerak balik ke putrajaya, dan sampai ke rumah tepat pukul 1130. Lepas tu tidoq la. 


Kroh krohhh.








p/s : Kali ni E kena sengat dengan lebah pulak. kah kah kah. Lawak lah.

No comments:

Post a Comment